facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Review
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • Tips & DIY
  • Motivation & Knowledge
  • Recipe

Julia Ali

Assallamualaikum.. 


Hari tu aku tanya kat hero kecik. 


"Adik debab-debab hat susah senyum ni.. sebelum puasa, adik nak makan apa? Mekdi , Kepci, Ikan bakaq.. Manalah tau cemuih dok makan apa mummy hang dok masak hari-hari.. Kann… 


So dia habaq la.. 


"Sushi King! Balas hero kecik.." 


Wahhh.. Selera hangg…


Pastu mummy hang ni pun pi la check Apps Sushi king.. Todia! 


Last makan 2019 daaa.. 


Lama aih. Nampak nau mummy hang ni budget kan...


Kebetulan weyhh.. Ada Sushi King Bonanza. Semua plate, purple ka, merah ka, pink ka, semua color harga RM 3.50. Harga pukul rata. Eh! Bukan dulu RM 3.00 ka? ka mummy yang dah lupa ingatan. Biaq pi la.. 3,4 tahun sekali kan. 


Hero besaq.. ?!


Dia takmau.. penat ayaq lioq ja ajak. Dia tarakmau aih.. Dia hantu kepci dan mekdi ja. Kalo bawak pi sushi rugi mummy. Balik balik makan sushi Tuna ja, lain dia tak boleh nak berapa nak telan. Pastu makan pakai tangan. hahaha okay ni lawak. eh! tak baik tau ampa ni membawang pasai hero besaq mummy .. 🤪😝😜


Nama dia unagi padia tau.. Tau telan ja..


So setelah segala perancangan, planning dan semua mak nenek la.. So mummy cakap la ngan hero kecil, okay rabu ni kita pi. Bonanza start 13 hingga 16 Mac 2023 ni.. So yg agak-agak free rabu ja. Okay adik sayang mummy apply cuti hokay. Lepas ni lagi 5 tahun kita makan sushi okay. hahhha


Bukan apa, mummy apply cuti bukan takat nak makan sushi ja, tapi saja nak bonding dengan hero kecik ni. Asyik dok umah ja. Kesian pulak nengoknya. (Baik kan mummy sambil mata bling-bling juling keataih)  Lagipun takmau la rushing-rushing bab makan ni. Kena relax dan menikmatinya.Takut pi waktu orang balik keja jenuh beratoq, kalo malam.. ala malas nak keluaq malam... Lagipun masih awai tahun, so apply ja la cuti tu.


Hari kejadian


Mangkit pagi.. Masak breakfast dan urus mana yang patut. Jam 10.30 pagi baru start bersiap-siap. Hah! Ampa tak tau mummy ngan hero orang pertama masuk na. Kami pilih Sushi King kat Aeon Jaya Jusco Bandaraya. Gigih dak?! Ampa mana tau.  Setelah habis 13 plate.. Okay mummy surrender.! Hero kecik takyah cakap.. Lagi awai surrender. Pastu siap tanya.. eh mummy nak lagi ka? ye lah.. mummy punya peberet suka hati mummy hang la. hahaha.. Sekali sekala kan. 


Partner teman mummy makan sushi. Orang lain semua takleh masuk bab sushi ni. Dia ja ikut tekak mummy.


Rasa kurang sikit umph dari dulu.. Dulu lagi puas makan dan banyak variety .. Plate purple (paling mahai) dh makan kurang pilihan.. Tapi okay ja. Mummy dan hero kecik ngap ja.! Tapi kalo korang nak pi makan la paling kurang 15 plate sebab berpeluang join contest "Eat More, Spin More & Win more!" yang ada kat dalam apps tu. Macam-macam hadiah ada okay..




Nampak tak perbezaan muka mummy dengan hero kecik? Even dah penuhi hajat dia, tapi muka memang jenis tarakmau senyum.. cengih sokmo! Dah tak larat nak adjust melainkan pakai app/filter kat instagram tu.  Dia habaq senyum dia  mahai nooooo !.. pigidah.. 


So setakat itulah cerita poyos dok makan sushi yang kalut nak tulis kat blog. Kata blogger kan. Mestilah kena tulis Setelah makan sushi kitaorang meronda segala ceruk shops yang ada kat Aeon aka Jaya Jusco tu. Habis tu tak balik teruih na. Pi Tesco lak.. Sebab Aeon tak cukup besaq buat kami nak meronda.. hahhaha :P


Okay tu ja nak habaq. Ada masa mummy bebel lagi okay., Adios. Wassalam. 



