Ramadhan ke 22
Assallamualaikum...
Sementara tunggu Adam balik sekolah sempat gak aku menulis blog ni.. Hahhaa almaklum la teknologi dihujung jari bak hang.. Semalam Adam request nak makan ayam percik.. Sebab aku tak reti masak + badan tak berapa nak sedap semalam so aku bawaklah hero-hero aku makan kat Restoren Sri Percik kat Malim tu.. nak kata sedap idak la jugak... Biasa-biasa ja.. Tapi disebabkan persekitarannya yang best so aku bawaklah hero-hero ni berbuka puasa kat situ . Actually aku ni jenis tak suka berbuka kat luar.. Almaklum la aku ni jenis malas menunggu . Hahaaha makan nak , tunggu malas.. Apa raaa... lagipun malas betui nak terkejar-kejar balik rumah nak solat maghrib... Hish macam-macam kan alasan.. Biasalahh bila dah tak suka, seribu alasan akan diberi. Hehhehe macam la kat situ takde surau kan.. Cehh..
Ook ini Adam .. Dia la request nak makan kat sini.. Semua nak makan.. Pastu tak habis.. So kecik besaq ja mummy tengok dia.. Ni dah kurus sikit sebab aritu demam panas.. bulan puasa turun 4 kg.. So mummy sedang bekerja keras menaikkan berat badan seperti sebelum puasa macam tahun-tahun yang lepas. Normally 1st raya dah kembali normal.. Kikikiki.. tu la ketupat rendang tok dia sedap sangat..
Ok.. Ini Mukhriz. Trademark Mukhriz.. Hensem, kacak dan bergaya.. Urghhhh kacak ker?! Pasan lebih ini budak..! Setiap kali ajak makan luar , dia akan kata mummy tak payah .. Membazir je.. Padahal dia nak suh mummy simpan duit tuk beli Penny board dia.. Manyak cantekk!
Sementara menunggu hidangan sampai dorang ada sediakan kurma dan juga bubur kacang.. ni tuk mummy je, hero-hero aku tak makan hokay.. Banyak sungguh alasannya.. Adam tak suka kurma sebab kulitnya dan rasanya yang manis sangat ! KatanyaLah.. Dah macam-macam usaha mummy buat, dia memang tak leh telan.. Mukhriz bole je makan, tapi memang susah nk tengok dia makan.. Sama je pangai ngan Adam. Itulahh inilahh.
Ni Nasi Lemak Ayam Percik , Mukhriz order. Sambal dia marvellous! Mukhriz cakap dalam pic ni dia nampak slim.. Ni sebelum, cer tengok selepas.. Muncittt!
Ni lak menu Adam, Nasi Beriyani Ayam Percik..dia pilih sendiri.. Padahal Adam tak suka makan nasi beriyani.. Tiba-tiba bila order kata suka. pastu cakap , yang Adam tak suka tu makan tu yang mummy masak.. Alahaii drama sungguh.. Alahaiii anak, seumur hidup mummy tak pernah masak nasi beriyani.. Eee tak kuasa mummy nak masak setakat mummy sorang je yang nak makan....membazir! Baik beli ...kan kan kan..
Yang ni mummy punya.. Masak Masam ikan apa tahhh.. Arghh makan je, yang penting pedas.. nak makan yang ada cili padi macam serik je, almaklum la aritu perut dah meragam.. Huh! seksa tanggung sakit. Tapi mulut gatai nak makan gak.. Nasib baik masak asam ni tak pedas sangat.. Ok ok je.
Ok tu je nak cerita tuk entry kali ni. Dah lama tak buat entry buka puasa kan.. Kisah anak beranak berbuka puasa.. Tu pun dah nak masuk hari ke-22 baru nak wat entry berbuka. Hahhahaahaa..
Ok Thanks for reading! Wassallam..
2 Comments
wah...hero2 mummy...x perlu risau...dah besar nanti leh jadi bodyguard nih
ReplyDeleteTak yah tggu besaq JM , la ni pun dok kalut nak nak jadi bodyguard.. Hehhe
Delete