Kisah Raya 2018

09:08

Assallamualaikum....

Dalam kesibukkan Hari Muzium Antarabangsa yang bakal menjelang tiba, mummy cuba selitkan story yang rasanya dah basi . Hah! Apalagi cerita raya 2018 mummy la.. Blogger lain dah story mory, mummy baru kedek-kedek nak menaip.. hehee

Pic raya tahun ni.. Cuma adik mummy Ejoy dan family yang takde. 
Beraya umah mertua.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, seperti biasa mummy beraya di Penang dan jugak Perak rumah arwah tok. Keluarga mama ngan abah memang dua kat Perak. Sekampung pulak tu. So memang senang kitaorang nak beraya. Takyah nak rebut-rebut. Dua hari sebelum raya mummy dah apply cuti. Raya pertama di Penang dan sebelah petangnya kitaorang sekeluarga berangkat ke Perak. Dah jadi rutin setiap tahun macam ni. Istilah beraya dalam kereta setiap tahun yang dah sebati dalam diri. 


Teman mama abah cari daging nak buat rendang dan tulang nak buat sup... Sedap weyy sup mama buat.. Kalo hero-hero boleh bertambah-tambah makan. Kalo mummy makan semangkuk udahlah ler..diet katakan..

Anak dan anak buah mummy... Anak buah baru 2 orang .. Coming soon lagi sorang.. Makin meriah lah, dengan suara anak buah nanti..

Seperti tahun -tahun sebelum ni, raya masih sama. Masak rendang, ketupat palas dan nasi impit dikategori juadah wajib setiap kali raya.  Baju raya sedondon pula dah menjadi satu kewajpan. Kalo tak sama warna, tak genglah melainkan mama, kitaorang dah macam boria Penang, mama pulak baju bercorak.. hahhaa cip sangat kann.. 

Bab baju dah tak kisah sangat mummy ni, pakai la baju apa pun.. dah tak kisah. Mungkin faktor usia kot. Haha Terbalik pulak dengan  hero-hero mummy yang semakin meningkat remaja ni. Baju melayu pun nak slim fit. Erkkk pitam mummy. Baju melayu nak kena kecikkan... almaklumla walaupun dah beli saiz XS , baju tu still besar lagi. Hero kecik la paling cerewet...  bak kata tailor mummy, ikut sapa lagi kalo bukan mummynya.. perghh rasa macam kena tembak pelurunya tembus ke hati.. pedih! Haha 



Pic kiri : Hero kecik yang semakin meninggi meninggalkan mummy . Ramai lak yang cakap anak-anak mummy ni adik mummy.. kikiki Hangin hero kecik bila orang cakap macam tu...haha 


Apalagi nasib perangai anak copypaste mummy.. keh keh keh. Hero besar okay je... bagilah apa pun.. dia pakai. Cuma tahun ni dorang 1st time pakai sampin lipat sendiri. Huru haralah kejap.. Herot berot mummy ikatkan sampin keh keh keh.. nasib baik Pak Ngah di ada tolong ajarkan cara lipat sampin. Kalau mummy, jadi ikatan kain batik je la.. hhaha 😝🤣 tu pun belajar pakai kain batik waktu bersalinkan dorang.. hahaa 15 tahun yang lepas hokay.. haha so ampa bayangkan lah rupanya. 


Pic Kiri : Dengan adik bongsu 
Pic kanan : Kasih sayang seorang Pak Nagh dok pulon betulkan sampin anak buahnya.

Setelah bersesi salaman dipagi raya , semua ke masjid sembahyang raya di masjid berdekatan. Balik dari masjid kitaorang sekeluarga berposing raya . Dalam kawasan rumah je, nak ajak outdoor memang tak lah nak dilayan mama ngan abah. 

Posing depan rumah tok
Anak-anak dah besar..kejap je... 

Makan makan , minum -minum ...petangnya bertolak ke Teluk Intan Perak. Sampainya pun dah malam. Singgah umah Wa ( Tok Long) beraya dan makan-makan. Kemudian gerak ke rumah pusaka Arwah Tok Wan yang kini diwariskan kepada adik bongsu abah. Bermalamlah kitaorang kat situ sebelum beraya ke rumah saudara mara ke esokkan harinya. 

Cuma malam raya kini tak semeriah dulu, sekarang sekadar tidur melelapkan mata tanpa kelambu. Dulu meriah dengan bunga api dan bunyi mercun sepanjang malam.  Rindu raya yang dulu. Sobss..  Mandi air perigi sambil menunggu giliran  dan juga rindu sarapan pagi pulut kelapa dan ikan masin air tangan tok.  Kenapalah raya sekarang tak semeriah dulu.. ?! Huhuhu mungkinkah teknologi telah merentap indahnya raya.

Hari raya kedua.. dari satu rumah ke satu rumah bersalam-salaman .  Beraya dan berborak sakan yang adakalanya setahun sekali bersua muka. Tu pun kalau bernasib baik setahun sekali , ada jugak yang 2,3 tahun sekali bersua muka. So ni kira lucklah kan. So bayangkanlah gamatnya berborak sesama sedara. Haha 

Hero besar dan Wan kesayangan..Hujan sewaktu beraya di rumah saudara sebelah Penang.

Bab overdose ketupat takyahlah cakap..  nazak sungguh! Di control-control tapi apakan daya , terbabas jugak dari landasan. Hahha nasib baik baju raya tak tetas.. keh keh keh

Petang raya ke dua kitaorang dah bertolak ke Lumut.. cerita ni kita sambung next chapter na..  Apa-apapun nak wish raya , raya dah habis.. cuma disini mummy nak mohon ampun maaf kalo ada salah dan silap sepanjang mummy berblogging. Kita 0-0 balik ye  😉

Thanks for reading! Wassalam.. 


You Might Also Like

4 Comments

  1. Mummy ada jugak la cerita ryaa walaupun super belated. Hahahah. Bagi saya raya sama je, yang membezakan cuma umur kita. yelah dah dewasa ni takdelah rasa seronok cam kanak-kanak. kalau tanya budak-budak best ke raya, diorang memanjang jawab best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhhahha... Kena tulis jugak buat diari walaupun dah belated.. Nak jugak ingat balik nanti pakai baju apa, tragedi apa dll... Tapi kanak2 skrg pun dah tak berapa happy sangat sbb semua asyik do hadap gadjet je.. bosan tul.. Zaman dedulu jugak best!

      Delete
  2. cepat je kan masa berlalu, anak da bujang da, tinggi sma ngn mummy,sikit hari nnti anak dara kita pula mcm ni, tinggi sama dgn ibu dia..huuwaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..sangat cepat.. tiba2 ukur , eh! camana boleh tinggi ni. hahaha Mummy takboleh terima kenyataan anak dah besor...:P UA tunggulah masanya akan tiba juga.. jeng jeng jeng..haha "D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram : juli44li