Settle 13 plate untuk sushi bonanza kali ni.




Assallamualaikum and Syukur Alhamdullilah.. 


30 Januari


Hari ni 1st day hero besaq lapor diri kat tempat praktikal. Hati ni, tak tau nak habaq lagu mana.. ghisau hokay! Subuh aku dah kejutkan dia mangkit walaupun tau dia okay ja bab keje dan belajaq bila tanpa mummy ni. 


Sejurus ambil hero kecik balik dari sekolah.


“Adik.. kita ronda sat na depan tempat keje abg..” kata aku, sebaik ambil hero kecik dari sekolah. Kebetulan aku tak sihat rini. Panahan dok jogging subuh musim berangin ni. Tetiba lak demam selsema.  Ish. atau adakah ini demam risau. Oh! Tidak.. 


“Ala biar jelah abg keje, mummy jangan lah kacau” Balas Hero kecik.


Ala kita lalu depan je, bukan mummy nak berhenti kereta. okay adik?!!! dup dap dup dap.. menanti  persetujuan dari hero kecik. 


Hero kecik kata ok.. 


fuhhh… lega baqhang!


“Adik .. adik tengok tengok abang ada dak? Ya Allah Traffic light mohon la lama-lama sikit. Senang nak skodeng anak. Kann.. “ sambil dalam hati berbisik.. doa orang berpuasa ni kan tiada hijabnya. 


“Adoii mummy ni, ni baru abang kalau Adam nanti macamana lah gayanya.” Hero kecik mengomel sambil mata melilau mencari abg yang jarang sebulu perangainya.  


“Ala kalo adik keja kat honda ka mana-mana ka, nanti mummy apply la keje kat situ, tak pun mummy duduk jelah kat depan syarikat adik keje.. “ hahhaa balas aku sambil idea mengenakan laju meluncur keluar dari mulut ini. ha mesti hati hero kecik mau tak keruan kan memgenangkan sikap mummynya yang perangai kadang-kadang tak terduga dek akal manusia normal.  :P


“Ala mummy tak nampak pun perut buncit abang. Abang naik motor color kuning kan mummy” Kata hero kecik memberi ulasan. Ntah mummy pun tak tau. Bisik aku dalam hati. Dah dia dok ngan daddy dia mana mummy tau.


“Takpe -takpe kita pusing sekali lagi, tak nampak lagi kita pusing lagi.. hahhaa tak padan ngan demam kan. sambil driving, mulut aku masih pantas membalas butiran kata dari hero kecik.


Pusing doh ! sekali lagi.. hahhaa


eh! abang laaaa adik.. kelihatan hero besaq baru ja keluar dari pintu pejabat bersama seorang pemuda india dan seorang lelaki meayu berusia berkopiah....


laju aku tekan hon............. ponnnnnnnnnnn Hero Besaq memandang sekilas lalu. Mesti dalam hati cakap mummy aku buat pangai dah..


Sambil mulut “Syukur Alhamdullilah ! jerit aku ..” Dapat jugak mummy tengok perut buncit abang. Ya Allah Syukur Alhamdullilah Ya Allah. Ngomel aku lagi dan lagi.. 


Hero kecik disebelah confirm geleng kepala sambil mengucap panjang kan.. Melihat telatah mummy dia yang ntah apa-apa. Hahhaa Lex la dah nasib ampa dapat mummy macam ni., kenalah redho ja. 


hahaha

hihihi

hehehe


Sejak dia tengah belajaq lagi aku dah start usha tempat praktikal yang sesuai. Anak-anak pula semua jenis dok tanya mummy. Kunun best friend lerr tu... Sapa nak kawan dia tu...


Apa nak buat? macamana? semualah tanya. Palagi mummy hang .. Call HR opis paling dekat dengan qhumah, Ya Allah dapat wehhhhhh.. Hahhaha. Nasiblah anak-anak.  Tu baru tempat keje .. belum next chapter.. mau rumah tetiba naik satu tingkat lagi.. suh anak dok sekali. Tapi pintu lain la. kasi can, mummy pun nak privacy ingat ampa ja nak privacy. Amacam okay tak idea mummy? 


