Pengalaman Menghantar Anak Ke Sekolah Aliran Cina Selama 6 Tahun

by - March 07, 2018

Assallamualaikum...

Ramai yang tanya kenapa hantar anak sekolah cina ?  mahal tak ?  Boleh ker anak ikut cara pembelajaran dalam aliran bahasa cina?  hah! Macam-macam soalan mummy terima.. jenuh tau nak jawab.. Hahhaa

Sebenarnya waktu hero-hero ni dalam perut lagi , dah plan nak hantar ke sekolah cina . Mula-mula nak hantar hero besar tapi hero besar mummy hanya mampu bertahan dalam sebulan dua je , sebab cikgu kelas push agar hantar ke sekolah kebangsaan sebab Hero Besar ni  agak slow sikit dalam penerimaan pembelajaran.  Selalu berkhayal je dalam kelas dan agak tidak fokus . Mungkin sebab dia anak daddy kot dalam istilah lain " Anak Ku Sazali" hahaha.. Tapi takdelah dasat sebegitu rupa..  Cuma jenis manja lebih dan tak suka ke sekolah. Bila tanya je jawabnya "kita ada hal dengan daddy la" Manjang giteww..  So atas pengalaman  apa yang terjadi atas hero besar mummy nekad , apa jadi sekali pun mummy tak akan tukarkan hero kecik ke sekolah kebangsaan. Biarlah hero besar sorang je ke sekolah kebangsaan, pandai tak pandai belakang kira.... Yang penting dia pandai berbahasa cina even sekolah cina silibus dia agak susah sedikit dari sekolah biasa. 

1St Day Sekolah : Hari Pertama Persekolahan

Kenapa sekolah kebangsaan teruk sangat ker..? ehh! Takdelah okay je, mana-mana pun okay.. kalau anak korang jenis pandai otaknya dan juga pandai bawa diri. Everything will be okay..hehhee


Sebab -sebab  hantar anak ke sekolah cina


Pendaftaran
Untuk pengetahuan korang, untuk mendaftar anak kesekolah cina , kenalah mendaftar dengan lebih awal. " Kalau boleh lepas lahir je terus daftar " Kata kawan mummy yang berbangsa cina. Tapi mummy takdelah awal sangat.. Mummy daftar hero kecik waktu umur dia 4 tahun je . Tu pun tinggal beberapa baris kosong je untuk di isi, bagi penempatan didalam sekolah cina.  Salah satu sebab perlu mendaftar awal adalah kerana kuota bangsa lain disekolah cina adalah sedikit. So sapa cepat dia dapatlah.

Uniform
Pengawas, ketua Kelas atau jawatan lain. Tiada uniform khas yang wajib dipakai oleh pelajar. So buat ibu bapa yang kurang berkemampuan namun anaknya pandai dan memegang pelbagai jawatan mungkin agak membebankan nak beli baju lain. So di sekolah cina tak payah. Cuma maybe hanya tambah tie atau name tag sahaja bagi menampak kelainan daripada pelajar biasa. 

Yuran
Nak kata mahal pun tak jugak, nak kata murah pun tak jugak. Cuma yuran buku perlu dibayar sebanyak 6 bulan sekali. Tu pun hanya bawah RM 100.  Untuk kelas tambahan dari darjah 4 hingga 6 adalah dalam RM 25 sebulan , Kelas Komputer dalam RM 15 sebulan  dan kertas-kertas untuk soalan-soalan tambahan akan diphotostat sahaja .. lebih kurang belas-belas ringgit je . Tapi korang jangan risau normally buku-buku yang dibeli setiap 6 bulan sekali akan habis digunakan. So tak rugi! malahan berbaloi. Cuma untuk badan beruniform macam biasalah , hero kecik masuk Wushu so just bayar untuk baju dia sekali ( untuk 6 tahun ) dan bayar yuran monthly sebanyak RM 40 . 

Cara pembelajaran
Sekolah cina memang riuh , memang bising dan memang meriah tetapi dorang ni mostly pelajar-pelajar yang mendengar kata dan hormat dengan guru ( Yang mummy nampaklah, so kalau korang nampak sebaliknya mummy mintak maaf) . Tiada istilah buku hilang, pencil hilang dan pelbagai lagilah hilang ( hero kecik punya pensil-pensil ker, buku ka semua masih terjaga dengan baik.. tak tau lah kalau hero kecik bagi penumbuk seketul-ketul dekat sapa yang kacau harta benda dia) hahahaha :P

Hero Kecik Menang Pertandingan Bercerita : Piala Cawan Air 

Tempat duduk.  Awal tahun hingga akhir tahun tiada istilah duduk di tempat yang sama. Rotation akan dibuat  bagi adil dan saksama oleh guru kelas. Walaupun masih terdapat pengasingan kelas mengikut prestasi pelajar , guru-gurunya mengajar sama rata. Takdelah bila nak exam baru sibuk nak fokus kepada kelas last-last ni.  Tak kira pandai atau tidak, memang cikgu fokus semua pelajar dengan cukup adil. Tak boleh catch up, guru akan panggil ibu bapa untuk selesaikan masalah pelajar. Bukan ignore je pelajar tak pandai  dan fokus pada pelajar pandai sahaja. Ada satu peristiwa tu,  waktu hero kecik mulai rabun waktu darjah 2, cikgu asyik pesan je bawak hero kecik ke kedai cermin mata.. check mata! Sampailah dia pakai spec baru cikgu dia diam..hahha So prihatin la namanya tu kan..

Kisah Spec Hero Kecik : Spec Hero Kecik Patah Lagi

Homework
Setiap pelajar wajiblah membeli buku "Peringatan Homework" so ibu bapa akan pantau home work pelajar melalui buku ini dan perlu ditandatangan . Malahan guru-guru yang mengajar akan mencatitkan nota-nota ringkas untuk makluman ibu bapa. Home Work juga perlu dihantar sebelum sesi kelas pertama bermula.

Homework pulak memang banyak even anak korang tak pergi MC mahupun cuti , memang kena buat balik home work waktu dia cuti tu. So anak korang tak kan termiss pelajaran waktu dia cuti dan ini juga  akan membuatkan anak korang rajin ke sekolah sebab takut atau tak larat  nak siapkan homework yang berlambak-lambak tu...  hahha Inilah salah satu sebab hero kecik cukup rajin ke sekolah selain daripada seronok berjumpa dengan kawan-kawan. 

Untuk pelajar yang tak siap homework dorang normally akan rotan ditangan tapi manja-majna je ( Ni memang mummy galakkan je  dan selalu pesan dekat guru kelas..rotan je kalau nakal tapi jangan sampai patah riuk) Mostly hero kecik tak akan bagitau mummy kalau tak siap homework sebab bila sampai rumah mummy akan tambah lagi rotan tu lagi..hahhaa :P

Diskriminasi kaum
Tiada istilah diskriminasi dalam pergaulan antara pelajar juga guru. Tiada melayu, tiada cina mahupun india. Dorang berkawan tanpa memilih agama dan bangsa selagi mana dorang pandai membawa diri dalam kelompok pelajar cina yang besar itu. 

Kelas tambahan
Bagi pelajar darjah 4 hingga darjah 6, pelajar diwajibkan untuk menhadiri kelas tambahan yan dibuat oleh pihak sekolah. Wajib! Tiada alasan. Mummy pernah la sekali tak nak hantar hero kecik pi kelas tambahan kat sekolah  dan nak hantar ke tuisyen luar so kenalah mintak kebenaran dari guru besar. Guru Besar cakap semua pelajar yang bersekolah disini wajib mengutamakan semua aktiviti yang dijalankan disekolah tanpa alasan lain. 

Kelas tambahan ini selalunya bermula jam 2.00 petang sehinga 4.00 petang . So kelas harian biasa  pelajar akan berakhir setiap hari jam 1.45 tengahari. So hanya ada 15 minit untuk dorang rehat, solat dan sebagainya. Ibu bapa kena tepat masa untuk menghantar makan tengahari, kalau lambat dan dah masuk kelas . Memang kesianlah pelajar tu nak kena tunggu sampai jam 4 petang menahan kelaparan. 

Kelas Agama
Kelas agama ni macam biasa je, macam sekolah kebangsaan yang lain. Bezanya kalau di sekolah kebangsaan ..pelajar lain yang berbangsa cina , india dan lain-lain akan bergerak ke kelas  subjek agama dorang  dan pelajar islam akan menunggu dikelas sehingga guru yang mengajar tiba. So begitulah terjadi sebaliknya bagi pelajar islam di sekolah cina. Kelas agama ini juga digunakan sebagai tempat solat dan juga tempat mengaji bagi pelajar islam.

Hero Kecik Pergi Camping : Camping Time! 

Waktu rehat ( makan dan minum)
Tiada penjualan makanan tidak halal. Yang dijual hanyalah makan yang memang tertera logo "halal". Tapi kebanyakkan pelajar melayu memang membawa makanan sendiri malahan ada meja sendiri kat kantin bagi kelompok pelajar melayu. So tiada rasa was was. Malahan kantinnya juga cukup bersih berdasarkan pengalaman di sekolah Hero Kecik.

Displin dan keselamatan
Dari keselamatan dan displin sama je macam sekolah kebangsaan lain. Nak masuk kena tulis nama. Pak Guard pun asyik bertukar-tukar bagi menjamin keselamatan pelajar. Waktu rehat dan waktu belajar pun ibu bapa tidak dibenarkan berada di perkarangan sekolah. Guru besar dan guru-guru lain sentiasa je meronda bagi mengawasi pelajar. Kalau ada masalah sekalipun , guru besar atau guru kelas akan memanggil  semua pihak yang terlibat  ( guru besar, pelajar mahupun guru itu sendiri) tiada istilah pilih kasih.

Waktu Belajar
Semua pelajar diwajibkan hadir ke sekolah sebelum 7.15 pagi. Kalau lambat takdenya pengawas catit nama dan sebagainya. Sebab pengawas pun nak belajar jugak, so takyah susahkan pengawas. Yang ada hanya Pak Guard tukang kunci gate. Kalau lambat pandai-pandai lah pelajar tu masuk melalui pintu besar. Takdelah istilah lambat 10 kali kena buang sekolah , ibu bapa kena panggil dan sebagainya .Yang penting pelajar itu hadir dan ada keinginan untuk belajar. 

Komunikasi/Pertuturan Harian 
Belajar di sekolah cina haruslah pandai bercakap dalam bahasa cina. Tak kiralah anak korang pandai atau tidak. Tak pandai?! Pandai-pandailah korang cari inisiatif luar seperti kelas bahasa dan sebagainya. Kalau tak pandai jugak , ibu bapa akan dipanggil untuk berbincang bersama menyelesaikan masalah. Sebab tulah hero kecik dari tadika lagi mummy dah hantar kelas membaca dan juga tuisyen bahasa cina. Bukannya apa, takut menyusahkan dia pulak. Sebab dah lah sekolah kita yang pilih, so kenalah pandai pantau pembelajaran anak. Bab duit tu korang pejam mata je.. nak anak pandai kan. 

Bus /van / kereta ( Pengangkutan Awam)
Kebanyakkan pelajar sekolah cina dihantar sendiri oleh ibu bapa , so kalau pagi-pagi tu memang sesak giler sebab semua nak hantar anak-anak depan sekolah termasuklah mummy . Lorat nak bye bye  kat hero kecik yang sentiasa annoying dekat mummy dia..hahhaa :P

Tuisyen luar
Bila bercakap mengenai tuisyen luar ni , hero kecik mummy hantar tuisyen aka transit sejak tadika lagi. Cuma lebih serius sewaktu darjah satu la.. Transit School ni termasuk guru yang mengambil hero kecik balik sekolah, makan ( Mummy kasi bekal) , ajar homework ( sebab mummy kan tak pandai bahasa cina) , lepas tu tuisyen. Mandi semua sekali kat situ just provide baju , towel dan lain-lain keperluan. Ni mummy transit dari darjah 1 hingga darjah 3.  Harga Transit School lebih kurang RM 170 sebulan dari jam 1.45 tengahari hingga pukul 6 petang. 

Darjah 4 hingga darjah 6 mummy hantar ke pusat tuisyen yang berhampiran dengan rumah mummy dari jam 5.00 petang sehingga 8.30 malam. Sebenarnya boleh je hantar awal tapi hero kecik tak nak , dia kata nak rehat. So petang sampai malam memang kat pusat tuisyen je kejenya. Dia pun tak merungut pun even dia penat. Kelas tambahan dekat sekolah sampai pukul 4 petang pastu rehat sekejap kat umah pukul 5 petang terus tuisyen. Siap bawak bekal makanan lagi. Selalunya mummy hon je depan rumah terus hantar ke pusat tuisyen. Maybe agak rushing sikit waktu balik keje untuk mummy hantar dia .. tapi takpelah untuk anak. Berkorban apa sahaja harta atau nyawa..keh keh keh :P

Aktiviti-aktiviti sekolah 
Aktiviti sekolah macam biasa jelah, ada hari sukan , ada hari kantin .. waktu ni jugalah pelajar beragama islam berpeluang berniaga dengan menjual makanan-makanan halal, ada sambutan tahun baru cina, ada sambutan hari raya ( yang ni selalunya kecil-kecilan jelah dekat kelas agama) , ada hari guru dan pelbagai hari lagi sehingga kan hero kecik walaupun dah masuk sekolah menengah nak jugak masuk sekolah rendah balik.. Seronok katanya. Tahun baru Cina dapat angpau, dapat limau sampai penuh bag sekolah lagi sekolah menengah takde.. Katanya cikgu kedekut..hahahah :P

Kisah Konvensyen Hero Kecik : Konvo Hero Kecik
Hari Sukan : Hero Sports Day

Apa-apapun pandangan ini mummy simpulkan berdasarkan pengalaman menghantar hero kecik sejak tadika cina 2 tahun dan sekolah rendah 6 tahun. So pandangan masing-masing mungkin berbeza yang disebabkan oleh sekolah cina yang berbeza juga . Namun begitu walaupun hero kecik tidak bersekolah cina lagi... aktiviti hujung minggu dengan kawan-kawan berbasngsa cina masih maintain seperti biasa  seperti menonton wayang , main bowling , main swimming pool dan sebagainya atas pemantauan mummy. Malahan guru-guru yang pernah mengajar hero kecik kalau terjumpa diluar pun masih ramah menegur sapa. Apa-apapun semuanya terpulang kepada diri sendiri nak hantar anak-anak sekolah aliran apa . Tepuk dada tanya selera.

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

39 Comments

  1. klu m ni maknya xleh la nk pontengkn ank utk pergi travel!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...Mula-mula je takut ponteng sbb taknak buat homework byk2 nanti dah lama2 ponteng jugak.Sanggup je buat kerja sekolah lebih asal dpt berjalan..hehhe

      Delete
    2. Sekolah mana puan hantar ye

      Delete
  2. ank tak stress ke tu homework byk? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde pun .. Sbb buat dekat transit school cikgu monitor, ptg balik sekolah dah goyang kaki.. hhehe

      Delete
    2. transit school kt ne...boleh tau sekolah cina mana ye...

      Delete
    3. Saya dekat Melaka.. Ada persoalan email saya ye.. julia_yana@yahoo.com

      Delete
  3. Menarik. Jadi tak perlu la risau hantar anak ke sekolah cina kan... Selama ni dimomokkan mahal la, disiplin la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdelah ok je Zumal dan depend dgn budak2 tu jugak...

      Delete
  4. tahniah hero n mummy! semoga hero terus sukses. "ni hau ma?"..eh tetiba ^__^ (kantonis ke mndrin, wa tak tau..hahha..sesuka hati je ;-))

    ReplyDelete
  5. Sekolah cina ni... Tetap ada cabarannya kan... Memang kena pegi tusyen untuk faham peringkat awal... Kalu tak... Payah jugak anak melayu kita nak pass...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa takdelah byk cabaran ..biasa2 aje rasanya... Cuma kena masuk tadika awal2 la, takut ketinggalan sbb takut tak paham..

      Delete
  6. wahhhh
    senang lah hero kecik minta kerja sebab fasih mandarin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah .. lagipun meluaskan pergaulan dia sama...

      Delete
  7. Perkongsian yang ohsem sis.. Dimana pun anak kita sekolah yang penting cara bawa diri kan sis..

    ReplyDelete
  8. Sis cukup ke kelas agama yg kat sekolah ? Ke kene hantar SRA.. sy pon nak hantar anak sjkc tl risau jugak nnt anak agama dia out😣 Dilemma sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada hantar anak saya kelas agama malam.. Sama mcm sekolah agama biasa... Cuma bezanya takde exam..

      Delete
    2. Sis... Melaka area mana ya... Skola agama malm 2 kat mana plak ya

      Delete
  9. pn. . boleh saya tahi . dekat mana pn anta sklah anak pn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dekat Melaka.. Untuk apa2 pertanyaan boleh email saya ye.. julia_yana@yahoo.com

      Delete
  10. slm, blh sy tau.. kmana haluan ank selepas sekolah rendah cina. maksud sy di peringkat menengah

    ReplyDelete
  11. Puan.. bley sy tahu ckgu transit tu ckgu cina ye? Kenapa ank puan xsmbg sekolah menengah cina?

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum puan.. Sy mmg niat dari anak kecik nak hntar anak sekolah cina tapi dr dulu xde pula ambil tahu cara utk masukkan anak sekolah cina.. So skrng anak dah 6 tahun masuk sekolah tadika biasa tapi sy dah start hntar anak tuition bahasa cina sejak bulan 8.. Masih boleh lagi ke klu nak mendaftar anak masuk sekolah cina? & bukan dari tadika cina..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut pengalaman sy,hantar anak 6 tahun gak ke tadika cina,so far alhamdulillah

      Delete
    2. Camne nak daftar anak tadika cina ye? Kne cari kat mn? Saya cari2 kawasan Nilai ni tak jumpe. Semua tadika yg islamic dgn english.

      Delete
  13. Salam. Saya baru hantar anak 5 yrs ke tadika cina tahun ni. Last year da start sekolah tadika biasa. Tp ni menangis tak nak masuk school setiap kali hantar. Normal tak situasi ni? Kebetulan batch 5years kat tadika ni xde melayu

    ReplyDelete

  14. ♥ ♠ ♦ ♣ ||DOMINO99VIP.com || ♣ ♦ ♠ ♥

    Kami Hadirkan Permainan Baru 100% FAIR PLAY Dari domino99vip.com :) 1 ID Untuk 8 Games :

    - Domino99
    - BandarQ
    - Poker
    - AduQ
    - Capsa Susun
    - Bandar Poker
    - Sakong Online
    - Bandar 66

    Nikmati Bonus-Bonus Menarik Yang Bisa Anda Dapatkan Di Situs Kami info Situs Resmi, Aman Dan Terpercaya ^^ Keunggulan :

    - Tingkat Persentase Kemenangan Yang Besar
    - Kartu Anda Akan Lebih Bagus
    - Bonus TurnOver Atau Cashback Di Bagikan Setiap 5 Hari
    - Bonus Referral Dan Extra Refferal Seumur Hidup
    - Minimal Deposit & Withdraw Hanya 20.000,-
    - Tidak Ada Batas Untuk Melakukan Withdraw/Penarikan Dana
    - Pelayanan Yang Ramah Dan Memuaskan
    - Dengan Server Poker-V Yang Besar Beserta Ribuan pemain Di Seluruh Indonesia,
    - DOMINOPELANGI .NET Pasti Selalu Ramai Selama 24 Jam Setiap Harinya.
    - Permainan Menyenangkan Dengan Dilayani Oleh CS cantik, Sopan, Dan Ramah.

    Fasilitas BANK yang di sediakan :
    - BCA
    - Mandiri
    - BNI
    - BRI
    - Danamon

    Tunggu Apa Lagi Guyss..
    Let's Join With Us At - DOMINO99VIP.com^^
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
    - BBM : 2BE3D683
    - WHATSAPP: +855 87 480 626
    - SKYPE : domino206

    Link Alternatif :
    = domino99vip.com
    = pelangidomino.info
    = pelangidomino.net

    NB : untuk login android / iphone tidak menggunakan www dan spasi ya boss

    ReplyDelete
  15. Kredit Pendidikan bias jadi sulusi untuk anda yang butuh pinjaman untuk Pendidikan anak.

    ReplyDelete
  16. tak sabar sy ada anak sendiri dan hantar dia belajar sekolah cina.. skrg bahasa ketiga amat diperlukan .. nk cari kerja pon senang .. lagipon sy pon rasa disiplin kt sekolah cina lagi tggi dari sekolah biasa..

    ReplyDelete
  17. Apa lah tulis korang2, dorang2. Tak ada adab. Apa salahnya tulis anda/mereka. Ni korang2/dorang2. Haih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa pasar je pon... X de beza.. Haih..

      Delete
    2. Beradap ja sy baca, bukan surat nk tulis formal

      Delete
  18. seronok tau baca story sis. saya nak hantar anaks ek cina tapi macam dah terlambat sebab tahun depan anak dah darjah 1, makanya saya sendiri yang belajar mandarin sebab nak ajar anak nanti. huuuuu

    ReplyDelete
  19. wuish menarik pengalaman you time sekolah...jadi rindu pulak kat sekolah menengah hehe

    ReplyDelete
  20. sjk(c)/ sk/ sjk(i) sama ja semua, saya dah ada pengalaman di sekolah ii ni. Bnyk merasa pengalaman yg membuka mata, bnyk yg pahit juga terutama di sjk.
    Nasihat saya, sk bagus sngt, bnyk anak ii pelajar yg belajar di sk perform dari segi akademik/ sahsiah/ kokurikulum.
    Bnyk anak ii yg bijak belaka. Usahlah hantar anak ke sekolah ii sjk hanya kerana nak nmpk lain dari yg lain, bnyk sekolah ii Top merupakan sekolah kebangsaan.
    Bnyk juga yg perlu dipertimbangkan di mahu hantar anak ke sekolah yg berlainan budaya, bukan saya nk menghasut tapi perlu fikir betul ii.
    Jika mahu belajar mandarin atau tamil, hantarlah anak ii ke tusyen luar lebih mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak hantar anak mana2 pun pilihan masing2 , kalau awak rasa bagus yang tu ikut awak lah , ibu bapa ni nak terbaik untuk anak2 , bercampur n sama budaya ni tak semestinya akan jd bagus , ni pengalaman sy jugak 🤭

      Delete