Assallamualaikum...
Lately ni aku rasa susah sangat nak bawak hero-hero ni pi jalan-jalan especially Adamlah.. Dia pulak memang jenis suka lepak kat umah. Tak sia sia aku kemas umah pagi petang siang malam.. Tapi bila dah acap kali lepak kat umah je , aku pulak yang naik bosan+ muak!. Dia lebih suka hadap games, do homework, buat craft, main lego, tido dan suka sangat baca komik. Yup memang bagus, tapi kalau dah acap kali dok umah memang benaklah jiwa aku ni.
So la ni aku amik beberapa inisiatif agar dia suka berjalan-jalan. Takpelahh poket kering sikit asalkan dia bole tengok dunia luar dari memerap kat umah. Diantara yang aku buat adalah ;-
- Main games kat Mall. Selalunya kat Tesco ngan Jaya Jusco la. La ni ada gak request nak pi karaoke kotak tu.. Eee nanti hujan lebat la + aku pun tak berapa nak reti karaoke -karaoke ni, kalau pi ngan kawan-kawan pun aku lebih suka makan dari nyanyi. kenyang pewott aku. Hehehehehe. Nak suh nyanyi memang taklahhh.. Bukan jiwa aku.... ;D
- Masukkan dia dalam trolly sambil aku beli barang, especially barang dapur. Sambil-sambil tu aku belikanlah komik supaya dia bole baca ngan aman. Duduklah dia diam-diam. Turun pun bila aku kat kaunter bayaran je.
- Lepak kat POPULAR atau MPH. baca buku sampai lebam. Normally dia yang melebamkan aku.. Beli buku komik banyak-banyak, pastu sampai umah je komik dah habis baca .Huaaa sadis sungguh nasib aku ni.
- Bila nak raya ni aku try gak bawak dia pilih baju raya dia sendiri tapi ermmm memang tak berkesan langsung. Kunun nak bagi happy la. Citt! Tak jalan langsung. Bila pi shopping, baju yang aku pilih dia letak balik. Bila dia lak pilih aku lak yang letak balik. In the end dia cakap.. Eee penin arrr beli baju ni, kita tak suka la. Jom balik! Ataupun memang sindrom anak lelaki ni macam ni???... Serius cara ni memang tak berkesan tuk anak lelaki .. Maybe tuk gegurl menjadi kot.. Ikut nasib la..hehehe!
Tulah sekarang aku masih mencuba pelbagai cara agar adakalanya dia akan cuba berjalan-jalan keluar menemani aku, bukan sekadar terperuk di rumah. Tapi bukan hari-hari ye.
Thanks for reading! Wassallam...