Okaylah tu ja cerita telatah mummy untuk 1st day anak praktikal. Selalu telatah anak-anak je kan memenuhi entry blog, kali ni.. korang bacalah telatah aku yang terpaksa anak-anak hadap. Sampai jumpa next story.. Adios and astagalabista!


Assalamualaikum.. 

Assallamuaalaikum..


Dah dekat -dekat nak raya ni, macam-macamlah akai nak buatkan. Nak posinglah, nak buat biskut rayalah, nak hias rayalah.. eh eh macam-macamlah nak buat. Walaupun hati ni punyalah sedih meruntun hiba tak dapat balik kampung. Tahun lepas dah tak dpt balik kampung... tahun ni tambah lagi. Padahal selama ni akulah juara bertahan tak pernah miss balik kampung.. Wahai hati, bertabahlah ... Mungkin ada hikmah disebaliknya .

 

"Tulah hang Julia.. keja lagi kat Melaka .. kan dah tak boleh balik kampung. "


Aku bermonolog, marahkan diri sendiri


Namun aku macam biasalah, cuba melawan perasaan . So baru-baru ni, aku plan la nak buat photoshoot raya kat opis. Walaupun tak mudah nak satukan idea dalam lingkungan kawan-kawan yang pelbagai rentak ni. Namun aku cuba. Memang siksa. Tapi aku.. cam biasa . bebai 10 saat and  its done! So meh ku tayangkan gambar-gambar posing raya tahun 2021 yang berkonsep klasik carca merba. hahahaa Nah tampal kat  sini sebagai memori.






Menyatukan 13 kepala dalam sekeping gambaq bukan mudah.. bab baju satu hal, apatah lagi nak susun dan nak pupuk rasa sporting dalam diri masing-masing. Siksa weh! Ada yang tak tahan panas, ada yang haus .. nak nak bulan puasa ni.  Ada yang posing macam nak nyanyi lagu negaraku, ada jugak yang sakan dok selfie.. hish! banyak ragam.. hahahahaha




Hat tengah tu dia habaq , dia blogger tersohor.  hahahhaa Blogger Fairus Mamat

Nenek kebayan muncul di Bukit St Paul atau nama lainnya Bukit Melaka.



Antara lokasi-lokasinya adalah depan opis, bus stop, keretapi , bawah pokok, tepi Muzium Islam, Bukit St Paul dan last sekali Kota A Fomosa. Hamik hang.. Lencun! Nasib baik sekali sekala hokaylah.. Selalu selalu, mau pitam jawabnya. Dah la Melaka ni panas lain maciam, spesis panas takleh bawak bincang la. hahahaha. Apa-apapun kita enjoy. Agak-agak tahun depan tema apa pulak  gaya aku nak posing. Akan kekalkah aku kat unit ni? Mungkinkah ahli jemaah ni masih org yang sama. jeng jeng jeng. Dan yang paling penting beraya kah  aku tahun ni? hish sadis.. Ampa tunggu dan lihat na.. 


Thanks for Reading! Wassalam

Assallamualaikum... 


Suprise dan suprise lagi...Terharu pulak kengkawan rajin nak buat suprise untuk aku, sedangkan aku ni takde pun buat suprise birthday untuk depa. Rasa terharu dan cukup disayangi tau. Ni pun dah kira besar rezeki dariNya. Dapat kengkawan yang baik dan selalu dipermudahkan urusan didunia ni walaupun tak kaya dengan harta dan wang ringgit. Syukur Alhamdullilah.



Dah kenal lebih dari 20 tahun sejak zaman study kat Cosmo lagi. Dua-dua belajaq art and design. Aku ja sampai la ni masih dengan art. Dah jiwa gamaknya kot. Dulu Min ni keding ja walaupun makan kuat. Pastu dia sambung belajaq kat UPSI pastu fly ngan Singapore Airline, then MAS pastu kawin... baru dia tak fly dah. Then bukak business baru jumpa dan close balik. Sampai la ni. Saling support each other walaupun cara bincang dia kalah AhLong mintak hutang. Sorang minat hiking sorang minat zumba. Sorang morning person, sorang night person. Sorang suka berkarya sorang suka bercakap. Pangai memang tak sama langsung. Yang sama cuma, dua-dua garang kalah mak tiri. Moga Allah permudahkan perjalanan kehidupan kitaorang berdua. Aamiin.


Conversation Aku dan Min.


Min :

Salam. Hang free tak malam ni?


Aku : 

Wslm. Free . Awat?


Min : 

Jom lepak minum. Klebang ja. Suh Adam ajak Ian. 

Jenjalan Bazar Klebang. Takdak geng la.


Aku : 

( Lepas tambah tolak bahagi dan tanya Adam 

sbb aku spesis malas kluaq malam) Adam kata ok. Tapi Auntie Min la ajak Ian.


Min : 

Ok Lepas Isyak. 9 malam gitew. 


Habis msg ja.. Aku pikiaq sejenak. Ala macam malas la pulak nak kluaq malam. Dengan Melaka Jem yarabbi. Aku ni kalo ada sapa-sapa ajak kluaq malam memang bercinta sungguh aih. Min dah paham sangat ngan pagai aku., Rasa waktu malam tu mcm pendek ja masanya.


8.30 malam 


Siap-siap dah ni. Adooii mummy malas betui nak kluaq cakap ngan  Adam.  Tapi memikiorkan Min dah makin busy dan makin kurang masa ngan aku. Oklah kluaq layankan Min. Sian dia sorang-sorang kat sini. Suh mai umah tak mau. ( Dia pun dah tau aku memang jenis susah nak tolak melainkan ada benda-benda yang betul urgent dan aku akan tolak kalo ada class zumba..hahahah :P)


Otw ja aku msg Min. Aku ingat dia dah OTW rupanya-rupanya dia dah sampai. Aku pulak dok lepak dalam kete tunggu dia. Sekali dia msg.. wey kat mana? aku kat kedai ni.. 


Aku palagi.. terus ke kedai makan yg dah di plan . Sekali weyyyy.. SUPRISE!! 


Kek pun dia plan nak warna pink. Red Velvet u! baloon pink  ja dia habaq tak sempat tiup sebab aku dah sampai awai.



Aku tak tau nak habaq apa.. Terkelu weyy.. Gigih sangat weyy. Terharu pun ada. Hish la. Gigih betui buat suprise untuk aku. Aku ni birthday dia pun tak buat apa-apa. Every year asyik wish ja.  Cuma ada sekali tu, aku ada buat plan jahat sikit ajak pi travel. hahaha (tu rahsia takleh habaq kat sini.. satg kantoi.  Min kata .. Aku tau hang tak kan tolak punya , kalo aku ajak hang kluaq.. Hamboii confident level tinggi ni. 


Mulut aku masih tak habih-habih mengomel sebab rasa membaziaq ja dia habih duit buat suprise macam ni kat aku. Dah la birthday aku lambat lagi .. 20hb tu. Jumaat ritu baru 11 Disember. Lagi 9 hari aku baru lanjut usia. hahaha Nampak tak ciri-ciri takut tua tu makin tinggi. hahaha. Min kata takut minggu depan dia busy, tu yang buat suprise awai-awai.



Siap belikan semua benda warna pink. plate pink, paper cup pink, junk food pink, baloon pink, Kek Red Velvet pun pink tau (ala-ala pink).. Aku kan ratu pink. Sapa kenai aku tau sangat dah pangai aku yang satu ni. hahhahaha . Adoii sian Min perabih semua ni untuk aku. Aku ni ngan close friend tak suka depa membaziaq benda bukan-bukan. Tapi kalo marka aku suka depa perabih demi aku. hahaha  Sebab tu baru tandanya sayang. wakakah! 



Hero kecik yang jadi peneman aku malam tu. Hero besaq jaga daddy kat umah dia. Dah tua-tua aku dah tak berapa kisah sangat anak-anak nak dok umah sapa. Bagi aku anak-anak dah makin besaq ni dah pandai menilai. Dah tau tanggungjawab masing-masing. Selagi dorang masing berperangai baik, aku izinkan aja. Kalau sebaliknya standby la siap-siap , jadi tarzan la mummy. 


Lepas makan-makan ayam panggang, kek, fries dan lenlain. Aku melepak dan ronda  ngan Min dan hero kecik ke Downtown Klebang. Jenuh menapak. Bapak besor Downtown tu. Then lepak balik kedai sambung makan dan nyembang. Helok depa duk nyanyi lagu birthday. Apa-apapun malam tu berakhir agak awai sebab hero kecik dah mula bosan. Besalah hero kecil kan.  Mana nak lepak luar lama-lama. (Macam Adam selalu cakap, mummy kalau jumpa Auntie Min mesti sembang sampai lupa donia) hahhahaa 


Anyway Mekaseh Min atas suprise kali ni. Friendship more then 20'years. Walaupun asyik gaduh baik gaduh baik dan pangai dua-dua macam langit dan bumi . Aku sayang hang Min. Dunia dan Akhirat.  Walaupun aku ni spesis kuat membebel ala mak tiri.. Sebab hang tu! baik sangat.  Aku ni spesis tak suka kawan-kawan baik aku kena buli. Aku harapkan tahun-tahun yang bakal mendatang ni akan menjadi tahun-tahun yang lebih baik, jodoh yang baik, rezeki yang melimpah ruah dan please open the new chapter with bless from Allah.. I love u more then u expected. Anway thanks again for this suprise . And I will keep this as best memory ever! 


Thanks for reading! Wassallam

Assallamualaikum


11 disember 2020. Jumaat. Penghulu segala hari. Todia rini ngan mangkit lambat, baju tak sempat iron.. tudung apatah lagi, muka sembab sebab tidoq lambat buat kek.. apalagi kusut masai la jawabnya..  Nasib baik ada masa lebih kurang 15 minit masa untuk thumbprint. Lega masih tak lambat . 



Melangkah masuk ja, bos dah teguq... sah tidoq lambat sebab muka sembab. hahaha terserlah kesembapannya rupanya sampai orang teguq. hahahhaa . Adoi mask mana mask!  jenuh nak cover muka ni. Sayup-sayup depa habaq rini ada baca yasin. ah sudah. Tapi kan ritu depa habaq baca yasin cancel sebab ramai cuti. hish! dah la aku tak bawak  apa-apa untuk potluck. Tetiba perasaan segan tu muncul. Asyik potluck bawak perut ja.. malu seyyy! Selalu Mak Cik Kantin dak  Wawa ngan Ecah akan habaq awai-awai untuk potluck. Tapi rini tak habaq pulak.. Hish Mak Cik Kantin ni la...


Suprise Box.. Hadiah dari taukey Bouquet Budget Melaka


Geng Pak Imam dan Bilal Masjid tolong baca doa rini.

Imam Rosli mai... Bos habaq rini kita nak buat kenduri tahlil dan doa selamat sikit. Pastu nak meraikan sikit-sikit untuk kengkawan. Waktu ni aku dah dapat tangkap dah.. sah ada suprise! walaupun rini masih belum jejak tarikh sebenar. Orang kata in advance la. 


Usai baca doa, tahlil dan sebagainya, tetiba muncullah kek birthday dan nyanyi lagu pebesday untuk aku dan Din. December babies katanya yang dah tak berapa nak babies sangat ! hahhaa Lupa lak tarikh birthday Din aka Khairuddin ni.  Dalam hati aku habaq,  ala lagu mana muka aku depa amik gambaq.. Dengan muka sembab dan tudung herot .. adeh hilang vouge tau! Dalam hati bermonolog sendiri.. Julia hang dah tua weyy, sedaq diri sikit.. Mana mungkin boleh vouge seperti usia 17 tahun. hahaha.. okay aku insof! 


Kerat kek pebesday.


Terima Hadiah Pebesday


Ku sangka birthday kek aku warna pink.. Tapi coklat rupanya. Syukur Alhamdullilah. Asyik nak warna pink ja hang ni Julia! Suprise kedua Mazzemmi bagi hadiah suprise box. ku sangka katak tapi Lampu kelip-kelip box yang yang penuh dengan coklat rupanya. Mekaseh! Kalo nak order suprise box area Melaka boleh usha facebook Dak Ayu. Macam-macam ada. 


Anway mekaseh kat Mak Cik Kantin and the geng for this suprise birthday plan. Menjadi hokay! lain kali habaq awai-awai boleh aku make up 14 inci, tudung baju top to toe warna pink. Baru la feel birthday gurl.. hahaha over kan. 


Okaylah sampai tu aje.. Simpan sini jadi memori. Thanks for reading! Wassallam. 

Assallamualaikum,


Hahhaha.. Korang kalo baca tajuk mesti suspen kan.. hahhaha. Chenta hati tu hero besaq mummy la. 9 November yang lepas merupakan hari lahir hero besaq yang ke 17 tahun. Kalau zaman mummy dedulu depa habaq 17 tahun is kunci kebebasan. Katanyalah! Tapi bukan  buat anak mummy, hopefully itu bukanlah kunci kebebasan untuk melakukan benda yang bukan-bukan tetap adalah kunci kebebesan untuk berfikir menjadi manusia yang lebih baik untuk keluarga, agama dan sekeliling kita.


Confirm 17 tahun yang lepas , abang dah lali dengan leteran mummy, keluh kesah mummy, cerewetnya mummy pada benda-benda yang boleh dikatakan remeh temeh, masakan mummy yang ikut suka hati mummy nak masak apa, yelah abang asyik kata mummy ni balik balik mummy masak kari... hahaha . Anak mamak kan confirmlah kena makan kari. :P Sabaq na.. Moga 17 tahun yang akan datang pun abang tetap akan terus bersabar dengan keletah , leteran mahupun sikap mummy yang menjengkelkan. hahahha



Throwback Teroks Birthday Hero Besaq Dulo-dulo. Waktu kecik ni senang ja nak jaga, boleh piat-piat ja telinga kalau nakai sangat , boleh je beli baju apa yang ikut taste mummy... dah besaq ni?! dia bagi link online ja suh belikan baju. Adeh! Sabaq ja la. Namun itulah perubahan dimana semakin meningkat dewasanya anak mummy, semakin meningkatlah usia mummy dimana suatu hari nanti mummy akan meninggalkan abang dalam menongkah arus dunia. Belajar lebih berdikari dan mematangkan diri erti kehidupan yang sebenar.


9 November 2020


Genap juga 17 tahun juga mummy disini sebagai mak yang masih teguh berpegang pada amanah dan tanggungjawab membesar adik dan abang. Masih banyaknya lompang dalam membesarkan anak-anak mummy. Masih banyak lagi cabaran yang perlu mummy hadap untuk membesarkan korang sehingga berjaya seorang manusia yang berguna  kepada manusia sejagat serta  kepada maha pencipta yang satu. 



Abang

Hari ni mummy buatkan kek untuk abang. 1st time mummy buat kek birthday untuk abang. Dulu pernah sekali buat kek waktu birthday tapi hasilnya suam suam kuku. hahaha sedih mummy. Tapi kan birthday abang kali ni mummy cuba lagi.. Yeah! jadi. Syukur Alhamdullilah. Kek Cheese Cake Coklat. Lilin pun pakai apa yang ada kat dapoq. Sorry! Doakan mummy dipanjang usia dan sihat hendaknya bagi menghasilkan lagi kek-kek birthday untuk abang dan adik untuk tahun-tahun bakal mendatang. Aamiin.


Wahai abang, kutiplah baki-baki memori yang ada bersama mummy ni dan jadikan ianya sebagai kenangan terindah, pasak kan pada hati kisah suka duka kita selagi mana mummy masih bernyawa. Moga tahun yang akan mendatang ni mummy doakan abang menjadi manusia yang lebih berdikari, taat kepada ibu bapa, keluarga, dan juga pada pencipta. Andainya kehidupan ini tidak sepertimana yang diharapkan jangan mudah mengalah, bangkitlah dengan gagah. Lawanlah dengan budi bicara  yang penuh dengan tata susila yang sopan serta berhemah. Walaupun ianya tak mudah bangkitlah! bangkitlah sayang .. jangan mudah mengalah sebelum berjuang. Sebab sekali kalah tak selama-lamanya kalah. Ingat setiap dugaan yang hadir itu bertujuan untuk mematangkan kita. Ahir kata Selamat Hari Chenta Hati Pertama yang ke 17 tahun. Mummy sayang anak mummy! Love


Thanks for Reading Wassallam.


Older Posts

HELLO, THERE!

Mummy Julia. Introvert. Live in Melaka. [For any collaboration and review email me @ julia_yana@yahoo.com]

LET’S BE FRIENDS

CARIAN NGOMELAN MUMMY

recent posts

Popular Posts

  • Pop Donna Melaka
  • Terima kasih Jari Manis
  • Cara Memindahkan Astro Dari Rumah Lama Ke Rumah Baru (Pindah Rumah) dan Caj Yang Dikenakan
  • Hero kecik vs mummy
  • Pengalaman Menghantar Anak Ke Sekolah Aliran Cina Selama 6 Tahun

Blog Archive

Powered by Blogger.

Blogger Awesome!

  • Blog Sihatimerahjambu
    Buah Berangan Pasar Malam
    2 days ago
  • In a Nutshell
    Hiking South Africa, Sepang
    3 days ago
  • lonesome traveler
    Daftar si bongsu di UiTM Bertam dan menginap di Inapan Taman Herba
    1 week ago
  • TINY ㋡ NA ㋛ SWEET
    Jamuan akhir tahun
    2 months ago
  • LeYa Blog
    Cerita Hari Ini... Telur Masak Lemak Cili Api
    2 months ago
  • Sayaiday - Blog Informasi, Resepi Dan Gaya Hidup Terkini
    Senarai Pengacara Melodi (1993-2026)
    2 months ago
  • www.mama-ble.com
    Financial Canvas : Belajar Urus Kewangan Dengan Cara Yang Kreatif
    3 months ago
  • Lya Johari
    Talam Dua Muka : Kawan Atau Lawan Dalam Selimut
    3 months ago
  • Farah Kreatif!
    Wordless Wednesday - Beratur Ambil Bantuan
    4 months ago
  • HASRULHASSAN.COM
    Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku
    6 months ago
  • Emarieys
    아이의 상상력을 자극하는 최고의 선물
    1 year ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula
    1 year ago
  • Huda
    Essential Travel Checklist: Must-Have Items for Your Trip to China
    2 years ago
  • Learning to be Kind, Not Judgemental
    Selamat Datang ke Kedai Buku Hyunam-Dong
    2 years ago
  • Siti Nurzafirah
    MEAL REPLACEMENT, KITSUI 39 SUPERFOOD
    2 years ago
  • Farah Dafri
    Kedai Bakery Ala Paris HALAL tapi dekat Kajang je?
    3 years ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    3 years ago
  • Scdha Sein Photo And Travel
    PAHANG - Genting Skyworlds Theme Park
    4 years ago
  • PROUDDUCK
    untied shoelaces
    5 years ago
  • Solenn Heussaff
    Our Boracay Station Zero Experience
    5 years ago
  • Ummul Azkee
    Flower Painting | New beginning in 2021
    5 years ago
  • Arz Moha
    Doa Menghindarkan Dari Perkara-Perkara Memudharatkan Seperti Wabak Penyakit dan Lain-Lain
    6 years ago
  • The Kasihs
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
    6 years ago
  • Titipan Bundawidya
    Pai Ayam (Chicken Pie)
    7 years ago
  • masam manis
    AYAM MASAK MERAH SEDAP SANGAT
    7 years ago
Show 5 Show All

Blogger Melaka Bandaraya UNESCO

  • fairus.com
    Pelanduk Putih: Simbol Penubuhan Kerajaan dalam Tradisi Kesusasteraan Melayu
    2 months ago
  • Chaza
    Harmoni Berbuka Di Dusit Princess Melaka Bufet Ramadan Istimewa 2026
    8 months ago
  • Julia Ali
    Menangi pakej umrah sempena Konsert 25 tahun Inteam Nur Kasih, Kembara Karya kerohanian
    11 months ago
  • Fizi
    Cara Dan Seni Buat Video Convert Sales Di Tik Tok
    11 months ago
  • Aida
    Salam Pembuka Bicara Tahun 2025
    1 year ago
  • Azura Rahman
    SOURDOUGH BANGGALI LOAF
    3 years ago
  • Hero Kecik
    Sihat Cara Rasullah
    3 years ago
  • Bonga Cengkeh
    Resepi Kari Ikan Bawal
    3 years ago
  • Fyda Haron
    Ekspedisi Bukit Gapis Melaka
    5 years ago
  • RORO
    TRIP TERINDAH RORO KE BROMO 2019
    6 years ago
Show 5 Show All

Labels

Life Style REVIEW Knowledge TIPS Recipe DIY Motivation MY LIFE

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates