Assallamualaikum..
Tetiba tekak ni terasa rindu nak makan Mee Tarik waktu kat Zhuhai China aritu.. Hish ngidam apa ni ? kikiki :p Walaupun kat sini ada, tak mungkin sama macam kat sana kan. Orangnya, persekitarannya, how they display the menu, cara dorang serve kita kann kann.. Tak caya mummy cakap.. apakata korang pi sana dulu.hehhee :P
Sepanjang waktu mummy disana, hanya restauran ini lah yang menjadi port rasmi mummy and team. Nak makan kat hotel hanya mampu telan roti dan bubur je. Kalau kat bilik pulak Maggi, oat , sambal kering Ikan Bilis .. hah! Tu jelah.. Menu ni je telah membuatkan berat mummy turun mendadak tau... jangan tak percaya hokay . Tapi tu aritu la.. sekarang lak naik mendadak-dadak.. keh keh keh :p
Dihadapan hotel yang mummy duduk ni terdapat satu kedai Halal Food milik Cina Muslim. So situ jelah port kitaorang makan. Mula-mula memang la rasa pelik sikit tapi lama-lama kena pulak ngan tekak mummy walaupun kawan-kawan yang lain dah tak boleh telan... Waktu mummy pergi tu cuaca dia memang sejuk waluapun memang tak kan ada salji kat sana , so sup memang menjadi pilihan mummy lah.. Nak tengok rupa dia.. jeng jeng jeng
Ni lah rupanya Mee Tarik. Yang uniknya Mee Sup ada Telur Goreng. Nampak pelik kan.. tapi bila makan dengan cili flakes tu.. yummm...
Suasana dalam restaurant. Nak order makan tunjuk je menu kat dinding tu. Nak sebut tak reti apatah lagi membacanya.hahahaa Order ikut instict je..bole giteww
Ni Nasi Goreng dia.. Mummy tak pernah order sebab mummy tak berapa suka makan nasi yang berasnya comel-comel lagu ni..hahhaaha Demand!! Cuit-cuit kawan-kawan punya je.. heheh
Cara MeeTarik dibuat. Mengintai dari jendela kedai. hehee
Ni lah geng-geng yang ikut serta ke Zhuhai aritu
Ni Mee Tarik ala-ala Tom Yam..
Posing ngan Owner kedai bersama dengan pelayan-pelayannya sekali.
Free style!
Restaurant HALAL ni depan hotel mummy je.. Lintas jalan sikit dah jumpa kedai. Sebenarnya banyak lagi menu ada kat sini macam Satay Kambing yang super duper sedap tu! Tapi mummy tak amik gambo sebab makan dengan bos. Kang dia kata makanan pun kau nak amik gamboo. Padahal dia tak tau.. salah satu tanggungjawab blogger ni kena amik gambo.. Kalau tak takdelah bahan nak tempek kat blog. Malahan dengan gambar-gambar ni lah yang dapat membantu rakan-rakan / pembaca yang lain mencari maklumat tentang sesuatu menu, lokasi dan sebagainya. Tak giteww.. Harga tak tercacat sebab semuaya dibelanja orang. Mummy tau ngap je! hahaha...:P Ehh! Lupa lak nak cakap Terima Kasih buat yang sudi belanja versi Blog. Nanti ada masa belanjalah lagi.. hahhaa :P :P
Thanks For Reading! Wassallam
Love , Mummy JA