Menangi pakej umrah sempena Konsert 25 tahun Inteam Nur Kasih, Kembara Karya kerohanian

by - October 22, 2025

Inteam yang ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai kumpulan nasyid atau kerohanian yang tersohor. Dibawah anjuran ICON Entertainment by Iman Tang, Inteam akan meneruskan perjuangan memartabatkan industri seni tempatan di tahun 2026 dengan sebuah konsert pada 1 Februari 2026.

Penganjuran konsert 25 tahun Inteam Nur Kasih  yang bakal direncanakan berlangsung pada 1 Februari di Axiata Arena Bukit Jalil pada jam 8.20 malam . Konsert ini bakal menajdi tanda aras penganjuran konsert berunsur islamic berskala besar buat julung kalinya. 

"Penganjuran ini istimewa buat kami dan sangat memberi makna kepada Inteam dalam perjalanan  lebih dua dekad keberadaan mereka dalam industri hiburan tanah air," Ujar Pengasas ICON Entertainment, Iman Tang.

Lagu-lagu Inteam seperti Nur Kasih , Dia, Kerana Cinta dan kasih kekasih  sememangkan sangat akrab dengan pendengar kerana penyampaian yang sederhana tetapi memyentuh hati dan cukup terkesan. 

" Kurniakan daku serikandi, Penyejuk di mata penawar dihati, Di dunia dialah penyeri, Di syurga menanti .. dia bidadari...

"Kekasih sejati teman yang berbudi, kasihnya bukan keterpaksaan, Bukan jua kerana dunia, Mekar hidup disirami Nur Kasih.."

Terngiang-ngiang nyanyi Arwah Suhaimi Saad .. cukup mendayu dan meruntun jiwa. 

Cabutan bertuah , pakej umrah dan baucer istimewa dari Jay Ibrahim Al Islam. 

"ICON Entertainment dan Inteam bersetuju agar 25 tahun Inteam Nur Kasih bukan semata-mata tentang hiburan tetapi menjadi acara menyantuni peminat dengan takzim kerana kesetiaan lebih dua dekad" 

Pakej Umrah tajaan Jay Ibrahim Al-Islam Travel & Tour Sdn Bhd dihadiahkan buat pembeli tiket bertuah dan Icon Entertainment serta Inteam mengucapkan jutaan terima kasih diatas peluang keemasan yang diberikan untuk peminat-peminat Inteam.

Hadiah-hadiah menarik menanti adalah :

  • Enam orang peminat bertuah akan berpeluang memenangi pakej umrah bernilai RM8999.00 setiap seorang tajaan Jay Ibrahim Al Islam. 
  • 10 peminat bertuah akan memenangi baucer istimewa Jay Ibrahim Al Islam bernilai RM 5000.
  • Hadiah Kedua yang disediakan oleh Icon Entertainment -2 Unit skuter jenama Modenas Elit 150s.
  • Hadiah ketiga - 1 Unit telefon pintar terbaru dipasaran buat pembeli bertuah.

Harga dan ketegori tiket 25 Tahun Inteam Nur Kasih

Harga Tiket Mesra Peminat, Nilai Tak Terkira
Bagi mereka yang mahu menyaksikan momen bersejarah ini, jualan tiket dibuka mulai 24 Oktober jam 11 pagi

RM 168 (DIA)
RM258 ( KERANA CINTA)
RM 288 ( BISIKAN NURANI)
RM 328 ( KASIHKU ABADI)
RM 368 ( KIAS CINTA)
RM 388 ( SELIMUT KASIH)
RM 428 ( NUR KASIH)
RM 488 ( KASIH KEKASIH)

Maklumat lanjut berkaitan konsert :

Artis : Inteam
Acara : 25 Tahun Inteam Nur Kasih
Tarikh : 1 februari 2026
Lokasi : Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur
Masa : 8.20 malam
Penganjur : Icon Entertainment
Platform pembelian tiket : www.ticket2u.com.my/Inteam Nur Kasih


You May Also Like

0 Comments