facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Review
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • Tips & DIY
  • Motivation & Knowledge
  • Recipe

Julia Ali

Inteam yang ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai kumpulan nasyid atau kerohanian yang tersohor. Dibawah anjuran ICON Entertainment by Iman Tang, Inteam akan meneruskan perjuangan memartabatkan industri seni tempatan di tahun 2026 dengan sebuah konsert pada 1 Februari 2026.

Penganjuran konsert 25 tahun Inteam Nur Kasih  yang bakal direncanakan berlangsung pada 1 Februari di Axiata Arena Bukit Jalil pada jam 8.20 malam . Konsert ini bakal menajdi tanda aras penganjuran konsert berunsur islamic berskala besar buat julung kalinya. 

"Penganjuran ini istimewa buat kami dan sangat memberi makna kepada Inteam dalam perjalanan  lebih dua dekad keberadaan mereka dalam industri hiburan tanah air," Ujar Pengasas ICON Entertainment, Iman Tang.

Lagu-lagu Inteam seperti Nur Kasih , Dia, Kerana Cinta dan kasih kekasih  sememangkan sangat akrab dengan pendengar kerana penyampaian yang sederhana tetapi memyentuh hati dan cukup terkesan. 

" Kurniakan daku serikandi, Penyejuk di mata penawar dihati, Di dunia dialah penyeri, Di syurga menanti .. dia bidadari...

"Kekasih sejati teman yang berbudi, kasihnya bukan keterpaksaan, Bukan jua kerana dunia, Mekar hidup disirami Nur Kasih.."

Terngiang-ngiang nyanyi Arwah Suhaimi Saad .. cukup mendayu dan meruntun jiwa. 

Cabutan bertuah , pakej umrah dan baucer istimewa dari Jay Ibrahim Al Islam. 

"ICON Entertainment dan Inteam bersetuju agar 25 tahun Inteam Nur Kasih bukan semata-mata tentang hiburan tetapi menjadi acara menyantuni peminat dengan takzim kerana kesetiaan lebih dua dekad" 

Pakej Umrah tajaan Jay Ibrahim Al-Islam Travel & Tour Sdn Bhd dihadiahkan buat pembeli tiket bertuah dan Icon Entertainment serta Inteam mengucapkan jutaan terima kasih diatas peluang keemasan yang diberikan untuk peminat-peminat Inteam.

Hadiah-hadiah menarik menanti adalah :

  • Enam orang peminat bertuah akan berpeluang memenangi pakej umrah bernilai RM8999.00 setiap seorang tajaan Jay Ibrahim Al Islam. 
  • 10 peminat bertuah akan memenangi baucer istimewa Jay Ibrahim Al Islam bernilai RM 5000.
  • Hadiah Kedua yang disediakan oleh Icon Entertainment -2 Unit skuter jenama Modenas Elit 150s.
  • Hadiah ketiga - 1 Unit telefon pintar terbaru dipasaran buat pembeli bertuah.

Harga dan ketegori tiket 25 Tahun Inteam Nur Kasih

Harga Tiket Mesra Peminat, Nilai Tak Terkira
Bagi mereka yang mahu menyaksikan momen bersejarah ini, jualan tiket dibuka mulai 24 Oktober jam 11 pagi

RM 168 (DIA)
RM258 ( KERANA CINTA)
RM 288 ( BISIKAN NURANI)
RM 328 ( KASIHKU ABADI)
RM 368 ( KIAS CINTA)
RM 388 ( SELIMUT KASIH)
RM 428 ( NUR KASIH)
RM 488 ( KASIH KEKASIH)

Maklumat lanjut berkaitan konsert :

Artis : Inteam
Acara : 25 Tahun Inteam Nur Kasih
Tarikh : 1 februari 2026
Lokasi : Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur
Masa : 8.20 malam
Penganjur : Icon Entertainment
Platform pembelian tiket : www.ticket2u.com.my/Inteam Nur Kasih


WTD 2025 yang bertemakan Pelancongan dan Transformasi Mapan (Tourism and Sustainable Transformation) dipilih dalam mesyuarat UN Tourism di Phnom Penh, Kemboja dan disahkan dalam Perhimpunan Agung ke-25 UN Tourism.

WTD diadakan setiap 27 September sejak 1980 bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sektor pelancongan kepada ekonomi, sosial dan budaya, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030.

