facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Review
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • Tips & DIY
  • Motivation & Knowledge
  • Recipe

Julia Ali


Kadang-kadang kita terlalu sibuk cuba jadi “available” untuk semua orang. Angkat telefon walaupun penat, balas mesej walaupun hati kosong, hadirkan diri walaupun sebenarnya kita sendiri sedang rapuh.

Lama-lama kita jadi letih, bukan sebab orang lain semata-mata, tapi sebab kita lupa yang diri sendiri pun perlukan ruang.

Berhenti jadi available untuk semua orang bukan bermaksud kita jadi sombong atau pentingkan diri, tapi lebih kepada kita belajar untuk jaga sempadan (boundaries).

Bila kita letak sempadan, kita sebenarnya sedang melindungi tenaga, emosi, dan mental kita daripada habis digunakan oleh orang lain tanpa kita sedar.

Cuba bayangkan kalau telefon kita tak pernah dicas - macam mana nak terus hidupkan aplikasi? Sama juga dengan diri kita.

Kalau kita asyik “on” untuk orang lain, tapi tak pernah “charge” diri sendiri, akhirnya kita yang akan kosong.

Jadi, tak salah untuk kata:

“Maaf, saya tak dapat hari ni.”
“Boleh kita bincang lain kali?”
“Saya perlukan masa untuk diri saya dulu.”

Itu bukan kelemahan, tapi kekuatan kerana kita tahu apa yang kita perlukan.

Fb : Depresi bukan gila
Assallamualaikum..

Disini saya  terangkan step by step cara tebus subsidi petrol melalui aplikasi stesen minyak(contoh: Setel – Petronas, Shell App) bagi rakyat Malaysia yang layak untuk menerima subsidi BUDI95.

Untuk semak kelayakan boleh klik dibawah :
BUDI95.gov.my

Pelaksanaan program BUDI95 akan dijalankan secara berperingkat . 

27 September - dibuka awal kepada 300,000 anggota tentera dan polis;
28 September dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40
30 September dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
(Had sebulan 300 liter)


Cara menebus subsidi minyak menggunakan aplikasi


1.    Muat turun aplikasi rasmi stesen minyak
Contohnya Setel - Google Play / App Store

2.    Daftar akaun & isi maklumat peribadi
Masukkan nama penuh, IC, nombor telefon & emel.
Pastikan IC yang dimasukkan sama dengan MyKad (sistem akan link untuk semakan kelayakan subsidi).
Akaun kena 'verified' ya. Kalau tak verified tu maksudnya tak buat lagi scan gambar IC/muka yang terdapat didalam aplikasi. 

3.    Aktifkan kaedah pembayaran  
Linkkan dengan kad debit/kredit, atau e-wallet dalam aplikasi.
Sesetengah app (contoh Setel) boleh top-up balance dan guna terus.

4.    Isi minyak di stesen
Buka aplikasi bila sampai di stesen.
Pilih stesen & pam (nombor pam).
Pilih jumlah (RM / liter).

5.    Sistem akan semak kelayakan subsidi.
Jika layak, harga subsidi (contoh RM1.99/liter RON95) akan terus ditunjukkan.
Confirm & mula isi minyak.

6.    Resit & rekod transaksi
Resit digital automatik keluar dalam aplikasi.
Boleh semak semula sejarah isian & jumlah subsidi yang telah diterima.

7.    Kalau MyKad cip rosak, aplikasi adalah pilihan paling mudah.
Warganegara asing tak dapat harga subsidi walaupun guna aplikasi sebab kena scan IC juga untuk account being verified.

Cara  menebus  di kaunter stesen minyak:

  1. Hanya perlu sertakan MyKad untuk disahkan
  2. Pengesahan MyKad dibuat melalui terminal pembaca MyKad
  3. Urus niaga di pam minyak:
● Pembelian seperti biasa guna kad debit/kredit
● Tambah pengesahan MyKad di terminal pam minyak

Sekian, Terima Kasih

.

Assallamualaikum..

Faktor pemilihan tayar

Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta..Tayar seperti michelin, yokohama, falken lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang cuaca panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Untuk penggunaan biasa boleh guna tayar Dunlop, Silverstone dan Good Year sudah kira ok.Kalau boleh cuba elakkan Sime Tyre.. jika mahukan yang lebih baik boleh cuba Continental( sekarang satu kilang dengan Silverstone),Bridgestone,Toyo ataupun Michelin.. tapi harga dia mahal sikit..



Faktor bising senyap tahan atau haus bergantung kepada cara pemanduan dan jenis kereta Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan


1) Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.

2) Tayar agak mahal harganya tapi tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.

3) Jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.

 
1) Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh.

Semak catatan tarikh tayar dikilangkan.Sebelum membeli tayar di kedai tayar seharusnya anda membelek tayar yang nak di beli itu..Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh nombor 0811 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 08 tahun 2011 ( 0811 = Bulan Feb, Tahun 2011 tayar tu dikilangkan) dan tarikh expired tayar tersebut jatuh pada 08 tahun 2013...Dalam satu tahun lebih kurang ade 48 minggu -kalau tayar itu tulis 52 minggu jangan beli..... Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut , mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya.Kegunaan tayar bergantung kepada tempoh hayat tayar dan millegae tayar. Walau pun bunga byk tapi klu dah guna lebih 2 tahun wajar ditukar sbb getah dah keras..


2) Jangan pakai tayar terpakai toreh semula.

Tayar toreh dibuat secara haram dan tidak mengikut sebarang piawaian. Ia dikenali sebagai ‘industri belakang rumah’. Tanpa pengawasan dan pemeriksaan terhadap keselamatan dan kualitinya,Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar. kerajaan telah memutuskan untuk menyaman pemandu-pemandu yang menggunakan tayar toreh.


3) Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.

Bila kita campur jadi rojak tayar tersebut nanti tak boleh rasa kesan tayar sebenar bila memandu..Setiap model tayar berlainan fungsinya, termasuklah kesan tahap cengkaman pada jalan raya.. Jadi kurang sesuailah jika kita mengunakan model tayar berlainan jenis pada setiap sisi kereta..Ramai org suka tukar tayar 2 biji (biasa depan)... harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri... dan corak bunganya pun tak sama.... So, kalau nak tukar pilih yg sama brand.. atau tukar semua..


4) Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.

Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.Penggunaan rim yang terlalu besar dan berat sebenarnya tidak sesuai untuk kenderaan. Mereka hanya dibenarkan menukar kepada satu saiz lebih besar, misalnya daripada saiz 13 inci kepada 14 inci. Ini kerana, walaupun nampak menarik, ia memberi kesan kepada putaran roda luaran menyebabkan pergerakan tayar kenderaan dan pick-up jadi perlahan manakala tekanan lonjakan juga terjejas.


5) Jangan guna rim yang bengkok untuk tayar kereta anda.

Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.


6) Jangan mengunakan tayar yang bunganya sudah botak/ haus.

Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.


7) Jangan guna tayar benjol / bengkak

Tayar benjol / bengkak mengalami kerosakan serius yang boleh mengundang bahaya... nasihatkan tukar dgn kadar segera kerana dikhuatiri tayar tu boleh pecah. Punca tayar bengkak ni ialah Logam yang didalam tayar anda tersebut telah bengkok.. anda selalu sangat melanggar lubang yang berada diatas jalan raya.So berhati-hati sikit bila jalan kat tempat berlubang..


8) Tekanan Angin Tayar

Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan. Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan. Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan.


9) Mengikut tekanan angin yang dicadangkan tayar hadapan 210 dan belakang 190 kPa.

So tengok meter dekat pum angin tu. Tekan butang "+" atau "-" . Butang yang hujung sekali belah kanan hanya untuk tayar kempis sahaja.Sentiasa pastikan angin tayar betul.Lepas dah set just cucuk je tayar tu. Senang je. Tunggu sampai bunyi beep2 (selalunya akan ada bunyi kalau tekanan angin dah cukup seperti yang dah di set) " kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi..

