Cara dan Teknik Menegur Anak Remaja Zaman Sekarang

by - August 19, 2018

Assallamualaikum...

Bila anak -anak dah semakin meningkat remaja ni, memang cukup susah kan kita nak menegur . Salah teknik boleh bermasam mukalah dibuatnya. Yang lagi parah mummy baca, ada sampai yang lari rumah bila salah tegur. Adoii mintak simpang malaikat 44. So mummy kongsikan salah satu perkongsian di facebook oleh "Ibu Rose-Mesejnya Kasih". Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita dalam membesarkan anak-anak yang semakin meningkat dewasa dalam dunia serba canggih ni.

Sumber Gambar : Mr Google

Soalan:

Salam Ibu, apakah cara yg paling berkesan menegur anak2 yg sdg meningkat remaja...


Jawapan

1- Hampiri dia. Secara fizikal dan secara emosi. Tapi jangan rapat sangat fizikal, kemungkinan dia tidak suka sebab pertalian anda dengannya dah renggang. Tapi jika tidak renggang, maka rapati dia.

2- Tanya dengan penuh ingin tahu apa kah yang menyebabkan dia melakukan sesuatu perkara yang salah itu. Jangan tanya kenapa, kerana soalan kenapa berupa soalan soal siasat - interrogative. Ini akan menyebabkan mereka merasakan anda sedang mencari kesalahan mereka.

3. Beri dia perspektif anda dan tanya bagaimana pendapatnya mengenai perspektif anda. Jika anda bijak, remaja anda sudah mula tersedar akan kesilapannya bila anda boleh memberi sudut pandang yang lebih luas kepadanya, tanpa merendahkan sudut pandangnya...contoh ayat..' Masa remaja dulu mak pun ada berfikiran seperti itu (jika ini memang benarlah)...tapi bila mak dah lebih melalui hidup baru mak nampak rupa-rupanya tidak begitu baik kita melakukan perkara itu....

Dengan cara ini anda membawa pendekatan berkongsi secara kawan dan bukan menjadi hakim yang menjatuhkan hukuman.

4. JANGAN sekali-kali menegur kesilapan mereka di hadapan orang.

5. Buat seolah-olah bertanya penuh minat nak tahu bukan menegur. Anak remaja menghargai kita bila kita menghargai perasaan dan pendapat mereka.

Remaja ni sebenarnya mudah menghormati kita bila kita menghormati mereka. Kerana pada usia ini mereka sangat dahagakan contoh yang baik. Mereka mencari IDOLA. Maka tidak hairan jika mereka mengambil ibu atau bapa mereka menjadi idola mereka.

Thanks for Reading! Wassallam.. 

You May Also Like

8 Comments

  1. Saya ada seorang anak perempuan. Memang mencabar didik mereka dari kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. Zaman sekrang ni mencabar sikit nak didik anak-anak. Tak macam zaman dulu kan..

      Delete
  2. kena apply tips ni kat anak dara kte la lps ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kena apply... Anak teruna mummy pun mummy akan gunakan teknik ni jugak..

      Delete
  3. zaman kanak2 tu penting nak membentuk tapi kalo da terlajak memang zaman remajala nak mengubahnya. parents jangan putus asa insyallah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Mudah-mudahkan . Zaman remaja adalah zaman yang paling mencabar buat semua ibu bapa..

      Delete
  4. no 4 tu memang aida amik berat.
    utk anak sendiri atau anak org lain.
    kena jaga air muka dia.
    bila kita tegur dia dgn hormat, sure dia akan ikot kata kita, in shaa Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mummy selalu jugak buat macam ni.. terutamanya dgn kawan-kawan kita. Air muka tu memang kena jaga takut jadi dendam. Kat depan orang mummy jeling je.. masuk kete je.hang siap! macam peluru berpandu..hahaha :P

      Delete