Pelancaran Visit Melaka 2026 pada malam hari pertama persidangan WTD 2025

Persidangan pelancongan bertaraf dunia

Sementara itu, WTC pula merupakan acara eksklusif tiga tahun sekali yang menjadi platform perbincangan pemimpin industri pelancongan, pembuat dasar dan pakar dari seluruh dunia mengenai hala tuju sektor ini.

Dengan penyertaan lebih 160 negara, Malaysia akan memanfaatkan peluang ini untuk memperkukuh komitmen terhadap pelancongan lestari dan memperkenalkan pelbagai inisiatif baharu terhadap pembangunan sosial, budaya, politik dan ekonomi.

Kira-kira 800 peserta dari seluruh dunia dijangka menghadiri dua acara mega ini. Malaysia akan memanfaatkan platform ini untuk menonjolkan komitmennya terhadap kelestarian dan warisan budaya, dengan mempersembahkan pendekatan holistik dan seimbang terhadap pelancongan.

Penganjuran dua acara ini mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat global serta menunjukkan komitmen terhadap kelestarian dan budaya negara.

Ia juga meningkatkan keberkesanan perbelanjaan kerajaan, mengoptimumkan pulangan pelaburan (ROI) dan memperluaskan visibiliti Malaysia dalam kalangan negara ahli UN Tourism.

Secara tidak langsung, ia menarik lebih ramai pelancong dan menyokong kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Melalui WTD dan WTC 2025, Malaysia menekankan strategi memperkasa sektor pelancongan dalam mencapai SDG 2030.

Tema ini sejajar dengan kerangka Ekonomi Madani yang mengimbangi pertumbuhan ekonomi, impak sosial, serta pembangunan mampan berteraskan elemen People, Planet dan Prosperity.

Antara artis jemputan





Acara selingan iaitu Pameran Enrique De Malaca @Panglima Awang

Dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama dalam mesyuarat Kick-Off bagi penganjuran WTD dan WTC 2025, Malaysia menunjukkan keseriusan dan keterlibatan dalam menjadikan acara ini sebagai platform untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan unggul di rantau ini. Semua pihak berharap agar acara ini akan memberikan impak positif kepada negara, mewujudkan peluang pelaburan, dan meningkatkan pemahaman tentang kepelbagaian warisan Malaysia.



Polis Evo meraikan ulang tahun ke-10, menandakan satu dekad francais aksi kepolisan terbitan Astro Shaw. Mencipta legasi kukuh dalam industri filem Malaysia, kejayaan tiga filem di bawah francais ini membuktikan Polis Evo telah mengangkat ‘standard’ filem tempatan melalui kekuatan penceritaan, kualiti visual, strategi pemasaran yang kreatif serta kutipan box-office yang memberangsangkan.

Acara ‘Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun’ yang dikuatkuasakan oleh Kopi WONDA menghimpun kesemua barisan pelakon Polis Evo dari ketiga-tiga sekuel. Antara pelakon yang hadir ialah Zizan Razak, Shaheizy Sam, Nora Danish, Hasnul Rahmat, Ayie Hushairy, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Farali Khan, Ezatty Abdullah, Riz Amin, Iman Corrine, Zulin Aziz, Dato Afdlin Shauki, Jasper Supayah, Dennis Yin dan Ungku Hariz . Tidak ketinggalan Penerbit Eksekutif Polis Evo, Raja Jastina Raja Arshad, pencetus idea asal dan penulis Joel Soh, Anwari Ahsraf, Kyle Goonting, serta Pengarah Polis Evo, Syafiq Yusof, Ghaz Abu Bakar, Andre Chiew.  Manakala pawagam TGV Cinemas merupakan rakan sokongan yang menyediakan lokasi bagi acara ‘Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun’.


Legasi & Pencapaian

Sejak filem pertama ditayangkan pada 2015, Polis Evo melakar sejarah sebagai satu-satunya francais filem tempatan yang masih diteruskan dalam tempoh satu dekad, dengan kejayaan tiga buah filem yang kesemuanya mencatat kutipan box office luar biasa. Filem pertama, Polis Evo (2015), mencatat filem nombor satu di Malaysia tahun tersebut dengan kutipan RM17.8 juta. Polis Evo 2 (2018) meneguhkan lagi statusnya sebagai sekuel aksi tempatan terlaris dengan kutipan RM22.45 juta. Manakala Polis Evo 3 (2023) sekali lagi mencatat sebagai filem nombor satu di Malaysia tahun itu dan kini tersenarai dalam Top 5 filem tempatan dengan kutipan tertinggi, RM54 juta. 


Masa Depan Francais Polis Evo

Ulang tahun ke-10 Polis Evo tidak sahaja meraikan pencapaian lalu, tetapi juga menandakan permulaan kepada babak baharu francais ini. Astro Shaw terus komited untuk memperkasakan Polis Evo, dengan menampilkan filem terbaru dan premium siri di bawah universe Polis Evo. 


Pengubah Landskap Industri

Francais ini telah menaikkan martabat filem tempatan melalui kekuatan penceritaan yang segar, kualiti visual bertaraf antarabangsa, strategi pemasaran yang inovatif sehingga memenangi Gold Award di Appies Malaysia Marketing Congress 2016. Melalui strategi pemasaran juga, Polis Evo merangkul Anugerah Emas Malaysia untuk Kempen Pemasaran Filem di PMAA Dragons Malaysia, menjadikan Astro Shaw sebagai syarikat korporat pertama memenangi anugerah tersebut dalam kategori itu. 


Revolusi Bakat Seni

Polis Evo bukan sahaja mencetuskan fenomena budaya pop Malaysia dengan watak ikonik seperti Inspektor Khai dan Inspektor Sani, tetapi menjadi pemangkin penting dalam melahirkan generasi baharu bakat industri. Francais ini telah membuka ruang besar buat penulis dan pencetus idea asal seperti Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf, yang bermula bersama Polis Evo sebelum berkembang menjadi antara pengarah dan penulis berpengaruh. 


Turut membina nama bersama francais ini termasuklah penulis dan penerbit seperti Abhilash Chandra, Syafiq Yusof, Andre Chiew, Ghaz Abu Bakar dan ramai lagi. Polis Evo juga menjadi lonjakan karier untuk ramai pelakon yang terus bersinar selepas penglibatan mereka dalam francais ini, serta membuktikan bahawa setiap naskhahnya bukan sekadar hiburan pecah panggung, tetapi juga sebuah ekosistem yang membina dan mengangkat bakat seni Malaysia ke peringkat lebih tinggi.




Menurut Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “10 tahun kukuh relevan sebagai sebuah francais bukanlah sesuatu yang mudah. Polis Evo telah berkembang dan menjadi pencetus perubahan dengan menetapkan penanda aras baharu untuk sinema Malaysia. Apabila filem pertama Polis Evo ditayangkan, ia mencatat lebih 117 juta tontonan di media sosial, dan Polis Evo 3 pula mencatat 521 juta tontonan di TikTok sahaja. Kutipan pawagam juga meningkat dengan setiap sekuel, daripada RM17.8 juta untuk filem pertama, RM22.45 juta untuk sekuel kedua, sehingga RM54 juta untuk filem ketiga. Di sebalik kejayaan tersebut, kami percaya francais ini turut membawa kenangan, menyuntik inspirasi, dan menjadi sebahagian daripada perjalanan penonton dalam menikmati sinema Malaysia. Pencapaian ini tidak mungkin diraikan tanpa sokongan peminat. Astro Shaw ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan penerbit, rakan kerjasama strategik, produksi, para pengarah, barisan pelakon, kru, media dan pihak pawagam yang telah menjadi sebahagian dari perjalanan 10 tahun ini.  Ulang tahun ini bukan penamat, tetapi permulaan babak baharu dengan ‘Evo : Mat Yam’ untuk premium siri Astro Originals, di mana kisah-kisah ini wujud kerana sokongan anda semua. 


Hari ini, kami meraikan Polis Evo dengan menghimpunkan kembali semua tenaga kreatif, pengarah dan pelakon dalam majlis reunion istimewa ‘Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun’. Majlis ini tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan daripada Kopi WONDA, yang menjadikan sambutan ulang tahun Polis Evo lebih bermakna. Melalui kerjasama yang dikuatkuasakan oleh Kopi WONDA, beberapa aktiviti eksklusif buat peminat diadakan untuk merasai pengalamanan lebih dekat dengan legasi Polis Evo. Kami berharap Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun dapat memberi pengalaman yang berbeza dan tidak dapat dilupakan peminat”. 


WONDA Bawa Peminat Kepada Legasi Polis Evo

Dikuasakan oleh Kopi WONDA, jenama kopi kegemaran Malaysia, Kopi WONDA membuka pintu kepada legasi Polis Evo. Kopi WONDA memberi akses kepada pengalaman eksklusif, detik-detik yang tidak dapat dilupakan, dan peluang untuk berdiri bersama sebagai sebahagian daripada legasi Malaysia. Peminat berpeluang menikmati pengalaman eksklusif yang membawa mereka lebih dekat dengan francais ikonik ini, termasuk:

  1. Muncul dalam filem Polis Evo yang seterusnya

  2. Bertemu dengan pelakon dan pencipta francais Polis Evo

  3. Memiliki barangan edisi terhad, seperti Polis Evo Wonda-Ful 10 Years Eksklusif Bomber Jacket 

  4. Menikmati keistimewaan eksklusif lain

Untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman ini, peminat perlu membeli Kopi WONDA edisi eksklusif Polis Evo, iaitu:


Pakej 1: Constable Pack –1 X Golden Ticket Jaminan Pemilihan dalam Francais Polis Evo

Pakej 2: Sergeant Pack – 1 X Fast Lane akses untuk audisi + 1 X T-Shirt eksklusif Polis Evo Wonda-Ful 10 Years


Dapatkan Polis Evo Wonda Pack di Kedai Rasmi Etika di Shopee untuk peluang memenangi ganjaran eksklusif!


Barangan Eksklusif Edisi Terhad

Dapatkan t-shirt eksklusif Polis Evo dengan empat rekaan unik yang menampilkan tema francais ikonik ini. Bermula dari RM69.90 hingga RM79.90, barangan ini boleh didapati di Gempak Official Store Shopee.


Bagi memberi keterujaan peminat, sila layari platfrom media sosial Astro Shaw untuk dapatkan info-info terkini mengenai Polis Evo. Gunakan #PolisEvo #PolisEvoWonda-Ful10.



Assallamualaikum..

Didalam kehidupan ini ada yang dilahirkan sempurna dari segi fizikal dan mental serta ada juga yang lahir dalam golongan kelainan upaya. Namun setiap individu itu pasti memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Walaupun adakala ia tampak normal, namun  apabila kita memulakan perbualan, mungkin mereka hanya merenung tanpa membalas dengan tutur bicara.

Disini bahasa isyarat mula memainkan peranan didalam komunikasi di mana dua pihak. Samada ianya bertujuan bagi bertukar maklumat mahupun idea. Hal ini jelas menunjukkan komunikasi bukan sekadar menggunakan bahasa percakapan tetapi boleh juga terjadi melalui gesture (tanda isyarat), gerak badan, eye contact dan ekspresi muka yang sesuai digunakan khas bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran didalam berkomunikasi. 

Sekitar Majlis Pelancaran yang telah dirasmikan oleh Wakil dari Pihak TERAJU dan Pengasas Siasitok Sign Language AR Flash Card iaitu En Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar.


Sehubungan itu, baru-baru ini telah diadakan Majlis Pelancaran Siasitok AR Sign Language AR Flash Card yang bertempat di The Shore Melaka pada 13 Mac 2023. Ianya telah selamat dirasmikan oleh Pihak TERAJU bersama Pengasas Siasitok Sign Language iaitu Encik Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar. 

Siasitok Sign Language AR Flash Card ini menyediakan alat bantuan pembelajaran untuk mengajar dan belajar bahasa isyarat menggunakan kad imbas (flash card). Bukan Flash Card biasa-biasa ye. Ia merupakan produk yang dinamakan Augmented Reality (AR) Sign Language Flashcard.

Sejajar untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa petingnya komunikasi didalam kehidupan seharian bersama mereka yang mempunyai kekurangan ini. Selain itu juga Kad imbas atau flash Card ini pula dilengkapi dengan teknologi AR 3D yang pertama DI DUNIA.

Pada tahun 2022, disasarkan sebanyak 22 modul baru akan dihasilkan.  Malahan sebanyak 12 000 modul  telah terjual sejak tahun 2017.  Terdapat 34 buah sekolah Pendidikan Khas menggunakannya Siasitok Sign Language AR Flash Card sebagai alat bantuan pembelajaran dan Pusat Pendidikan Khas Integrasi dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Antara Anugerah yang telah diperolehi.

