Pameran Keris 750+3 Sempena Festival Silat ( Largest Keris Exhibition : The Malaysian Book of Records)

by - July 03, 2015

Assallamualaikum...


Dah berlapuk event baru nak update story pasal event ni.. Hahahaha takpe yang penting ada record okay supaya senang nak buat rujukan dikemudian hari. 

Okaylahh citer pasal pameran keris ni, kenapa namanya Pameran Keris 750+ 3 ? Ianya merujuk kepada  Penubuhan Kerajaan Melaka yang ke 753 tahun pada tahun ni. So situlah datangnya jumlah keris yang akan dipamerkan.

Apa itu keris?

Keris adalah senjata  yang hanya terdapat dinusantara, kepunyaan bangsa rumpun Melayu yang tersebar dari Selatan Filipina , Tanah Melayu dan Kepulauan Indonesia. Mengikut "Kamus Dewan" pula ianya adalah sejenis senjata  bermata dua yang tajam bilahnya, lurus, atau berkelok-kelok. Merujuk sejarah lisan negeri Kelantan keris bermaksud "Keramat, Rahsia, Yang, Satu," daripada huruf Kaf, Ra, Ya,Sin.

Pada sebilah keris yang bermutu tinggi , tersimpannya pengetahuan dan teknologi orang melayu . Keris menjadi ikon orang Melayu kerana kebanyakkan daripada binaan orang Melayu seperti istana-istana Melayu silam, kapal-kapal besar  atau jong Melayu telah lama pupus atau hancur ditelan zaman atau dimusnahkan oleh penjajah. Akan tetapi pada sebilah keris tersematnya bukti bahawa orang melayu pandai mencampurkan, menempa dan membentuk besi sehingga memberikan corak atau pamor pada bilah keris. Selain itu juga keris juga dapat menunjukkan bukti kesenian cara menggunakan kayu yang dilestarikan dalam bentuk ukiran pada hulu dan sarung keris dan juga penggunaan pertukangan halus untuk menghasilkan perhiasan pada keris yang menggunakan logam emas, perak dan suasa.

( Sumber rujukan : Buku Semangat Keris by Emil Bahari)

Ciri-ciri yang perlu ada pada keris.

Pameran keris 750+3 ini telah diadakan pada 17-19 April 2015 , di Balai Adat Perkampungan Hang Tuah Duyong, Melaka.

Untuk mengumpulkan 753 bilah keris ni  bukan semudahkan seperti lihat gambar keris itu disusun diatas meja.. Hokay kami terpaksa meminjam dan mengeluarkan pelbagai koleksi yang terdapat didalam simpanan kami sendiri termasuklah juga meminjam pada Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Persatuan PURBA Selangor serta agensi swasta dan orang perseorangan. Bukan mudah nak pinjam. Nilai keris lebih 2k keatas tu bagi setiap bilah.. So bayangkan kalau 753 bilah keris ... Azab tak?


Waktu ni tengah set-up ruang pameran. memandang showcase agak limited, kitaorang hanya display atas meja dan dikawal rapi oleh oleh pengawal keselamatan, polis bantuan dan beberapa pihak keselamatan yang lain. Insurans pun tak dilupakan .Benda wajib hokay. 


Ruang pameran yang baru diset-up. Pening gak.. Ruang kecik, kerisnya banyak.

1st collection orang perseorangan. kena hadap satu-satu dan namakan setiap  keris.. Masakkkk nak hadap.

Showcase oh showcase.. Untuk VVIP sahaja sebab limited sangat, next time kena wat showcase banyak2 la .

Sesi tunjuk skill, bukan mistik tapi sains dan graviti hokay..  

jeng  jeng jeng.. demontrasi keris berdiri.


Team Persatuan Seni PURBA dari Selangor. Ohsem ! dari kiri En. S.Amin Shahab ( ala korang kenal punya, retis katakan.. Hehehhe) , En. Zarim YDP Persatuan, En. Majid Bujang, En. Hisham. Semuanya penggemar/pengumpul koleksi keris tegar. 


Dok pulun asingkan keris mengikut ketegori. Yang ni 2nd trip.. cari-cari keris tak cukup-cukup. Memang waktu ni rasa stress sangat. Tapi nasib baik dapat team yang sporting . Walaupun asyik kena buli sebab sorang je pompuan. Tapi takpelahh yang penting keje  siap on time.


Yeahhh dapat sijil! kerana sijil ni lah aku tak cukup tido, mandi tak basah, makan tak kenyang. Parah mengalahkan orang mabuk cinta.. Cissss.. !


Team Unit Aku.. Sejemput je yang lain mana ntah... apa-apa pun syabas tuk semua..



Ketua Menteri Melaka menandatangani Sijil Malaysian Book of Records ( Largest Keris of Exhibition)




Memberi penerangan kepada TYT dan CM mengenai keris perubatan ni. CM siap suh buat demontrasi lagi.. aihhh memang taklahh..heehehe



Posing posing posing... Waktu ni lahh baru dapat menarik nafas lega. Almaklum la akhirnya berjaya jugak mengumpulkan 753 keris tu. 


Akhir kata , dapat tempek story kat Nanyang Siang Pau pun jadilahh... 
Ada jugak kenangan kan...hehhee

Okaylah sampai disini sahaja. Thanks for reading! Wassallam...


You May Also Like

2 Comments