Berbuka di Hotel Seri Malaysia Melaka Sempena Majlis Pelancaran Bazar Ramadhan 2018
Assallamualaikum...
Sekali sekala berbuka diluar memang menyeronokkan terutama buat mak-mak terutama yang sibuk bekerja. Seharian dipejabat , balik rumah dah nak kena masak. Kali ni mummy bawa hero-hero ke Majlis Perasmian Bazar Ramadhan di Hotel Seri Malaysia Melaka. Almaklum la bila bulan ramadhan ni , bazar ramdhan dah memang cukup sinonim dibibir masyarakat kita. Waktu ni jugaklah akan kelihatan pelbagai juadah menarik yang dihidangkan. Naik kelabu jugak mata ni nak makan kan.. Semua nampak sedap!
21 Mei 2018 yang lalu , Hotel Seri Malaysia Melaka telah melancarkan "Bazaar Ramadhan " yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Roslan Bin Ibrahim dan telah diiringi bersama Enci Jefri Bin Munir selaku Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Melaka.
Sekitar upacara pelancaran "Bazaar Ramadhan"
Sumber Gambar : Hafizi Hamsan
Aturcara Majlis juga turut dihadiri oleh Y.Bhg Datuk Haji Murad Bin Haji Husin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya serta jemputan daripada sektor korporat dan tetamu tetap hotel yang telah menyerikan lagi majlis pelancaran serta berbuka puasa. Selain itu juga pihak hotel juga menjemput para pelajar daripada Pendidikan Tahfiz As-Solohin Merlimau Melaka bagi memberi peluang kepada mereka untuk merasai kemeriahan berbuka puasa secara beramai-ramai dihotel ini. Bukan itu sahaja para pelajar juga turut mendapat sumbangan dalam bentuk " Sumbangan kepada sekolah dan pelajar terbaik" dari pihak hotel.
Dihotel Seri Malaysia ini hidangan disediakan didalam bentuk kiosk atau warung secara buffet . Antara menu manarik yang dihidangkan disini adalah " Kambing Golek" dan juga "Gulai Kawah" dan pelbagai lagi menu-menu menarik. Konsep bazaar ramadhan ini telah diperkenalkan sejak dari tahun 2006 lagi. Selain itu juga pengunjung yang hadir juga turut serta merasai pelbagai sajin pencuci mulut , 25 jenis kuih muih dan juga 7 jenis bubur beserta pengat.
Penuh jugaklah meja dengan pelbagai hidangan yang sedap-sedap di Hotel Seri Malaysia.
Ada kiosk buah-buahan.
Ada satay...
ni hah! mummy test gulai kawah dia.. Memang terbaheklah. Nasib perut ada satu, kalo tak..haahha :P
Bawak hero besar sekali. Suka dia.. Bukan selalu dia dapat berbuka puasa dengan mummy. Dapat peluang macam ni memang mummy tak lepaskanlah.
ABC ( Air Batu Campur) dan juga Kambing Golek. Kambing Golek ni peberet hero kecik. Kalau ada menu ni, memang lompat bintanglah dia...hehhe
Sumber Gambar : Hafizi Hamsan
Ice Cream pun ada.
Gula-gula kapas yang sesuai sangat untuk kanak-kanak.. Tapi mummy pun join sekali.
Disamping itu juga pengunjung yang hadir juga turut dihidangkan dengan santapan halwa telinga selingan lagu-lagu tradisional daripada Kumpulan Briged Seni Melaka sepanjang Majlis Berbuka Puasa.
Didalam kemeriahan berbuka puasa Pihak Hotel juga tidak juga memberi peluang CSR (Corporate Social Responsibilities) dengan memberi peluang kepada para peniaga-peniaga kecil di Melaka berniaga secara percuma di ruang legar hotel sepanjang bulan puasa. So para pengunjung yang datang boleh lah membeli belah sementara menunggu waktu berbuka.
Untuk maklumat lanjut seperti harga dan tempahan boleh refer disini Tempahan dan Harga Hotel Seri Malaysia Melaka
Thanks For Reading! Wassallam..
1 Comments
bagusnya.. siap jemput tahfiz.
ReplyDelete