Siasitok Sign Language AR Flash Card


Demonstrasi Penggunaan Siasitok Sign Language AR Flash Card menggunakan Apps.

Cara belajar Siasitok (AR) Sign Language Flashcard ini:-

  1. Sila ke laman web https://www.siasitok.com/ .
  2. Muat turun Apps Siasitok Sign language . Senarai Apps. 
  3. Apps hanya terpakai bagi pengguna Google Play. (Akan dikemas kini bagi pengguna Apple Strore)
  4. Terdapat 22 Modul Pembelajaran seperti Alphabet dan Nombor, Keluarga, bangsa dan agama, Haiwan, Tempat , Makanan dan Minuman, Alam Sekitar, Pekerjaan dan pelbagai lagi.
Salah seorang Team Siasitok Sign Language AR Flash Card yang mengajar Bahasa Isyarat kepada pengunjung The Shore Melaka sebelum Majlis Pelancaran.

Latar Belakang Siasitok.

SIASITOK Sign Language dihasilkan daripada idea Encik Awang Shahrizan Bin Awang Abu Bakar,39 berasal dari Kuching, Sarawak. Di sekitar tahun 2015, beliau bertemu dengan rakannya yang kurang bernasib baik. Salah seorang ahli keluarga rakan tersebut adalah Pekak dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik bersama keluarganya. Encik Awang menggunakan gambar-gambar yang menunjukkan pergerakan bahasa isyarat bagi memudahkan pembelajaran keluarga rakannya serta membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih sempurna.

Dengan pengalaman lebih 13 tahun sebagai fasilitator, penggerak, penceramah, sukarelawan, curator, jurulatih, penolong jurulatih, wataniah, program angkasawan, eksekutif konsultan, perancang kewangan, jurugambar, entrepreneur, perancang strategic dan mentor usahawan, Encik Awang memperkenalkan satu produk Augmented Reality (AR) Sign Language Flashcard supaya dapat mempelajari bahasa isyarat dengan lebih mudah, seronok dan berkesan.
Untuk maklumat Lanjut  Siasitok Sign Language Card ni korang boleh hubungi :

Website
https://www.siasitok.com/ .

Facebook / Instagram
SiasitokSignLanguage

Twitter
Siasitok1

Antara blogger yang hadir dalam Majlis Pelancaran Siasitok Sign Language

Dari Kiri Adam Hakimi,  Mummy Julia , Cik Lily dan Diyana Azman

Terima kasih ya!

Assallamualaikum,

Syukur Alhamdullillah, nampak gayanya berkesempatan juga mummy join NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip.  Selalu bila nak join memang kelaut sokmo. Asyik tamat tarikh luput ja. Takpun time tu mesti tengah busy. hish! :P Mummy kenal Ct dari bertukar-tukar komen diblog dan akhirnya baru tau Ct  ni orang utagha rupanya. So kira orang kampung jugaklah kan. 

Walaupun tak pernah berjumpa rasa seronok membaca blog https://www.sitiyangmenaip.com/ dan menonton channel you tube beliau . Link you tube Siti ada mummy sertakan dibawah na.

https://www.youtube.com/channel/UCRWf5D7pXeWr1Gb-1l6e-iA

yang dah lama mummy follow tu. Walaupun mummy takdelah berjalan macam siti.. tapi hasil pembacaan di blog beliau dapatlah pelbagai ilmu dan tip-tips travel yang best. 

Mummy join NZ Souvenirs Giveaway by SitiYangMenaip Kategori 2. So korang boleh klik kat banner kat atas untuk join ya. Syarat-syaratnya pun sempoi-sempoi ja. Dan buat korang yang nak follow you tube mummy boleh klik link kat bawah na

https://www.youtube.com/JuliaAli

Korang apalagi cepat join. Tarikh tutup tamat sehingga 16 MAY 2021 - 31 MAY 2021.

Selamat mencuba! Wassallam.

 Assallamualaikum...

Melaka sememangnya terkenal  dengan pelbagai produk-produk pelancongan yang menarik. So tidak mustahillah sekiranya setiap hujung minggu, cuti sekolah mahupun hari biasa, Melaka sememangnya meriah dengan pelancong dari dalam mahupun dari luar Melaka. Salah satu tarikannya adalah A Famosa yang terkenal dengan pelbagai produk menarik terutamanya bagi mereka yang berkeluarga.

Baru-baru ini mummy telah berpeluang untuk turut serta menyertai Konvoi Fast Bikers Club, Reappear MC, rakan media, bloggers didalam Majlis Pelancaran Kempen Shoppp@Melaka yang telah dirasmikan oleh Exco Pelancongan dan Kesenian Negeri Melaka iaitu YB Datuk Muhammad Jailani Bin Khamis . Selain itu juga acara Flag Off telah dilepaskan oleh  Exco serta   diringi oleh Geng Bikers Fast Club dan Reappear MC dengan suasana yang cukup meriah. Acara ini bertujuan untuk menyampaikan pada masyarakat Melaka umumnya mengenai tentang promosi-promosi yang ditawarkan sesuai dengan situasi pendemik COVID 19 pada masa kini bagi menjana ekonomi pelancongan Negeri Melaka itu khasnya. Bersesuaian dengan tema "Melakan Visit Melaka".

Para Peserta Konvoi sewaktu Flag Off Majlis Pelancaran Jom Shoppp@Melaka

Perasmian Jom Shoppp@Melaka

Acara Flag Off oleh Pengarah A Famosa

Terdapat pelbagai tarikan yang terdapat di A Famosa Resort salah satunya adalah:

1.  Firefly Magical Light Show. Ianya merupakan pameran berteknologi interaktif seni digital tertutup yang pertama dan terbesar di Malaysia. Terdapat 12 pameran interaktif seni digital yang ditampilkan melalui cahaya dan bunyi yang cukup menarik dan indah. Harga yang ditawarkan adalah RM 28 bagi Dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Pameran ini akan berlangsung sehingga 1 April 2022.

Kemeriahan cahaya dan bunyi .

Salah satu pameran interaktif yang terdapat disini.

Ruang Pameran Interaktif yang luas dan selesa.

2.     Taman Tema Air dan Safari Wonderland juga menawarkan harga promosi itu RM 30 seorang dan ianya sah sehingga 31 Mei 2021. Taman Tema Air A Famosa ini mempunyai 11 jenis permainan yang menarik antaranya Wahaha, Big Ice Cream, Lazy River, Wave pool, Arabian Village dan High Speed Slide.

Para peserta bergambar kenangan.

Sesi sebelum lawatan ke Taman Tema Air

Makan tengahari yang menghidangkan Nasi Beriyani dalam buluh bagi peserta konvoi.

Taman Tema Air A Famosa .

Bagi Safari Wonderland pula ianya menempatkan hampir 150 spesis haiwan didalam keluasan tanah 180 ekar. Terdapat 3 jenis pertunjukan haiwan , 1 pertunjukan Wild Wild West, 8 zon pameran haiwan, menaiki rakit dan paling menarik adalah menaiki truck bagi pengembaraan safari yang hanya dipisahkan dengan jaring-jaring besi bagi melihat harimau, singa, buaya,  zirafah dan pelbagai lagi haiwan.

Para peserta bergambar kenangan di hadapan Safari Wonderland dan Taman Tema Air

Wild West Show

Cowboy didalam Wild West Show

Si comel di Wonderland Safari

Selain itu juga Galeri Kraft Melaka yang terletak di Ayer Keroh Melaka (Berhadapan Philea Hotel and Resort) merupakan salah satu lokasi yang patut korang kunjungi sekiranya di Melaka. Terletak tidak jauh dari Tol Ayer Keroh, ianya menempatkan pelbagai jenis kraftangan yang wajib dibeli dan dibawa pulang sebagai tanda kenang-kenangan mahupun sebagai cenderamata buat yang tersayang.Diantara kraftangan yang terdapat disini adalah rombong, tikar mengkuang, songket, batik, ukiran kayu, kasut manik dan pelbagai lagi.

Para peserta mencuba sendiri cara mencanting batik di Galeri Kraft Melaka.

Demonstrasi Permainan Gasing.

Demonstrasi Ukiran Kayu oleh Exco Pelancongan dan Kesenian Negeri Melaka.

Berakhirlah sudah sesi penjelajahan Bikers fast Club dan Reappears MC ke Melaka Sempena Kempen Jom Shoppp@Melaka. Thanks for Reading! Wassallam

Older Posts

HELLO, THERE!

