Blog Mummy Julia Sudah Berwajah Baru.. Finally!

08:36

Assallamualaikum...

Hyeee.. lama kan mummy cuti mengomel... so ada yang rindu tak? hahha #pasan . Bercuti dari blog je .. cuti kerja? takde maknanya, dok busy sokmo lagi adalah . Sampaikan tengok blog sendiri pun rasa cemuih ( Boring)  Lagipun wajah lama blog mummy tu dah lama sangat mummy guna ..bertahun jugaklah rasanya . Untuk header blog pulak , rasanya  4 or ke 5 mummy tukar .. So nampak tak mummy jenis manusia cepat bosan.. ahhha


Aritu terfikir jugak nak tukar wajah blog ni dengan mengupah someone yang lebih expert pasal layout, header dan juga templete... tapi bila dok fikir-fikir balik mummy ni jenis cerewet dan takut orang tu stress ngan mummy.. so mummy godek-godeklah sendiri kat google templete-templete blog secara percuma. Pastu belajarlah sikit-sikit macamana nak install. Mula-mula benak jugaklah otak mummy ni nak setting layout. Tapi buat relax-relax je lah... Bukan ada kejor dateline pun kannn....hhehee 

Website Templete Percuma 

https://gooyaabitemplates.com/
https://www.themexpose.com/
www.wix.com/blog/free


Nota : Ni antara website yang mummy download secara percuma.. Sebenarnya banyak lagi, tapi jenuh la nak godek semua.. pilih yang mana berkenan je...


Wajah Baru Blog Mummy


Lupa pulak apa nama templete ni... Nanti kalo mummy rajin, mummy ajar cara nak install templete blog ea.. Kalo rajin.. Kalo tak rajin korang tunggulah lagi 10 tahun yee..keh keh keh :P

Karikatur dalam blog mummy ni, mummy tempah dekat  www.instagram.com/olylukis . Satu orang/kepala RM 79.00 tapi mummy tempah waktu event so adalah ikit harga promosi . Karikatur tu hanya merangkumi 3 orang baju biru tu je ye.. Background , wording dan sebagainya mummy edit sendiri menggunakan photoshop dan juga illustrator. So ginilah hasilnya.

Actually mummy teringin jugak header yang slide-slide tu..aim lama dah... Tapi bila fikir balik berapa banyak gambar nak kena edit..eh! tak jadilah. Pakai satu header design sebagai trademark pun dah memadai. Biarlah slide untuk entry je jadi penghias dibawah header. Tu pun ok kan...? kan kan kan

Wajah Lama Blog Mummy


Untuk wajah blog mummy yang lama ni, mummy guna templete yang sudah sedia ada kat "Blogger Templete" ni . Mummy pilih jenis "Simple" sebab mummy suka yang background putih sebab senang loading dan juga tak berat... Reader nak view pun senang. Even dah tukar wajah mummy masih guna konsep yang sama. Simple! Tagline tu pulak, mummy create sendiri sejak mula-mula lagi menulis tahun 2011...  Sebab mummy kan suka mengomel macam sekarang ni..hhahha Bernanah telinga hero-hero mummy bila dapat mummy yang suka mengomel ni ye... hahha Nasiblah anak oii! hahaha :P

Untuk header yang lama ni pulak dari seorang pelukis karikatur di Melaka. Tapi lukisan dia hanya hitam putih je..so mummy edit dan warnakan lukisan tu, masuk wording dan juga background serta edit dengan size dan juga resolution yang sesuai untuk diloading di blog. Entah la mummy ni cukup suka dengan karikatur sebegini rupa yang bagi nampak sangatlah comel .Nak bukak blog pun hati berbunga-bunga tengok benda yang comel.. Nak letak gambar direct rasa macam ehh! malulah hahahah... nak letak wording , urmm rasa macam..ala simple sangat.. hahaha #gilobendacomel #gilopink 

So hopefully korang sukalah dengan wajah baru blog mummy ni...tapi wajah lama pun janganlah dilupa pulak , banyak jasa tu  menjadi peneman korang bila membaca kat sini. Comey kan..! hahha masuk bakul , angkat sendiri..kikiki

Thanks for Reading! Wassallam..

You Might Also Like

10 Comments

  1. Suka la dgn cara gunakan karikatur untuk penampilan blog Julia ni. Nampak keunikkannya sendiri. Moga terus maju dalam dunia blog Malaysia.

    Blog Hasrul Hassan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maceh HH.. Saja ja kami cari kelainan. Insya Allah mudah mudahan.. Moga ampa pun sama .. terus success!

      Delete
  2. trademark mummy mmg karikatur kan hihi..beza karikatur dulu dngn sekarang depa da tinggi lg dr mommy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... suka sangat benda2 seni ni..hheheh Tulah dulu kecik la ni, lagi besaq dari mummy... 10 thun lagi mau mummy mcm adik2 depa lak... hahah tu kalo mummy awet muda la.. hahaa

      Delete
  3. header tu Mummy buat sendiri eh ? karikatur tu.. hehehe menarikla tapi Mummy memang pandai lukis. cer suruh CT hahaha semua jadi orang lidi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Header tu mummy design sendiri je.. karikatur tempah ngan orang... Orang lidi pun kira seni jugak tau..jgn memain..hahhaha :D

      Delete
  4. cantik.
    fun. interesting.
    blog aida bosan! ha ha ha ha...
    terasa takde time nak edit.
    aida upah org aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macehh Aida... Ala sama je.. Mana da bosan hokay je mummy tengok.. Ala nanti free Aida godek je Mr google tu..Macam-macam ada.. :D

      Delete
  5. niceee..... tolong buatkan satu pleaseee....hihihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...