Pendedahan Tabiat Menjengkelkan Semasa Melancong
Assallamualaikum...
"Agoda menerbitkan penemuan kaji selidik
globalnya “ Tabiat Pengembaraan yang Menjengkelkan’’ dan menggesa
pelancong supaya tidak leka dengan
telefon… sebaliknya
bersikap lebih peka."
Malaysia, 1 Ogos 2018 – Dengan percutian musim panas yang sedang berlangsung
sekarang, Agoda, salah
satu platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) paling pesat berkembang,
telah menyoal pelancong mengenai tabiat yang paling menjengkelkan semasa mereka
bercuti.
Menurut kaji selidik global tahunan Agoda ‘Tabiat Pengembaraan Yang Menjengkelkan’, pelancong yang bising (57%), pelancong yang terpaku kepada peranti mereka (47%) dan mereka yang tidak sensitif dengan budaya tempatan (46%) mendahului tabiat pelancong yang paling menjengkelkan.Kumpulan besar pelancong dan penggemar selfie, masing-masing36% dan 21%, melengkapkan lima tabiat utama yang menjengkelkan.
Pelancong dari
negara China kelihatan memiliki tolak ansur tertinggi terhadap penggemar
selfie, dengan hanya 12% responden China yang dijengkelkan oleh penggemar
selfie berbanding rakyat Australia yang bersikap sebaliknya dengan hampir
sepertiga (31%) menyifatkan penggemar selfie sebagai menjengkelkan.
Ketidakpekaan
terhadap budaya tempatan adalah lebih dua kali ganda menyinggung hati bagi pelancong
Singapura (63%), Filipina (61%) dan Malaysia (60%) berbanding pelancong China
(21%) dan Thailand (27%). Kira-kira separuh pelancong British (54%) dan dua perlima
pelancong Amerika Syarikat (41%) tidak bertolak ansur terhadap tabiat ini.
Ketagihan terhadap alat peranti
Hampir separuh
(47%)daripada responden global menyifatkan pengembara yang meluangkanterlalu
banyak masa pada alat peranti mereka sebagai sesuatu yang merengsakan.
Berbanding pelancong dari negara lain, pelancong Vietnam mendapati mereka yang terpaku
pada alat peranti mereka adalah paling menjengkelkan (59%). Pelancong Thailand,
sebaliknya, memiliki sikap paling tenang (31%) terhadap penggunaan berat alat
peranti semasa percutian.
Mungkin paling
tidak memeranjatkan, pengembara solo meluangkan masa hampir dua jam sehari
dengan alat peranti mereka semasa bercuti (117 minit) – iaitu 15% lebihlama berbanding
mereka yang mengembara bersama rakan-rakan (100 minit) dan 26% lebih singkat
jika bersama keluarga (86 minit). Pelancong Amerika adalah satu-satunya pengecualian untuk trend ini dan secara purata meluangkan kurang masa pada peranti
mereka semasa mengembara solo (62 minit) berbanding ketika bersama keluarga (66
minit) atau kawan-kawan (86 minit).
Pelancong British
pula adalah pengembara yang paling terlibat semasa mengembara bersama, mengehadkan
masa terhadap alat peranti kepada sejam sahaja (63 minit) sehari; berbanding pelancong
Thailand yang meluangkan masa lebih daripada dua jam sehari (125 minit) pada telefon
mereka apabila mengembara bersama kawan-kawan atau keluarga.
Bagi menggalakkan
pengembara memberi perhatian dan benar-benar menikmati pengalaman destinasi
baharu mereka tanpa menatap paparan telefon, Agoda telah melancarkan kempen
‘Selfie Gagal’ (Selfie Fail) yang merangkumi listicles dan montaj video yang
menonjolkan keburukan terlalu bergayut kepada telefon pintar. Digayakan di
dalam format video ‘kegagalan epik’, pelawak Australia Ozzyman menjadi suara
latar kepada video pengembara sebenar yang terlibat dengan kemalangan dan
situasi bodoh akibat terlalu bergantung kepada peranti mereka berbanding
persekitaran.
Fakta-fakta ‘Tabiat Pengembaraan Menyakitkan Hati’ Malaysia:
- Tidak sensitif kepada budaya tempatan (60%);pelancong bising (56%) dan melekat pada peranti (51%) adalah tabiat pelancong Malaysia yang paling menjengkelkan.
- Pelancong Malaysia berusia 55 tahun ke atas adalah paling tidak menyukai pelancong bising – 74% berbanding purata kaji selidik 56%
- Pelancong berusia 18 hingga 24 tahun menghabiskan masa terbanyak pada peranti mereka setiap hari (243 minit berbanding 218 kesemua responden).
3 Comments
Wah .. bagus info ini. Biar celik skit pelancong Malaysia ni .. hehe
ReplyDeleteKan... Nampak sgt pelancong Malaysia ni terlampau leka dengan gadjet sampai menjengkelkan masyarakat kat luar tu...
Deletetapi kenapa CT rasa hampir semua orang sbenarnya akan pgg phone x kira kemana saja dimana saja. dah jadi macam normal but untuk omputih rasanya dorang masih berdisiplin thats why kot they found it annoying. apa2 pun janji pandai bezakan time yang perlu dgn time yang tak sepatutnya. keselamatan kena jaga..
ReplyDelete