Raya Bersama Nickelodeon di Sunway Lagoon Malaysia

13:30

Assallamualaikum..

Keseronokan bersama-sama keluarga melakukan aktiviti riadah bukanlah suatu perkara yang boleh dinafikan lagi. Riak wajah kegembiraan anak-anak  adalah satu kepuasan yang tak terhingga bagi ibu bapa. Begitu jugalah dengan mummy. Membawa anak-anak berjalan dan melakukan aktiviti adalah satu perkara yang sering ditunggu-tunggu dan Sunway Lagoon sering menjadi pilihan hero-hero mummy setiap kali menjelang cuti sekolah. Dan Sempena cuti raya dan cuti sekolah yang bakal tiba ini Sunway Lagoon telah melancarkan kempen Nickelodeon Raya. Jom kita tengok apa yang menariknya sempena kempen kali ini.
#nickelodeonraya
Sunway Lagoon Malaysia

Lokasi


3, Jalan PJS 11/20, 
Bandar Sunway,
 47500 Subang Jaya, 
Selangor


Masa Operasi
10.00 Pagi- 6.00 Petang

Website 

Harga Tiket

Baru-baru ini mummy dan hero-hero telah ke Sunway Lagoon bagi pelancaran kempen Nickelodeon Raya yang bakal bermula pada 25 Mei sehingga 9 Jun 2019 sempena Sambutan Hari Raya dan juga Cuti sekolah yang bakal tiba. Kali ini Sunway Lagoon membawa kemeriahan Raya bersama karektor Kartun Nickelodeon iaitu  Dora The Explorer, Ninja Turturtles  dan yang paling utama  Sponge Bob dan juga Patrick yang hensem tu !


Video Sepanjang Majlis Pelancaran Kempen Nickelodeon Raya

Teenage Mutant Ninja Turtules (TMNT)

Sponge Bob and Patrick yang begitu kacak berbaju melayu dan sampin. Kena sungguh dengan tema Nickelodeon Raya. Tema hijau nampak gaya dorang tahun ni..hahah :p Ada yang sama tak sila angkat tangan dan jangan lari.

Dora dan Boots.

Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan Sempena Kempen "Nickelodeon Lost Lagoon's Explorer's  Campsite and be challenged " ni antaranya :

  1. Dora and Boots Puzzles Games
  2. Sponge Bob's Buble-Blowing Playtime (Catch the biggest Bubbies)
  3. Fighting with Teenage Mutant Ninja Turtules (TMNT) Shuriken Kids Challange.
* Bagi jadual aktivti di "Nickelodeon Lost Lagoon Explorer's Campsite and be challaged" korang boleh klik bagi Masa dan lokasi aktviti di   https://sunwaylagoon.com/nickelodeonraya/

Leya sedang settlekan puzzle. Fail! hhahhaha

Bagi menambah kemeriahan bagi kempen ini, Sunway Lagoon akan memberikan 150 VIP Call Celebration Fun Passes. 30 kanak-kanak yang terpilih itu akan dipakaikan pakaian seperti Rock Star dan akan berpeluang ke " Nickelodeon Lost Lagoon's Call for Celebration Parade".
Persembahan selingan dan gimik dalam majlis pelancaran kempen #nickelodeonraya.

Kempen ini diadakan bagi bertujuan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan hubungan persahabatan  sewaktu musim perayaan ini dan cuti sekolah dengan aktivti yang bermanfaat dan menyeronokkan .

Apa yang menarik di Sunway Lagoon?

Sunway Lagoon ini merupakan Multi-Park Destinasi.  Disini korang boleh menikmati 90 attractions dengan keluasan 88 hektar dengan kepelbagai aktiviti seperti 

  1. Amusement Park
  2. Water Park
  3. Wildlife Park
  4. Scream Park.
  5. Nicklelodeon Lost Lagoon
  6. Extreme Park.
Keseronokan melakukan aktiviti-aktivti diatas ni pasti ianya akan memberi keterujaan kepada korang sekeluarga dengan aktivti yang cukup menarik. Mummy yang pergi kesana pun masih rasa tak puas lagi. hehehe Tetiba rasa macam kanak-kanak ribenalah pulak. hahaha :p Korang bila dah ke sini jangan lupa pulak menaiki Vuvuzela yang merupakan The Largest Water Ride di  dunia. Confirm jenuh menjerit macam mummy.haha :P

Hero kecik sempatlah naik gambar yang belah kiri ni. Adehh tengok pun semput! berani sungguh naik rides ni tau..

Bagi para peminat yang dah tak sabar  untuk berjumpa dengan Nickelodeon ni, korang boleh check out tempat-tempat atau hotspot dikawasan Klang Valley untuk berjumpa dengan  cartoon Nickelodeon  kesukaan korang ini pada pada 4 sehingga 17 Mei 2019 . Lokasi-lokasi tersebut akan dimaklumkan di Facebook dan juga Instagram Sunway Lagoon Malaysia. Selain berjumpa dengan para peminat korang berpeluang untuk turut serta  dalam contest "Spot! Snap! Post!" bagi berpeluang memenangi tiket kemasukan secara PERCUMA ke Sunway Lagoon.


Video sepanjang mummy and the gang's enjoy dengan aktiviti di Sunway Lagoon.

Oh! Jangan lupa juga ye untuk mengambil bahagian didalam "Nickelodeon Lost Lagoon's Insta Stops" yang terletak diparking pelawat  untuk bergambar  dan merakamkan moment-moment indah bersama keluarga.  Gambar terbaik akan berpeluang  untuk diletakkan didalam Sunway Lagoon's " Best Day Ever' Blog dan berpeluang memenangi pakej 4-To Go yang bernilai RM 808.

Wildlife Park! Best ! Sebab haiwan-haiwan ni dekat dan jinak je ngan kitaorang. Comel pulak tu.. Yang penting not camera shy hokay..hahaa :P

Geng explore Sunway Lagoon... Pergi bersemangat, balik lembik. Letih meronda dan join semua rides.  Sebesar-besar alam tempat ni. Better korang plan nak naik yang mana dulu. Boleh refer dengan peta lokasi yang tersedia.

Masing-masing dah pening naik ship yang boleh berpusing 300 darjah tu.. haha

Sesi belajar memanah walaupun semua anak panah sukar untuk kesan dari radar. Tersasar sokmo!.

So kalau korang masih mencari lokasi yang sesuai untuk musim raya dan juga cuti sekolah ni, Sunway Lagoon adalah tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga mahupun bersama sahabat handai tak kiralah pada peringkat umur sekali pun. Kemudahan infrastuktur juga amat baik. Tandas bersih , tempat duduk pun ada, locker simpanan barang, surau , cafe semua juga disediakan dan ianya cukup selesa. 

Thanks For Reading! Wassallam..

You Might Also Like

0 Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...