Tekanan angin di dalam tayar juga menyebabkan tayar kenderaan kita tidak tahan lama, seperti tekanan berlebihan boleh menyebabkan tayar cepat haus di bahagian tengah tayar dan jika tekanan angin telalu kurang menyebabkan tayar akan cepat haus di kedua dua bahagian sebelah luar.

Sekiranya haus di bahagian luar sahaja tayar tu terlalu mencapah dan jika haus di bahagian dalam tayar mencapah keluar.. Ini perlu buat alligment tayar balik..Tetapi jika tayar bunganya haus tak sekata ( turun naik) Berkemungkinan absober dah rosak..

10) Buat alignment Tayar

Teknik dimana dua tayar di depan diselaraskan utk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dgn tayar depan supaya serentak semasa on the road.

Ada dua jenis iatu castor dan camber

1) Castor yg pakai mesin pastu dia tembak light antara kedua tayar supaya selari lepastu dia adjust nut utk bagi selaras balik.

2) Camber pulak pula adalah teknik tambah screw di absorber utk bagi pemberat kepada tayar. kalau tgk tayar kereta kangkang semacam tu haa kena buat camber la tu. Nak tau bila kena buat wheel alingment? Kalau kita lepas steering then kereta kita ke kanan or kekiri.. haa tu kena buat alignment la tu(tapi tanya mekanik la dulu maybe ada sbb lain) kalau tak buat ada effecnya akan berlaku

- Tayar botak tak sekata
- Jalan kena selalu pegang steering
- Memastikan sentuhan tayar di jalan raya dalam keadaan sudut yg sepatutnya.
**** Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali.


11) Buat balancing tayar

Bawak kereta steering gegar.. pegi kedai tayar mintak buat balancing sbb tayar kita berpusing tak seragam. means tak smooth la.kalau tak nak buat?steering akan sentiasa bergegar.. tangan nak pegang pun penat.
**** Adalah disarankan setiap enam bulan.

12) Buat Rotation Tayar

Selain daripada itu, keperihatinan kita terhadap tayar juga perlu, supaya jangkahayat tayar kenderaann kita lebih lama, maka secara tidak langsung akan menjimatkan 'poket' kita, seperti amalan membuat pertukaran silang tayar setiap 5000km..Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.
Assallamualaikum..

Ramai pula yang bertanya mengenai bayar cara parking di Melaka . Yelah kadang-kadang nasib baik jumpa pondok tiket parking, kadang-kadang bayang pun tak nampak. Ataupun waktu -waktu hal kecemasan  nak cari parking. So bagi memudahkan cara bayar parking mudah dan pantas adalah dengan membayar secara online menggunakan aplikasi terkini. Dibawah ni mummy terangkan nama aplikasi dan cara menggunakan Aplikasi ini.

Cara-caranya :

Download dahulu Aplikasi  SVP SMART PARKING MELAKA

Muat turun sekarang di Play Store , App Store dan App Gallery!

Bagi pengguna yang telah ada aplikasi terdahulu iaitu SVP Melaka dan masih ada baki, aplikasi ini akan auto detact baki tersebut didalam aplikasi yang baru ini. So jangan risau ye baki tu hilang.


Surface bagi aplikasi SVP Smart Parking Melaka. Di paparan pertama akan kelihatan baki didalam aplikasi terdahulu. Kalau agak-agak baki tu tidak mencukup bolehlah reload secara online.


Setiap transaksi akan dikenakan charge sebanyak RM 1.00 bagi setiap reload didalam transaksi secara online.





Kalau  korang nak parking satu hari selama 8 jam boleh lah reload RM 5 + charge RM 1.. So total RM 6.00 . Kemudian masukanlah no kenderaan korang. Tapi kegunaan  bagi  setiap aplikasi valid untuk satu kenderaan sahaja ye bagi satu waktu. Tapi nak masukkan no plate banyak-banyak dalam tu ok je . Takde hal.




Lepaskan tu masukkan berapa lama tempoh parking yang diperlukan. Masa mula parking. Untuk masa tamat tu aplikasi tu akan kirakan. So kalkulator tidak diperlukan untuk tambah dan tolak. :P . Jangan lupa ON kan notification bagi reminder masa akan tamat. Waktu korang perlu tanmah masa je.. Kalau perlulah. Tak perlu it's okay. 

So diharapkan entry akan membantu korang dan memudahkan korang dalam membayar parking secara online.  

Terima kasih dan Wassallam.. Jumpa lagi di next tips!



Setiap dari kita memiliki ciri-ciri tertentu apabila berbicara mengenai hartanah. Nilainya dan pulangan yang tinggi menjadikan setiap elemen perlu pertimbangan yang berat untuk memastikan pilihan yang dibuat adalah tepat untuk jangka masa pendek dan panjang.

1.        Pilih ejen berdaftar dan boleh dipercayai.


Ini penting kerana transaksi and bernilai tinggi untuk memastikan anda mendapat resit rasmi dengan setiap aliran wang pembayaran. Anda boleh memilih sama ada menggunakan ejen yang bergerak secara sendirian mahupun yang bekerja di bawah syarikat atau agensi. Namun periksa dahulu lesen dan kredibiliti individu juga agensinya.


2.        Pilih kediaman yang memenuhi gaya hidup anda untuk jangka panjang.


Ini kerana kos semakin meningkat dan jika anda merancang untuk memiliki keluarga yang besar, adalah lebih bijak untuk anda membeli kediaman atas tanah berbanding strata yang praktikal untuk hidup berkeluarga.


3.    Pilih lokasi yang praktikal untuk kehidupan anda seperti kelengkapan asas, pengangkutan awam, dan jarak yang sesuai untuk berulang alik ke tempat kerja.


Hari ini kebanyakkan pembangunan dilengkapi infrastruktur lain seperti hospital dan sekolah untuk memudahkan penghuninya.


Jangan terlalu gelojoh apabila membeli kediaman kerana ia merupakan komitmen yang tinggi. Pastikan anda benar-benar suka dan serasi dengan pilihan yang dibuat kerana tidak kurang juga yang menyesal membeli projek itu kerana tawaran namun tidak gembira menempatinya. Jika anda belum betul-betul bersedia mungkin menyewa pilihan sementara yang terbaik.


Credit : Majalah GlamDeko. 

Sumber Gambar : Pintrest

Assallamualaikum...


Daun pandan sememang sudah sinonim dengan masyarat kita hari ini. Malahan penggunaannya merangkumi pelbagai lagi negara seperti Indonesia, Singapore, Thailand, Philipine dan juga Vietnam .Terutamanya sebagai bahan penting didalam sesuatu masakan. Contoh nasi lemak, ianya digunakan penaik selera dan penambah aroma didalam masakan. Namun begitu masih terdapat banyak lagi khasiat daun pandan yang tidak diketahui umum. 


Antaranya :


1.    Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.


2.    Mengubati lemah saraf

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.


3.    Mengatasi lemah syahwat

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.


4.    Menurunkan bacaan gula

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.


5.    Mencuci kewanitaan

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.


6.    Merawat gaot

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.


7.    Menghilangkan bau badan

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.


8.    Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.


9.    Menurunkan Kolesterol

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.


10.    Mengatasi sembelit

Rebus daun pandan dan minum airnya.


11.    Melembutkan daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.


12.    Buka selera makan

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.


13.    Makanan tidak cepat basi

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.


14.    Merawat rambut

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.


15.    Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.


16.    Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.


17.    Pewangi alami

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.


18.    Merawat susah tidur

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.


19.    Pewarna asli

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.


20.    Buang angin dalam badan

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam


21.    Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.


Older Posts

HELLO, THERE!

Mummy Julia. Introvert. Live in Melaka. [For any collaboration and review email me @ julia_yana@yahoo.com]

LET’S BE FRIENDS

CARIAN NGOMELAN MUMMY

recent posts

Popular Posts

  • Pop Donna Melaka
  • Terima kasih Jari Manis
  • Cara Memindahkan Astro Dari Rumah Lama Ke Rumah Baru (Pindah Rumah) dan Caj Yang Dikenakan
  • Hero kecik vs mummy
  • Pengalaman Menghantar Anak Ke Sekolah Aliran Cina Selama 6 Tahun

Blog Archive

Powered by Blogger.

Blogger Awesome!

  • Blog Sihatimerahjambu
    Buah Berangan Pasar Malam
    2 days ago
  • In a Nutshell
    Hiking South Africa, Sepang
    3 days ago
  • lonesome traveler
    Daftar si bongsu di UiTM Bertam dan menginap di Inapan Taman Herba
    1 week ago
  • TINY ㋡ NA ㋛ SWEET
    Jamuan akhir tahun
    2 months ago
  • LeYa Blog
    Cerita Hari Ini... Telur Masak Lemak Cili Api
    2 months ago
  • Sayaiday - Blog Informasi, Resepi Dan Gaya Hidup Terkini
    Senarai Pengacara Melodi (1993-2026)
    2 months ago
  • www.mama-ble.com
    Financial Canvas : Belajar Urus Kewangan Dengan Cara Yang Kreatif
    3 months ago
  • Lya Johari
    Talam Dua Muka : Kawan Atau Lawan Dalam Selimut
    3 months ago
  • Farah Kreatif!
    Wordless Wednesday - Beratur Ambil Bantuan
    4 months ago
  • HASRULHASSAN.COM
    Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku
    6 months ago
  • Emarieys
    아이의 상상력을 자극하는 최고의 선물
    1 year ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula
    1 year ago
  • Huda
    Essential Travel Checklist: Must-Have Items for Your Trip to China
    2 years ago
  • Learning to be Kind, Not Judgemental
    Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-Dong
    2 years ago
  • Siti Nurzafirah
    MEAL REPLACEMENT, KITSUI 39 SUPERFOOD
    2 years ago
  • Farah Dafri
    Kedai Bakery Ala Paris HALAL tapi dekat Kajang je?
    3 years ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    3 years ago
  • Scdha Sein Photo And Travel
    PAHANG - Genting Skyworlds Theme Park
    4 years ago
  • PROUDDUCK
    untied shoelaces
    4 years ago
  • Solenn Heussaff
    Our Boracay Station Zero Experience
    5 years ago
  • Ummul Azkee
    Flower Painting | New beginning in 2021
    5 years ago
  • Arz Moha
    Doa Menghindarkan Dari Perkara-Perkara Memudharatkan Seperti Wabak Penyakit dan Lain-Lain
    6 years ago
  • The Kasihs
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
    6 years ago
  • Titipan Bundawidya
    Pai Ayam (Chicken Pie)
    7 years ago
  • masam manis
    AYAM MASAK MERAH SEDAP SANGAT
    7 years ago
Show 5 Show All

Blogger Melaka Bandaraya UNESCO

  • fairus.com
    Pelanduk Putih: Simbol Penubuhan Kerajaan dalam Tradisi Kesusasteraan Melayu
    2 months ago
  • Chaza
    Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026
    8 months ago
  • Julia Ali
    Menangi pakej umrah sempena Konsert 25 tahun Inteam Nur Kasih, Kembara Karya kerohanian
    11 months ago
  • Fizi
    Cara Dan Seni Buat Video Convert Sales Di Tik Tok
    11 months ago
  • Aida
    Salam Pembuka Bicara Tahun 2025
    1 year ago
  • Azura Rahman
    SOURDOUGH BANGGALI LOAF
    3 years ago
  • Hero Kecik
    Sihat Cara Rasullah
    3 years ago
  • Bonga Cengkeh
    Resepi Kari Ikan Bawal
    3 years ago
  • Fyda Haron
    Ekspedisi Bukit Gapis Melaka
    5 years ago
  • RORO
    TRIP TERINDAH RORO KE BROMO 2019
    6 years ago
Show 5 Show All

Labels

Life Style REVIEW Knowledge TIPS Recipe DIY Motivation MY LIFE

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates