Who's Tea Malaysia Pertama Telah dibuka di Melaka

16:56

Assallamualaikum...

Rata-rata netizen sekarang cukup riuh dengan pelbagai air bobalah , air bubble la, air tea ada cheese la, air smoothie la..Dah la tu  macam-macam na. Semuanya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. eh! Pening la nak pilih . Banyak sangat! Terutamanya yang sedang viral di media sosial sekarang , jadi  korang perlulah menjadi pengguna yang bijak memilih. Baik dari segi rasa dan juga harga. Tak giteww...

Actually mummy pun tak terlepas juga dengan perasaan yang ingin mencuba. Tapi kalau boleh  nak la yang kearah menyihatkan sedikit. Minum air manis-manis selalu sangat pun tak berapa helok untuk kesihatan kan. Kang kembang semangkuk mummy. Jenuh nak jogging...

 Nampak..?! Muka mummy ada happy kan.. 

 Air yang berwarna pink yang mummy pegang ni merupakan salah satu minuman dari "Fresh Fruit Series" daripada Who's Tea Malaysia.

Mesti korang tertanya-tanya.. Eh ! Bukan kat Taiwan je ada Who's Tea ni? Hellooo kat Malaysia dah ada hokay.. Melaka merupakan cawangan pertamanya tau! Jom kita kenali asal-usul Who's Tea Malaysia ni.


Asal Usul Who's Tea

Berasal dari Taichung Taiwan , ianya telah ditubuhkan pada tahun 2011 oleh sekumpulan orang muda . Nama “Who's Tea” pula berasal dari sebutan Cina "鬍子茶Húzi chá (Yang bermaksud Janggut)". Ini disebabkan oleh apabila korang  meminum air Who's Tea ini , buih susu khas tu akan meninggalkan tanda /kesan pada wajah korang seperti janggut kecil especially di bawah bibir. So dari situlah nama Who's Tea ini diberi.

Who's Tea juga mempunyai lebih daripada 30 cawangan di Taiwan dan telah dilancarkan sehingga ke luar negara seperti di China, Amerika Syarikat, Kemboja, Malaysia, Korea Selatan, Jepun dan Thailand. Wahh banyak sungguh cawangan Who's Tea ni kan...

Baru-baru ni sebuah company iaitu Pro Specialist  Advisory ( International) Sdn Bhd telah membawa Who's Tea yang berasal dari Taiwan ini (8 tahun dalam industri ni) telah membuka cawangannya di Melaka sebagai cawangan pertama di Malaysia. Sejajarlah dengan Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan dan menjadi tumpuan ramai orang , baik di Malaysia mahupun negara luar.  Terletak di sebuah bangunan yang cukup friendly OOTD instagram, Who’s Tea telah memulakan perniagaan pada february 2019 yang telah dibawa oleh pro specialist Advisory ( International) Sdn Bhd.

Lokasi
Who's Tea Malaysia (Kedai Pertama di Melaka)


Alamat
No.8, Jalan KLJ 9,
 Taman Kota Laksamana Jaya, 
75200 Melaka. 

Waktu Operasi
 11 pagi. hingga 1 pagi (setiap hari)

Telefon
 + 606-288-4911

Facebook  
www.facebook.com/WhosTeaMalaysia

 Instagram 
https://www.instagram.com/whosteamalaysia/ 

#whosteamalaysia
#WhoeverComesStays



 
Decor dalaman Cafe Who's Tea ini.


Selain mempunyai ruang menikmati hidang yang selesa dan luas, kemudahan wifi yang kuat juga membuatkan korang akan selesa menjamu selera.  Malahan terdapat pelbagai pilihan makanan dan juga minuman yang terdapat di Who's Tea didalam pelbagai variasi dengan harga yang cukup berpatutan seperti

Minuman

Black Who's Series(Chocolate Milk Foam) 
White Who's Series (Rose Salt Foam) 
Cheese Who's Series (Cheese Milk Foam) 
Fresh Fruit Series
Tasty Tea Series 
Fresh Milk Tea Series 
Vineger Series 
Bubble Tea Series


 Makanan Ringan

Black Panini Series ( Wajib Cuba)
(Chicken&Ham Panini, Thick Chicken Panini, Omega egg Cheese Panini)
Fried American potato 
Fried Sweet potato 
Fried Potato chips 
Taiwanese Fried Chicken


Fakta Menarik Mengenai Who's Tea Malaysia

Kebanyakan gula dipasaran menggunakan frukstosa ( Sangat manis dan mudah terkumpul didalam badan) yang menyebabkan kerongkong/tekak korang akan berasa tidak selesa. Namun didalam minuman yang dihasilkan oleh Who's Tea  ianya menggunakan produk sukrosa iaitu Gula Tebu asli yang dibawa khas daripada Taiwan  yang mudah diekstrak oleh tubuh badan kita sebagai manusia normal. Malahan ianya juga mampu mengekalkan rasa asli  dan teh wangi. Oh! lupa nak bagitau.. harga bagi minuman yang terdapat disini  paling tinggi berharga Fresh Red Dragon Fruit (RM 14.90) .. Tu pun disebabkan menggunakan buah-buahan yang fresh!.. Berbaloi-baloi..  So kalau siapa ada di Melaka atau berada di Melaka bolehlah mencubanya..

Thanks for Reading! Wassallam..  

You Might Also Like

0 Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...