Mummy Julia. Introvert. Live in Melaka. [For any collaboration and review email me @ julia_yana@yahoo.com]

LET’S BE FRIENDS

CARIAN NGOMELAN MUMMY

recent posts

Popular Posts

  • Pop Donna Melaka
  • Terima kasih Jari Manis
  • Cara Memindahkan Astro Dari Rumah Lama Ke Rumah Baru (Pindah Rumah) dan Caj Yang Dikenakan
  • Hero kecik vs mummy
  • Pengalaman Menghantar Anak Ke Sekolah Aliran Cina Selama 6 Tahun

Blog Archive

Powered by Blogger.

Blogger Awesome!

  • Blog Sihatimerahjambu
    Buah Berangan Pasar Malam
    2 days ago
  • In a Nutshell
    Hiking South Africa, Sepang
    3 days ago
  • lonesome traveler
    Daftar si bongsu di UiTM Bertam dan menginap di Inapan Taman Herba
    1 week ago
  • TINY ㋡ NA ㋛ SWEET
    Jamuan akhir tahun
    2 months ago
  • LeYa Blog
    Cerita Hari Ini... Telur Masak Lemak Cili Api
    2 months ago
  • Sayaiday - Blog Informasi, Resepi Dan Gaya Hidup Terkini
    Senarai Pengacara Melodi (1993-2026)
    2 months ago
  • www.mama-ble.com
    Financial Canvas : Belajar Urus Kewangan Dengan Cara Yang Kreatif
    3 months ago
  • Lya Johari
    Talam Dua Muka : Kawan Atau Lawan Dalam Selimut
    3 months ago
  • Farah Kreatif!
    Wordless Wednesday - Beratur Ambil Bantuan
    4 months ago
  • HASRULHASSAN.COM
    Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku
    6 months ago
  • Emarieys
    아이의 상상력을 자극하는 최고의 선물
    1 year ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula
    1 year ago
  • Huda
    Essential Travel Checklist: Must-Have Items for Your Trip to China
    2 years ago
  • Learning to be Kind, Not Judgemental
    Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-Dong
    2 years ago
  • Siti Nurzafirah
    MEAL REPLACEMENT, KITSUI 39 SUPERFOOD
    2 years ago
  • Farah Dafri
    Kedai Bakery Ala Paris HALAL tapi dekat Kajang je?
    3 years ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    3 years ago
  • Scdha Sein Photo And Travel
    PAHANG - Genting Skyworlds Theme Park
    4 years ago
  • PROUDDUCK
    untied shoelaces
    4 years ago
  • Solenn Heussaff
    Our Boracay Station Zero Experience
    5 years ago
  • Ummul Azkee
    Flower Painting | New beginning in 2021
    5 years ago
  • Arz Moha
    Doa Menghindarkan Dari Perkara-Perkara Memudharatkan Seperti Wabak Penyakit dan Lain-Lain
    6 years ago
  • The Kasihs
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
    6 years ago
  • Titipan Bundawidya
    Pai Ayam (Chicken Pie)
    7 years ago
  • masam manis
    AYAM MASAK MERAH SEDAP SANGAT
    7 years ago
Show 5 Show All

Blogger Melaka Bandaraya UNESCO

  • fairus.com
    Pelanduk Putih: Simbol Penubuhan Kerajaan dalam Tradisi Kesusasteraan Melayu
    2 months ago
  • Chaza
    Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026
    8 months ago
  • Julia Ali
    Menangi pakej umrah sempena Konsert 25 tahun Inteam Nur Kasih, Kembara Karya kerohanian
    11 months ago
  • Fizi
    Cara Dan Seni Buat Video Convert Sales Di Tik Tok
    11 months ago
  • Aida
    Salam Pembuka Bicara Tahun 2025
    1 year ago
  • Azura Rahman
    SOURDOUGH BANGGALI LOAF
    3 years ago
  • Hero Kecik
    Sihat Cara Rasullah
    3 years ago
  • Bonga Cengkeh
    Resepi Kari Ikan Bawal
    3 years ago
  • Fyda Haron
    Ekspedisi Bukit Gapis Melaka
    5 years ago
  • RORO
    TRIP TERINDAH RORO KE BROMO 2019
    6 years ago
Show 5 Show All

Labels

Life Style REVIEW Knowledge TIPS Recipe DIY Motivation MY LIFE

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates