Assallamualaikum...
Sekarang tengah isu panas mengenai anjing gila kan. Terutamanya yang berlaku di Serian Sarawak. Tapi korang jangan ingat Sarawak tu jauh tak boleh merebak, banyak cara penyakit itu boleh disebarkan tanpa korang sedar. Meh sini mummy kongsikan sedikit maklumat mengenai penyakit ini ok. Moga bermanfaat.
Apakah itu Rabies?
Rabies atau ( Penyakit Anjing gila) adalah sejenis penyakit secara semulajadi menjangkiti mamalia( haiwan berbulu dan berdarah panas) seperti skang , rakun , kelawar , haiwan peliharaan kucing dan anjing.
Tanda & Gelaja Rabies
Bermula dari tempat gigitan atau lain-lain tempat kemasukan virus , virus akan membiak di sepanjang sarag bermula dari saraf tunjang dan otak ke kelenjar air liur. Virus ini kadang-kadang kekal hidup dalam keadaan "dormant" di dalam badan untuk beberapa minggu atau bulan sebelum gejala atau simtom pentakit ini mula kelihatan .
Antara tanda dan gejala rabies
- Pembengkakan dan kemerahan di tempat gigitan
- Sakit tekak , demam dan sakit kepala
- Cirit birit
- Loya dan muntah
- Hilang selera makan
- Mengeluarkan air liur yang sangat pekat , mata berair dan tekanan darah rendah.
Rawatan
- Luka gigitan mesti dibasuh dengan sebersih-bersihnya dengan sabun berubat dan air
- Pemberian toxioid bagi tetanus dan antibiotik
- Pemberian vaksin Rabies
- Pencegahan
- Haiwan peliharaan perlu diberi vaksin melawan rabies
- Jangan sentuh haiwan liar
- Jangan cuba menggangu haiwan yang sedang bergaduh
- Jangan biarkan sampah atau makanan haiwan peliharaan terbiar diluar rumah
Vaksin pencegahan terhadap rabies perlu diberikan kepada pekerja yang bersentuhan dengan haiwan liar dan haiwan peliharaan yang tidak di imunisasi
Peranan Ibu Bapa
Ibu bapa perlu memaklumkan kepada anak-anak mereka tentang betapa pentingnya untuk menjauhi haiwan liar dan terbiar dan betapa perlunya mereka memaklumkan tentang kelakuan pelik pada haiwan termasuklah haiwan peliharaan.
Info : Melaka Hari Ini
Thanks for Reading! Wassallam.