Assallamualaikum...
Maggi Korea / Hot Chicken Samyang Ramen ni korang pernah dengar tak? Hah ni lah maggi yang menjadi viral di media social. Ianya datangnya dari Korea yang telah membuatkan sapa saja yang memakannya berlinang-linang ayaq mata dan juga ayaq hidung.. Katanya jugak ianya tersenarai antara maggi yang terpedas didunia.. Eh betui ka? Dan kerana maggi ni lah mummy didesak dan digoda saban hari tuk membelinya.. Adoii sadis betui tau nasib mummy ni...!
Maggi Korea / Hot Chicken Samyang Ramen ni korang pernah dengar tak? Hah ni lah maggi yang menjadi viral di media social. Ianya datangnya dari Korea yang telah membuatkan sapa saja yang memakannya berlinang-linang ayaq mata dan juga ayaq hidung.. Katanya jugak ianya tersenarai antara maggi yang terpedas didunia.. Eh betui ka? Dan kerana maggi ni lah mummy didesak dan digoda saban hari tuk membelinya.. Adoii sadis betui tau nasib mummy ni...!
Ikutkan hati nak beli je secara online... tapi arghhh tak jadi la. Rasa macam membazir je layan maggi ni sampai nak suh pos bagai kannn.. Lagipun hero-hero bila tengok mummy ignore , lama kelamaan dia pun ikut diam la, cuma sekali sekala bila ada orang post kat Facebook dan dia tertengok.. Mulalah la dia mintak balik....huhuhu
Nak dijadikan cerita , kebetulan semalam mummy keluar lunch kat Dataran Pahlawan ni.. Saja je cuci mata. Benak asyik dok dalam bilik je sepanjang bulan ramadhan ni. Nak update entry malas macam la pulak.. hehee
Jalan -jalan punya jalan kat pentas utama Dataran Pahlawan tu terdapat la gerai-gerai kecik yang menjual baju raya dan kuih raya. Hah! Mata aku tiba-tiba tertumpu pada sebungkus beg plastik berwarna merah..
" Eh tu bukan maggi Ramen ker " Bisik hati aku...
Apalagi depan pantasnya terus teringat hero-hero mummy.... Apalagi sambar 2 bungkus la. Sebungkus RM 7 hengget..! Mak aiii mahainya.. So beli dua je la... share 3 beranak..
Waktu amik kat sekolah transit. Punyalah excited hero kecik bila mummy dah cakap, mummy dah beli maggi ramen. Tulah jadi mummy ni... hati lembut je bila ingat anak-anak nak makan .
Katanya nak makan lepas terawih budak-budak ni..Tapi bila balik , masing-masing sibuk ngan aktiviti masing-masing. Lupa agaknya pasal maggi ramen ni. Aku pulak dah tertido. Lagi dorang lupa lagi aku suka.... hahaha #gelakjahat .Sebab mummy pun risau gak , bulan-bulan puasa ni dorang makan benda yang pedas-pedas. Meragam perut tu nanti satu hal pulak mummy nak dok melayan.
Tapi keesokkan harinya.. Bangun pagi dan selesai kemas dapur , check phone tengok ada video dorang makan maggi. Sah projek malam tadi waktu aku tengah tido.. Waktu makan sahur takde pulak tanda-tanda kekenyangan . Relax je . Sorang sepinggan habis makan nasi. hehehe :)
Ni hah video " Tak Pedas pun"
hahahha.. sebenarnya mummy dah tak larat nak dok ulang tayang balik video ni dua tiga kali , drama habis.... hahaha Macam tu kat dalam video , macam tu jugaklah dia kat rumah. Jenuh nak dok melayan. Akai panjang katanya .hehehehe.. Lepas ni sapa nak panggil berlakon bole email..hahha :p
Apa-apa pun buat korang yang nak makan maggi ni, bole je makan tapi makan la dengan kadar yang sedikit, sebelum korang sakit perut.Pedas sebenarnya maggi ni sebab hero-hero ni memang makan pedas. So kiranya maggi pedas tahap gaban la kan. Hero besar cakap pedas dia sampai merah-merah bibir. Hah ! Nak makan sangat kan. Rasakann....
Berani dorang nak komplain ngan mummy. Tapi hero-hero ni share berdua maggi ni, sorang separuh sebab mummy dah warning awal-awal. Jangan pandai-pandai nak amkan sorang sebungkus , just amik rasa je .
Nanti janganlah pulak korang berbuka pulak dengan maggi ni. Ada beraya kat hospital kang..hehehhee. Untuk status halal Maggi ni bole klik Facebook Blogger Farah Lee : Farah Lee
Thanks for reading! Wassallam