Cara Memindahkan Astro Dari Rumah Lama Ke Rumah Baru (Pindah Rumah) dan Caj Yang Dikenakan

by - August 19, 2018

Assallamualaikum....


Dah macam orang nomadlah mummy ni kan..asyik pindah je... Selagi tak beli rumah selagi tu lah mummy akan berhadapan dengan pelbagai ragam tuan rumah..Sabaq ja la... La ni mummy nak share cara mummy memindahkan astro ( Decoder dan juga Piring Astro ) dari rumah lama ke rumah baru..

Sewaktu nak pindah hari tu, mummy buka sendiri je decoder dan pasang kat rumah baru. Bukan mummy ekceli , tapi mummy akan mintak adik atau orang yang mummy upah untuk angkat barang tu tolong bukak dan pasangkan semula dirumah baru. Almaklumla otak ni ada slow sikit nak hafal mana wayer-wayer yang perlu dicucuk tu. hahha . Tapi kalo terpaksa jugak kena buat , maybe mummy akan amik gambar sebelum wayer dicabut dan refer semula waktu kerja-kerja pemasangan.

Piring astro buka sendiri atau tidak?

Okay mengenai piring astro  normally mummy akan tinggalkan dulu dan mintak pihak astro buka dari rumah lama ker rumah baru. Tapi kalau yang rumah dekatlah macam mummy. Tapi untuk korang yang rumah jauh bolehlah mintak yang pakar bukakan piring tu, sebab kalau mintak pihak astro yang buka dan jarak rumah lama ke rumah baru. Charge transportation akan dikenakan. eh! Jangan lupa wayer-wayer astro tu sila bawa sekali tau... Sebab kalau takde wayer atas bumbung tu, dorang akan charge lain. Tak silap mummy satu meter RM 5.  So takyah nak membazir , silalah angkat semua.

Dah settle semua korang bolehlah ke website Astro iaitu http://support.astro.com.my/

Bila dah masuk website ni...



Korang bolehlah log in ke Astro ID korang, kalau yang takde tu bolehlah register dulu bagi memudahkan urusan.




So bila dah terpampang kat screen korang macam ni... Sila klik "Support" dibahagian kiri korang.



Kemudian akan terpancullah discreen korang  macam ni, klik lah pulak " Create Suport Ticket " tu.




Bila dah appear macam ni, korang klik dekat "relocation" .  Kemudian key inlah semua data yang diperlukan. Yang penting email address korang dan juga no tel yang mudah untuk dihubungi. Dah settle semua korang bolehlah submit support ticket tu. Kemudian tunggulah pihak astro menghubungi korang. Selalunya tak lama  3 atau 4 hari kemudian dorang akan reply email. Dan pihak astro ( teknikal) akan call korang untuk tanya maklumat lanjut.


Ni adalah contoh email yang mummy terima. Selepas terima email ni Pihak Teknikal Astro akan call untuk tanya pasal lokasi, piring astro dekat mana dan sebagainya. Untuk kali ni mummy dikenakan bayaran sebanyak RM 6o  bagi kerja-kerja pemasangan . ( Amik piring dari rumah lama  dan pasang dirumah baru). Kemudian dia akan setting sehingga astro berjaya disambung dan korang boleh terus tengok. 

Bagi charge pemasangan selalunya berbeza-beza mengikut jarak rumah lama ke rumah baru yang piringnya belum dibuka. So kalau dah buka siap-siap maybe murah kot. Bayaran ini perlu dibuat selepas habis kerja-kerja pemasangan. Bukannya di masukkan ke dalam bil korang. So silalah standby duit siap-siap ye.

So harap korang takyah nak pening-pening pi pejabat astro atau call customer service tu (Susah sangat nak dapat line dan asyik telan duit tu ) untuk memindahkan segala peralatan astro untuk pindah. Dengan cara ni lebih mudah dan hanya perlu isi, tunggu email dan tunggu kerja-kerja pemasangan dilakukan. 

Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

33 Comments

  1. akhir bulan ni saya pun akan berpindah rumah sewa. Piring tu memang selalunya suami yang siap-siap tanggalkan & call astro untuk pemasangan di rumah sewa baru. Lagi jimat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah angkat piring tu siap-siap rasanya lagi mudah dan kos pemasangan yang dikenakan oleh pihak astro pun murah... :D Selamat pindah ye..

      Delete
  2. Ai masih lagi tak gunakan Astro. Tengah tunggu masa nak gunakan MyTV tu. Bajet tak ada lagi ni sbb nak kena tarik kabel agak jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah untunglah takde astro, takyah kalut nak bayar bill bagai. Pakai Mytv pun okay jugak kan... nanti nak survey2 jugaklah..kami pun budget takdak, astro ni amik yg basic ja sbb pakai antenna confirm semua kelabu asap..

      Delete
    2. umah mak, da pasang mytv.
      umah mak mertua, nak pasangkan mytv. tapi masih takde coverage plak :(
      seddddih!

      Delete
    3. kena share ngan jiran tetangga kot.. cuba ajak dorang pasang sama, confirm pastu terus ada coverage..hehehe

      Delete
  3. aaaa ah dulu rumah jauh jugak and tatau nak buat macam mana. mujur ada jiran brani tolong panjat pi cabut. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik ada jiran yang sudi membantu. Jiran-jiran mummy la ni, jeling je dari sisi umah... Menolongnya idak..huhu

      Delete
  4. tapi skrng da xde guna da astro. ada pun x tengok.. semua pun boleh dapat online skrng. unifi jeee da ckup =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bujang hokay lg kot.. Mummy prefer anak mummy tengok tv dari hadap phone.lemas mummy...Tapi katanya unifi boleh sambung kat tv kan.. boleh survey jugak nanti ni..

      Delete
  5. zaman dedolu, nak pindah is free.
    same goes to streamyx.
    tapi now, semua dah berbyr!
    zalim. tiap bulan dah le mahal, servis apa2, semua berbyr! ngek betol!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup dulu semua freee.. la ni semua kena bayaq, ntah apa2 kan... tenat betui!

      Delete
  6. Pasang sendiri jer piring tu... tgok kat rumah sebelah ... kalau ada yg dah pakai astro... halakan piring ketempat yg sama... tak payah pasang tinggi² piring tu ... rendah pon boleh dapat signal.. janji tak de halangan depan piring

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke x dpt pun ... kena call astro jugak dia setting ....astro pun pandai skg ... kalau cabut pasang kat tempat lain x kan dpt... letak lah tinggi pun ... dia ada setting location ...

      Delete
    2. Ye ke x dpt pun ... kena call astro jugak dia setting ....astro pun pandai skg ... kalau cabut pasang kat tempat lain x kan dpt... letak lah tinggi pun ... dia ada setting location ...

      Delete
    3. Yg tu zaman dulu… sekarang tak boleh pindah sesuka hati… nak pindah kompom kena duit… walaupon pindah dan pasang sendiri…

      Delete
  7. Sy dah isi..tp yg mula2 dia tanya adakah alamat (alamat lama) terkini anda? Ke apa tah.. Sy terjawap tidak..betul ke puan? Sy pon xpasti..risau jgk..sbb sy malas nak call customer servis tu..

    ReplyDelete
  8. macam mana ehhh yang dalam website tu , dekat support belah kiri tu takde pun create tiket . pening lah

    ReplyDelete
  9. Pindah rumah..astro aku tinggalkan..dgn tv aku sedekah..��

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Kalau Nak pindah rumah dengan mudah dan cepat, boleh pindah dengan team Nizaf Mover & Logistics. Maklumat lanjut boleh search ' Nizaf Mover & Logistics ' di Facebook atau layari www.nizafmover.com. tq :)

    ReplyDelete
  11. Bagi yg pindah kawasan perak utara spt Taiping. Bahan Serai . Parit Buntar dan kawasan sekitarnya. Jika anda berpindah dan perlukan pemasangan emel saya azmiron98@gmail.com. Biasanya astro akan kena kan sehingga rm100.00. Insyaallah saya bagi harga terbaik.

    ReplyDelete
  12. Nak tnya klu kita pindah rumah. Decoder astro kita bawak tapi rumah baru untuk masuk ada piring astro. agak agak boleh dapat siaran tak klu saya sambung guna piring sedia ada ke astro sy. minggu depan baru nk pindah. Sbb malas nk call customer service tak pernah dapat berckap dengan org dpt ckp dgn mesin je. Ni pon baru lepas call customer service da 4 kali. tapi tak dapat jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je guna sama je semua

      Delete
    2. Saya dah buat cara ni, tapi Tiada siaran

      Delete
  13. Boleh. Saya pun pakai piring astro lama

    ReplyDelete
  14. Sy tggai dgn mertua,pindah sebelah umah ja.. so nk bwk astro ni ke sebelah..pastu nk psang njoi ja di umah mertua.. tp tgh pikr, yg mna lebih jimat,samada psang baru kt sebelah @ bwk pindah n psang njoi.. sb ade yg kata, klu ade piring n dekoder, psang njoi murah.. klu xde sume tu 400 kena

    ReplyDelete
  15. call centre je, convert astro ke njoi, dia caj rm15.90 je, lagi jimat.. baru buat dekat rumah mak bulan lepas.

    ReplyDelete
  16. Saya ada piring astro nak pasang erea taman sri aman masjid tanah melaka. Boleh bantu tak

    ReplyDelete
  17. Saya ada DECODER NJOI..tapi piring tertinggal dirumah lama..kalau nak piring baru berapa kos?

    ReplyDelete