facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Review
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • Tips & DIY
  • Motivation & Knowledge
  • Recipe

Julia Ali

Assallamualaikum..

Disini saya  terangkan step by step cara tebus subsidi petrol melalui aplikasi stesen minyak(contoh: Setel – Petronas, Shell App) bagi rakyat Malaysia yang layak untuk menerima subsidi BUDI95.

Untuk semak kelayakan boleh klik dibawah :
BUDI95.gov.my

Pelaksanaan program BUDI95 akan dijalankan secara berperingkat . 

27 September - dibuka awal kepada 300,000 anggota tentera dan polis;
28 September dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40
30 September dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
(Had sebulan 300 liter)


Cara menebus subsidi minyak menggunakan aplikasi


1.    Muat turun aplikasi rasmi stesen minyak
Contohnya Setel - Google Play / App Store

2.    Daftar akaun & isi maklumat peribadi
Masukkan nama penuh, IC, nombor telefon & emel.
Pastikan IC yang dimasukkan sama dengan MyKad (sistem akan link untuk semakan kelayakan subsidi).
Akaun kena 'verified' ya. Kalau tak verified tu maksudnya tak buat lagi scan gambar IC/muka yang terdapat didalam aplikasi. 

3.    Aktifkan kaedah pembayaran  
Linkkan dengan kad debit/kredit, atau e-wallet dalam aplikasi.
Sesetengah app (contoh Setel) boleh top-up balance dan guna terus.

4.    Isi minyak di stesen
Buka aplikasi bila sampai di stesen.
Pilih stesen & pam (nombor pam).
Pilih jumlah (RM / liter).

5.    Sistem akan semak kelayakan subsidi.
Jika layak, harga subsidi (contoh RM1.99/liter RON95) akan terus ditunjukkan.
Confirm & mula isi minyak.

6.    Resit & rekod transaksi
Resit digital automatik keluar dalam aplikasi.
Boleh semak semula sejarah isian & jumlah subsidi yang telah diterima.

7.    Kalau MyKad cip rosak, aplikasi adalah pilihan paling mudah.
Warganegara asing tak dapat harga subsidi walaupun guna aplikasi sebab kena scan IC juga untuk account being verified.

Cara  menebus  di kaunter stesen minyak:

  1. Hanya perlu sertakan MyKad untuk disahkan
  2. Pengesahan MyKad dibuat melalui terminal pembaca MyKad
  3. Urus niaga di pam minyak:
● Pembelian seperti biasa guna kad debit/kredit
● Tambah pengesahan MyKad di terminal pam minyak

Sekian, Terima Kasih

.

Assallamualaikum..

Hari tergerak hati nak tengok status kengkawan dan juga sedara mara. Scroll punya scroll tetiba tengok status adik angkat di Kluang. Beliau seorang guru. Kelihatan gambar yang di post satu kelas anak muridnya sedang tidur jam 12.55 tengahari dengan caption "Qailulah ime every 12.55 pm daily" and mummy tau Tun M juga mengamalkan rutin ini bagi kecergasan minda tapi apa nama amalan mummy tak pasti. So mummy google la.. Okay ni hasil scrool mummy rujukan kita bersama ye. Moga kita sama-sama dapat mengamalkannya mendapat manfaat daripadanya. 


Credit Photo : Pintrest

Apa itu Qailulah?

Qailulah merupakan perkataan bahasa Arab yang kata dasarnya ialah قَالَ-يَقِيلُ-قَيلا-قَيلُولَة. Menurut Ibn Manzur, Qailulah membawa maksud tidur pada pertengahan siang.

Maksud Qailulah juga boleh difahami melalui hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud R.A bahawa Nabi SAW bersabda :

مَا لِي وَلِلدُّنْيَا، إِنَّمَا مَثَلِي وَمَثَلُ الدُّنْيَا كَرَاكِبٍ قَالَ فِي ظِلِّ شَجَرَةٍ، ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا

Maksudnya: “Apa dah jadi padaku dan pada dunia. Perumpamaan aku dan dunia seperti seorang penunggang yang mana dia berehat sebentar di bawah pokok, kemudian pergi meninggalkan pokok tersebut.”

  • Al-Khatib al-Syarbini menyebut: “Disunatkan bagi orang biasa melakukan solat Tahajjud untuk tidur Qailulah, iaitu tidur sebelum matahari tergelincir. Manfaat tidur Qailulah bagi orang yang biasa melakukan Tahajjud sama seperti manfaat sahur bagi orang yang berpuasa. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW: ‘استعينوا بالقيلولة على قيام الليل’ (Minta bantulah kamu dengan tidur qailulah supaya dapat bangun malam.)

Dapat difahami daripada kenyataan beliau di atas, bahawa waktu Qailulah adalah sebelum gelincirnya matahari iaitu sebelum masuk waktu zohor. Dan sunat bagi orang yang melazimi tahajjud untuk tidur sebentar sebelum zohor, sebagai persediaan untuk qiamullail pada malam harinya.Beliau berdalilkan dengan hadis berikut:

اسْتَعِينُوا بِطَعَامِ السَّحَرِ عَلَى صِيَامِ النَّهَارِ ، وَبِالْقَيْلُولَةِ عَلَى قِيَامِ اللَّيْلِ

Maksudnya: “Kuatkan puasa di siang hari dengan makan sahur dan Qailulah untuk bangun malam.”[14]

Manakala pada hari Jumaat, maka waktu terbaik untuk Qailulah adalah selepas melakukan solat Jumaat di masjid. Hal ini bagi mengelakkan daripada ketinggalan untuk mendirikan solat Jumaat.

Kredit bagi website : maktabahalbakri.com

Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.

Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.

Orang barat memanggil Qailulah sebagai “nap”. Di negara barat biasanya “nap” dilakukan dari pukul 2 - 4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan “nap’ waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.

Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12 - 1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.

Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor.

Apakah itu Hailulah, Qailulah dan A’ilulah ?

1- Hailulah ialah tidur selepas solat Subuh (org yg tak bangun solat Subuh juga termasuk) Hailulah menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki.

2- Qailulah ialah tidur sekejap sebelum solat Zohor sekadar 26 minit, ianya amat bermanfaat (sumber kekuatan solat mlm).

3- A’ilulah ialah tidur selepas solat Asar, ianya mengundang penyakit pd badan dan jiwa serta perasaan gundah gulana, kecewa dan gelisah.

Hantarkan kpd rakan taulan kerana sentiasa memperbaharui ingatan kita dan sebagai peringatan terhadap org yg terlalai.

Kredit : www.kifarahmedia.com

Wassallam..

 




 


Assallamualaikum..

Sebenarnya masih ramai yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya positif covid. Okay jom mummy sharekan apa yang perlu dilakukan sekiranya korang positif covid ye berdasarkan pengalaman mummy dan hero-hero yang positif pada bulan mac 2022 yang lepas.

Apa Perlu Buat Jika Positif Covid 19

Selepas anda buat ujian kendiri RTK saliva dan disahkan positif (double line) korang perlulah :

1.   Update status terkini korang didalam Mysejahtera

   ( MySejahtera> COVID-19 Self Report > Update COVID-19 Result > klik kat nama korang tu > (Startlah jawab soalan-soalan yang dikemukakan tu) > Selepas tu jangan lupa upload gambar Test KIt Covid korang tu > lepas tu Submit.

2.  Lepas tu nanti korang akan tengok profile korang akan bertukar warna menjadi merah dan bermulalah operasi kuarantin diri (Home Isolation) selama seminggu.  

3. Setiap hari korang perlu check nadi, oksigen dan suhu badan selama mana korang kuarantin. Ni kalau tak buat ampa tak buat , standby la KKM call kasi ingat. Mula-mula dia hantar masej peringatan, kalo tak buat jugak KKM akan call.

    Macam kes mummy.. KKM dari KL call sebab no start dari 03- ..... then oksigen dalam badan agak kurang CAC MITC call tanya ada sakit dada tak, so kalau sakit dada dia suruh ke CAC atau klinik yang berdekatan (ni kalau rumah jauh la). Kalau korang mengandung pun dorang suh pi CAC gak.

    Sebab tu dalam tempoh kuarantin ni penting adanya Oximeter dan juga Thermometer bagi setiap rumah. Kalau takde kemungkinan besar korang akan dikuarantin di CAC (Pusat Rawatan dan Kuarantin COVID-19) .

    Oh! lupa nak habaq... pemeriksaan yang korang lakukan dirumah perlulah dibuat pada waktu yang sama ye setiap hari.. 

4. KKM akan pantau setiap pemeriksaan yang dilakukan melalui MySejahtera. Kalau oksigen korang kurang dari 85%, nadi laju dan suhu badan terlampau tinggi... Korang perlu ke CAC yang berdekatan atau klinik yang terdekat bagi pemeriksaan lanjut.

5.  Okay tunggulah sehingga 7 hari kuarantin, jangan nak dok gatai-gatai keluar rumah na. Jangan korang jadi punca atas kesakitan dan kematian orang lain ye. Sebab antibodi manusia ni lain-lain.

Tetapi jika korang  sudah pun berusia 60 tahun dan ke atas atau mempunyai sejarah penyakit yang berisiko atau ada gejala yang teruk, adalah disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di CAC yang berdekatan. Kalau di Melaka kat MITC Ayer Keroh ye.

Apakah Tanda Tanda Positif Covid 19

1.      Mata menjadi merah

2.      Bibir mula kelihatan merah dan tampak merekah

3.      Ada tanda ruam ruam pada kulit anda

4.      Mengalami sakit leher

5.      Kelenjar nouds limfa mula membengkak

6.      Anda sudah mula rasa susah / sukar untuk bernafas

7.      Mengalami batuk batuk

8.      Ada mula hilang deria rasa atau deria bau

9.      Mudah berasa penat

10.     Ada mengalami demam selama 4 hari

11.     Mula kurang bertenaga

12.     Cirit cirit

13.     Loya

Adakah Ibu Positif Covid Boleh Menyusukan Anak

Boleh tiada masalah. Walaupun korang sebagai seorang ibu mendapat positif covid 19 dan yang baru sahaja bersalin dan melahirkan anak, BOLEH SAHAJA menyusukan anak bayi korang jika anda memilih untuk berbuat demikian. Tiada masalah. Teruskan.

TIDAK BENAR, cakap cakap jika anda sebagai seorang ibu sedang mendapat positif covid 19 tidak boleh / tidak dibenarkan untuk menyusukan bayi anda sendiri yang sememangnya memerlukan sentuhan dan susu anda untuk kebaikan tumbesaran dan perkembangan awal bayi.

So moga maklumat yang diberi dapat membantu korang bagi mengatasi masalah ni. 

Thanks for reading! Wassallam.

SUMBER: https://covid-19.moh.gov.my


 


 

 

LIRIK LAGU GILA 

By Kaka Azraff, Noki & Tuju

Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila

( NOKI )
Gila terkurung terlalu lama
Minda ku tak terbuka
Rasa diriku sengsara menanggung sepiku di dunia
Dunia yang nyata ternyata
Penuh dengan penipu dusta

Hati ingin rasa sangat nak keluar
Ya baru nak mula tapi jantung berdebar
Aku takut aku jatuh aku sangat takut
Walau jatuh aku tempuh aku rempuh

Ramai yang nampak aku gila
Mereka tidak tahu apa yang ku rasa
Takut dengan dunia kerna rasa diri aku ini tak sempurna
Putaran bumi pun aku boleh rasa
Sampai masanya kita jumpa diluar sana

(Chorus)
Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung

Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila

(LOCA B)
Aku laila dan dunia ni majnun
Cintaku bernafas dalam jiwa terkurung
Kepala tak sehati
Hati ku tak sekepala
Yakin ku lupa diri
Dalam mengejar dunia

Ya ia tinggi janji ikut resmi
Semakin kantung berisi
Semakin berat graviti
Aku tanggung sakit sendiri

Hayat dikandung badan
Diri ku sayang
Janji ku pada diri ku akan terus berjalan
Bukan bayangan tiada lagi khayalan
Ku jauh dari ketakutan

(Chorus)
Nandung-nandung lagu kampung
Angin sayu awan mendung
Tenang-tenang oh termenung
Namun jiwanya terkurung

Gila gila gila gila gila
Gila gila gila gila gila


Senarai Pemenang AJL 35


Juara AJL35 (RM50,000) 
Gila (Kaka Azraff, Noki & Tuju)

Naib Juara (RM35,000) 
Semalam (Aina Abdul)

Tempat Ketiga (RM20,000) 
Belenggu Rindu (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah)

Vokal Terbaik (RM12,000) 
Gundah (Ernie Zakri)

Persembahan Terbaik (RM12,000) 
Eh (Zizi Kirana)

Permohonan Dalam Talian-Pembaharuan Pasport (MyOnline Passport)



1. Pengenalan

MyONLINE*PASPORT adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet.

Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).


2. Tempoh Pengeluaran Pasport

  • Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan   ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.


3. Waktu serahan

  • Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada   jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.


4. Spesifikasi Foto Pasport

  • Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada
  • Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
  • Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional. Gambar polaroid tidak dibenarkan.
  • Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport.


5. Terma & Syarat

  • Pemohon mesti berumur 13 tahun keatas yang telah dikeluarkan dengan e-pasport (pasport bercip).
  • Pemohon perlu mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem. Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.
  • Pemohon mesti memuatnaik gambar/foto bersaiz pasport yang terbaharu.
  • Bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit/debit terus (FPX).  Kadar bayaran adalah seperti beriku
    •  Permohonan Biasa 13 - 59 tahun : RM 200
    •  Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100
  • Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.
  • Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  • Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  • Buku Pasport mestilah di dalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  • Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah mengikut undang-undang di luar negara adalah tidak layak untuk menggunakan kemudahan permohonan pasport atas talian (MyOnline).


6. Keperluan Tambahan

  • Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun perlu membawa sijil kelahiran dan penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran perlu hadir bersama.
  • Sekiranya pemohon atau penjaga tidak hadir semasa kutipan pasport, pasport tersebut tidak akan diserahkan.


7. Pemberitahuan

  • Sekiranya terdapat masalah untuk melaksanakan pembayaran anda perlu membuat semakan dengan bank kerana proses pembayaran adalah urusan pihak bank.
  • Sekiranya terdapat masalah gambar yang telah di muat naik, anda boleh datang ke pejabat JIM untuk mengambil gambar semula di Pejabat Pemungut.
  • Sekiranya permohonan di dapati keluar mesej 'Sila Rujuk Pejabat Imigresen', bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara online disebabkan oleh :-
  • Cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu dilakukan pengambilan semula supaya tidak akan ada masalah nanti semasa penggunaan cap jari di pintu masuk/keluar.
  • Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web 'MyOnline*Pasport'.
  • Maklumat yang dimasukan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.

Sila layari Portal Rasmi  Jabatan Imigresen Malaysia untuk maklumat lanjut.

Assallamualaikum


Mummy sharekan dari laman you tube : Jaleel Meejah agar semua dapat manfaat darinya ya. So lepas ni jom kita sama-sama berusaha untuk menambah pahala kita. Bukan nak tunjuk baik tapi belajar untuk menjadi lebih baik dan contoh yang baik untuk keluarga, rakan-rakan, masyarakat dan sesiapa sahaja sekeliling kita.  Banyak cara sebenarnya untuk meraih pahala antaranya membahagiakan ibu bapa bukan sekadar dengan wang ringgit tapi dengan membahagiakan hati mereka, call tanya khabar, mendengar luahan perasaan mereka, kadang-kadang dengan tidak menjatuhkan air muka rakan-rakan, menjaga aib rakan-rakan , bersangka baik pun dah kira meraih pahala. Disini mummy share antara cara mudah yang lain bagi mendapatkan pahala :



1.     Niat kerana Allah. 
Niatkan semua perbuatan kerana Allah. Kita akan mendapat ganjaran sepertimana yang kita niatkan . Oleh itu, tetapkan dalam minda atau dalam hati kita untuk sentiasa niatkan apa sahaja dan lakukan kerana Allah S.W.T

2.    Membaca Al-Quran walaupun sehelai. 
Walaupun kita kadang-kadang terlampau sibuk dengan aktiviti harian, namun cubalah untuk membaca Al-Quran walau sehelai sehari. Kita cuba sama-sama ya.

3.    Berdakwah melalui media sosial. 
Kita hanya perlu klik dan kongsikan apa sahaja. Mungkin sahaja akan ada orang yang terkesan dengan apa yang kita kongsikan. Tapi apa yang penting kalau tak pasti jangan kongsi. Sambil-sambil whatsApp dengan rakan-rakan apa kata update status whatsApp tentang agama.

4.    Mengambil sampah yang ada di jalanan.
Ini antara cara yang paling mudah untuk meraih pahala. Kalau kita berjalan-jalan di mana-mana, ternampak sampah walau sekadar plastik gula-gula, apa salahnya di ambil sampah itu dan buang ke tong sampah. Tu pun dah dapat pahala.

5.    Menyapa dan senyum apabila berjumpa seseorang. 
Setiap hari kita akan berjumpa dan bertemu dengan ramai orang, namun mampukah kita memberi senyuman dan menyapa dengan baik ? Tak kan. Apa kata lepas ni cubalah menyapa dan senyum seikhlas hati . Tapi janglah senyum sorang-sorang sampai ke sudah. Tu dah lain jadinya.

6.    Panggil orang dengan nama yang baik.
Mummy perasan ramai sahabat-sahabat disekeliling kita suka menggelar rakannya dengan nama yang pelik-pelik. Kadang-kadang tu siap jerit-jerit di khalayak ramai, adoi jatuh maruah orang tu. Ada yang panggil jandalah, sengetlah, tempanglah, siamlah, gro la .. hish! Lepas ni cuba  elakkan ya.  Panggillah rakan-rakan anda dengan nama asal dia atau dengan  yang baik  kerana dengan memanggil sesorang dengan nama yang baik kita mampu meraih pahala.
 
7.    Berbuat baik kepada semua orang. 
Banyak contoh perkara baik yang boleh kita lakukan dalam aktiviti seharian . Jika kita seorang pekerja kita mungkin boleh melakukan kebaikan dengan amanah dalam kerja yang kita. Malahan memudahkan kerja orang lain juga adalah satu perkara baik yang kita boleh lakukan. Selain itu juga aktiviti harian seperti memasak dan memberikannya kepada jiran pun dah dikira perbuatan yang baik. 

Thanks for Reading! Wassallam.
Assallamualaikum

Disini mummy kongsikan tips dan cara mendidik anak mengikut Sunnah Rasullah S.A.W yang  telah dikongsikan di laman facebook untuk panduan korang mendidik anak dari seusia bayi sehingga 21 tahun keatas. Semoga ianya akan memberi kita pendoman dan panduan agar mampu mendidik anak didalam dunia yang semakin mencabar ini.


1.    Umur anak-anak 0-6 tahun.
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik. 

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2.    Umur anak-anak 7-14 tahun. 
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3.    Umur anak-anak 15- 21 tahun.
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. 

Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. 

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4.    Umur anak 21 tahun dan ke atas
Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. 

Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

Sesungguhnya anak, merupakan amanah..semoga kita semua dapat memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan bijaksana.

Thanks for Reading! Wassallam

 Assallamualaikum...

Bukit St Paul yang nama asalnya Bukit Melaka samada bagi masyarakat setempat mahupun dari luar sebagai sebuah bukit yang menjadi saksi bisu keatas kegemilangan Melaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah berpusat dari bukit ini sepertimana yang tertulis didalam lipatan sejarah masa lampau.

Malahan ianya juga saksi kepada kehancuran Kerajaan Melaka apabila didatangi oleh kuasa-kuasa barat yang tertamakkan kekayaannya  pada suatu masa dahulu disaat pahlawan pahlawan, hulubalang-hulubalang dan tentera-tentera masa lampau mempertahankannya sebelum ianya jatuh ke tangan penjajah yang masih belum terukai sehingga kini.

Kewujudan terowong mahupun laluan rahsia bukanlah sesuatu yang asing bagi pemeritahan terdahulu bagi sesebuah kerajaan ataupun empayar.Sehubungan itu baru-baru ini mummy dan rakan-rakan office telah turut serta dalam aktiviti menjejaki Terowong Rahsia yang terdapat di Bukit Melaka serta laluan yang berhubung dengannya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka mahupun era selepasnya.

Kumpulan mummy yang melibatkan 8 orang kesemuanya.

Seawal 8.30 pagi kitaorang telah berkumpul di Muzium Demokrasi dan seramai 26 orang perserta telah terlibat dan berkumpul. Berbekalkan beberapa informasi dan juga peta oleh bos, kitaorang dibahagikan beberapa kumpulan. Riak wajah masing-masing kelihatan teruja untuk menjejaki jejak-jejak sejarah terowong di kawasan sekitar Bukit Melaka ini. Feel dia macam nak cari harta karun la.hahhaa feel ja la. Bertuah nak jumpa harta karun. :P Kat bawah  ni mummy listing 10 lokasi bagi menjejaki terowong rahsia ini.

  1. Perigi Portugis di halaman (Courtyard) .
  2. Perigi berdekatan tugu laksamana Cheng Ho 
  3. Perigi Belanda .
  4. Lubang bawah tanah ( yang telah ditutup dengan Konkrit)
  5. Sistem perparitan air Stadhuys
  6. Bekas Kolam Air
  7. Bekas Kubur St Francis Xavier
  8. Tengah-tengah pintu gerbang Santiago
  9. Bangunan Annex
  10. Kaki Bukit belakang muzium.

Salah satu lokasi yang dibawa oleh bos sekitar Bangunan Sadthuys. Kebanyakannya merupakan perigi-perigi lama yang telah lama ditinggalkan. Maybe terselitlah di tepi-tepi dasar perigi terowong rahsia tu.

Ini adalah kubur St Francis Xavier. Sempatlah mummy dan rakan-rakan masuk dan meninjau sekitar dalam kubur tu. Di pahamkan sebelah kubur ni terdapat beberapa bilik yang menempatkan harta dan juga pejabat St Francis Xavier. Namun ruang-ruang bilik itu telah disimen (ditutup) dengan timbunan batu bata dan kemudiaannya disimen. Fuhh rasa jugak duduk dalam kubur walaupun belum sampai ajalnya. hahaha Nasib baik masuk ramai-ramai, kalau tak scary jugak. Yelah dah nama pun kuburkan. Jenuh jugalah nak memanjat bagai, tapi keinginan melihat bahagian dalam kubur, segala perasaan ditolak ketepi. 

Ruang dalam kubur. Githewlah rupanya. Hanya mampu menempatkan beberapa orang sahaja. Sempit dan panas. Nasib baik bahagian telah dipasang grill, kalau tak ... korang paham-paham sendiri ja la.

Ada ja yang dok kalut nak photoboom. hahhaa Pewott tu cover sikit na. 
 Berposing tu wajib ya. 

Photo Group dengan semua peserta yang terlibat. Sorry gambar tak berapa nak clear. Bukan Kamera mummy. Cilok depa punya.

Setelah itu kitaorang  menuruni Bukit Melaka menuju ke Kota A Famosa, dimana dipahamkan di bahagian lantai tu, terdapat laluan terowong rahsia menuju ke Bukit Melaka. Sebenarnya terdapat beberapa lagi jejak-jejak terowong  yang kitaorang jejaki seperti di belakang Dataran Pahlawan, Bangunan Annex, Belakang Muzium Umno dan beberapa lagi lokasi lain. Penjelajahan mencari terowong lama ini mummy rangkumkan sebagai ada, namun kerja-kerja cari gali perlu dilakukanlah sebagai bukti sejarah yang mengambil masa hampir 2 jam keseluruhannya. Yelah kalo nampak lantai ja.. mana mungkin pelancong luar atau dalam negara nak pahamkan. Kena ada terowong tu barulah orang percaya. Tak githew. Okaylah sampai jumpa lagi untuk entry-entry akan datang.

Thanks for Reading! Wassallam.
Assallamualaikum,

Semalam Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa perkara berkaitan Covid-19  yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.



Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi:

  1. Larangan menyuruh pergerakan dan perhimpunan ramai diseluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan kebudayaan.
  2. Semua rumah ibadah dan premis perniagaan mestilah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang keperluan harian.
  3. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara dan pelancong ke negara ini. Bagi yang baru pulang dari luar negara perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
  4. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
  5. Penutupan semua taska, sekolah harian, sekolah antarabangsa dan lain2 institusi pendidikan lain.
  6. Penutupan IPTA Dan IPTS seluruh negara.
  7. Penutupan semua premis awam dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.


Assallamualaikum,

Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia iaitu  YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin telah mengumumkan senarai Menteri Kabinet Baru dibawah parti perikatan iaitu Parti BERSATU, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan PAS. Semua anggota kabinet yang diumumkan telah melepasi tapisan oleh pihak SPRM dan PDRM. Semua senarai kabinet baru ini telah dipersetujui oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah seperti berikut: 

Menteri Kewangan
YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri 
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan 
Antarabangsa dan Industri
YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
(Ekonomi)
YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
(Tugas-tugas Khas)
YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof 
Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
(Parlimen dan Undang- undang)
YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith

Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah 
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan
YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah 
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
(Hal Ehwal Agama)
YB Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
(Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah

Menteri Alam Sekitar
YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad 
(akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga
YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi
YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman

Menteri Komunikasi dan Multimedia
YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim

Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad 
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri
YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein 
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan 
Hal Ehwal Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid

Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique 
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing

Menteri Belia dan Sukan
YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal
 (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar 
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali 
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng 
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di- Pertuan Agong telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada hari Selasa, 10 Mac 2020, jam 3 petang di Istana Melawati, Putrajaya.

Thanks for Reading Wassallam.

Older Posts

HELLO, THERE!

Mummy Julia. Introvert. Live in Melaka. [For any collaboration and review email me @ julia_yana@yahoo.com]

LET’S BE FRIENDS

CARIAN NGOMELAN MUMMY

recent posts

Popular Posts

  • Pop Donna Melaka
  • Cara Memindahkan Astro Dari Rumah Lama Ke Rumah Baru (Pindah Rumah) dan Caj Yang Dikenakan
  • Terima kasih Jari Manis
  • Pengalaman Menghantar Anak Ke Sekolah Aliran Cina Selama 6 Tahun
  • Tukar Sukatan Gram ke Cawan dalam masakan

Blog Archive

Powered by Blogger.

Blogger Awesome!

  • Blog Sihatimerahjambu
    Menikmati Permandangan Senja di Golden Palm Tree Malaysia
    3 hours ago
  • lonesome traveler
    Ogos 26 So Far
    1 week ago
  • In a Nutshell
    Tuan Rumah Sombong?
    2 weeks ago
  • TINY ㋡ NA ㋛ SWEET
    Jamuan akhir tahun
    3 weeks ago
  • LeYa Blog
    Cerita Hari Ini... Telur Masak Lemak Cili Api
    3 weeks ago
  • Sayaiday - Blog Informasi, Resepi Dan Gaya Hidup Terkini
    Senarai Pengacara Melodi (1993-2026)
    1 month ago
  • www.mama-ble.com
    Financial Canvas : Belajar Urus Kewangan Dengan Cara Yang Kreatif
    2 months ago
  • Lya Johari
    Talam Dua Muka : Kawan Atau Lawan Dalam Selimut
    2 months ago
  • Farah Kreatif!
    Wordless Wednesday - Beratur Ambil Bantuan
    3 months ago
  • HASRULHASSAN.COM
    Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku
    5 months ago
  • Emarieys
    아이의 상상력을 자극하는 최고의 선물
    1 year ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula
    1 year ago
  • Huda
    Essential Travel Checklist: Must-Have Items for Your Trip to China
    1 year ago
  • Learning to be Kind, Not Judgemental
    Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-Dong
    2 years ago
  • Siti Nurzafirah
    MEAL REPLACEMENT, KITSUI 39 SUPERFOOD
    2 years ago
  • Farah Dafri
    Kedai Bakery Ala Paris HALAL tapi dekat Kajang je?
    2 years ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    3 years ago
  • Scdha Sein Photo And Travel
    PAHANG - Genting Skyworlds Theme Park
    4 years ago
  • PROUDDUCK
    untied shoelaces
    4 years ago
  • Solenn Heussaff
    Our Boracay Station Zero Experience
    5 years ago
  • Ummul Azkee
    Flower Painting | New beginning in 2021
    5 years ago
  • Arz Moha
    Doa Menghindarkan Dari Perkara-Perkara Memudharatkan Seperti Wabak Penyakit dan Lain-Lain
    6 years ago
  • The Kasihs
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
    6 years ago
  • Titipan Bundawidya
    Pai Ayam (Chicken Pie)
    7 years ago
  • masam manis
    AYAM MASAK MERAH SEDAP SANGAT
    7 years ago
Show 5 Show All

Blogger Melaka Bandaraya UNESCO

  • fairus.com
    Pelanduk Putih: Simbol Penubuhan Kerajaan dalam Tradisi Kesusasteraan Melayu
    5 weeks ago
  • Chaza
    Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026
    7 months ago
  • Julia Ali
    Menangi pakej umrah sempena Konsert 25 tahun Inteam Nur Kasih, Kembara Karya kerohanian
    10 months ago
  • Fizi
    Cara Dan Seni Buat Video Convert Sales Di Tik Tok
    10 months ago
  • Aida
    Salam Pembuka Bicara Tahun 2025
    1 year ago
  • Azura Rahman
    SOURDOUGH BANGGALI LOAF
    3 years ago
  • Hero Kecik
    Sihat Cara Rasullah
    3 years ago
  • Bonga Cengkeh
    Resepi Kari Ikan Bawal
    3 years ago
  • Fyda Haron
    Ekspedisi Bukit Gapis Melaka
    5 years ago
  • RORO
    TRIP TERINDAH RORO KE BROMO 2019
    6 years ago
Show 5 Show All

Labels

Life Style REVIEW Knowledge TIPS Recipe DIY Motivation MY LIFE

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates