Buku Fisolofi Mak Singa (Zaman Berubah Fitrah Anak Sama)

by - August 21, 2018

Assallamualaikum...

First time ternampak buku ni.. oh! gosh menariknya.. Tapi waktu tu , nak beli takde hasillah pulak.. Budget ngam-ngam je untuk beli buku hero kecik . So jeling tajam je lah kat buku tu .. sambil dalam hati cakap " ko tunggu , aku dapat je gaji  aku rembat ko.." Tapi waktu tu, sempatlah jugak baca sinopsis buku ni. Kalau korang yang kenal mummy, mesti tau mummy memang manusia yang suka buku-buku berbentuk motivasi, kisah benar dan seangkatan dengannya. Bukan tak suka baca novel, tapi mummy takut dibuai perasaan  yang hanya sekadar dalam novel sahaja. In realiti mummy masih sorang jugakkk..hah! tepukkk ... tetapi in realiti takdelah dok sorang , tetapi mummy ditemani oleh 2 orang  bonzer yang selalu cakap mummy bimbo... haaaahaa ( Mummy must be annoying to make ur kids more happier! hahaha )

Hah! Kenapa mak singa.. bukan mak harimau... Nampak sama kan.. tapi tak serupa hokay. Sebenarnya hasil kajian oleh penulis dalam pembacaannya. 

Di zoo , tahap agresif  harimau dan singa adalah berbeza-beza. Harimau lebih bengis berbanding singa. Ini ditunjukkan dengan serangan harimau keatas singa secara tiba-tiba tanpa gangguan faktor luaran. Menurut pakar biologi, Craig Saffoe di Ankara, " Harimau lebih agresif. Mereka menyerang untuk membunuh dan mematikan . Manakala singa lebih bersifat  'membelasah' dan 'bermain' sahaja.

Buku ini ditulis oleh Anie Ajla . Korang boleh skodeng blog Anie Ajla ni ye.. http://filosofimaksinga.blogspot.com/  . Dalam buku ini juga korang akan diperbandingkan dengan cara didikan ibu bapa masa kini yg lebih banyak melahirkan 'tuan' dan juga didikan ibu bapa dahulu/kolot yang lebih kepada teknik "sekehlogi".. hahha bukan sekeh dengan menyekeh anak korang tau.. tetapi gaya tegas dalam mendidik anak "to get things done" seperti menyuruh anak membuat kerja-kerja rumah  dari kita buat kerja rumah / cara side income nak separuh mati tapi anak layan cerita korea terkangkang depan tv. gitewww... Tulah gaya perbandingan yang diceritakan dalam buku ini. Serius korang patut dapatkan buku ni. memang best! Semuanya lebih kepada pengalaman sendiri.


Sinopis


Buku ini sesuai buat mak yang keletihan. Mak yang percaya mereka akan pergi suatu hari nanti dan anak yang harus dilengkapi dengan ilmu kemahiran hidup. Mak yang tidak mahu anaknya menyusahkan orang sekeliling apabila dia sudah pergi bertemu Tuhan.

Tapi mengapa ‘singa’?
Ya, kita garang bukan dengan niat membunuh anak-anak.
Sakit kot beranak, ingat senang ke?

Niat kita hanya mahu menasihati dan mengingatkan anak-anak supaya mereka kenal adab dan disiplin. Menghormati dan berbudi bahasa kepada mak ayah dan orang sekeliling. Kuat daya tahan, bercita-cita tinggi dan jangan mengharap duit KWSP mak ayah.

“Filosofi Mak Singa adalah ilmu keibubapaan yang tidak akan jumpa dalam mana-mana buku keibubapaan zaman moden. Ia berkisar ilmu keibubapaan mak bapak kita dulu-dulu yang tegas dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.

Inilah buku yang memberi jawapan kepada mereka yang hendak tahu mengapa mak bapak moden hari ini melahirkan’TUAN’.”


Tip ringkas besarkan anak sepanjang zaman yang dipetik dari blog : Filosofi Mak Singa oleh Ajne Ajla.


Pengisian Agama. Solat dan Quran adalah makanan jiwa. Isi jiwa anak-anak dengan amalan ini sejak kecil. Duduklah New York, makan gadget atau tidur gadget sekalipun, pendidikan agama adalah wajib.


Akhlak dan Disiplin. IQ dan bakat adalah anugerah tuhan, tetapi akhlak dan disiplin adalah tanggungjawab mak ayah. Harus bermula dari rumah bukan taska dan bukan sekolah. Jangan subcont tugas ini pada maid, guru atau PM Malaysia.


Tanggungjawab. Budak-budak hari ini cakap besar sebab kasut sekolah dibasuh nenek. Beratkan bahu anak dengan tanggungjawab di sekolah dan rumah. Fitrah manusia, bila bahu terbeban, mulut otomatik terdiam.


Expectation. Ini amalan mak ayah luar negara, sebelum anak keluar rumah, diberitahu akan jangkaan mak ayah ke atas mereka. “Dah masuk sekolah, jangan bawa perangai buruk dari rumah. Dah pergi rumah jiran, jangan buat perangai tak semenggah.”


Anakmu, anakku jua. Nilai gotong-royong mendidik anak yang diamalkan oleh mak ayah lama. Sama-sama menjadi mata-mata gelap mak ayah lain demi menjaga keselamatan anak. Berlapang dada jika jiran mengadu, ambil masa untuk menyelidik. Jangan defensif tak tentu hala.


Didik dengan ilmu. Zaman berubah tetapi fitrah anak-anak tetap sama. Zaman berbeza dan cabaran hidup semakin tinggi, jadi didik anak dengan ilmu. Antaranya ilmu komunikasi, belajar mendengar sebelum anak pinjam telinga orang lain.

Apa-apapun mummy pun masih belajar menjadi ibu yang baik. Masih terlampau banyak yang salah dari segi didikan yang mummy lakukan. Bila tengok anak orang lain pandai-pandai, baik budi bahasa... alahai sejuknya hati. Tengok anak sendiri adoi asyik panas menggelegak je kejenya.. ahhahaa Tak kisah la.. apapun jua rupa dan perilaku dia, dia tetap anak kita, kita hadaplah... Cubalah jadi yang terbaik. Buat Ibu tunggal seperti mummy ianya tak semudah sepertimana yang disangka. Mempunyai dua pihak yang sering bertelangah dalam segala hal dalam membesarkan anak-anak.. oh! itu tidak mudah.. Tapi mummy akan berusaha sehingga berjaya.. Doakan ye..!

Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

7 Comments

  1. masih ookay tu Mummy rajin jugak membaca xpe x kisah genre apa. motivational books lagi bagus kot dari novel entah my personal view. hehe CT langsung tak minat da membaca. but kena juga baca.. so baca news jela banyak =)

    btw tajuk buku tu hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhaaha.. Dah jadi mak ni, malas mcmana pun kena jugak baca. Untuk tambah ilmu pengetahuan daripada kena goreng dengan anak sendiri.. hahaaha .. Baca paper pun hokay gak..lagi banyak ilmu..

      hhhhahahaha.. Kerana tajuk, ku jatuh cinta..hahaha :p

      Delete
  2. sgt suka dgn semua tips tu.
    didik anak cara kolot is the best lah kan MJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. mummy pun suka.
      Aaa mummy masih praktikkan didikan anak yang kolot sbb mummy refer ngan tok dan wan dorang didik mummy dedulu.. Siap boleh cerita pengalaman sekali..hehhe

      Delete
  3. and kita sama.
    tak ke arah membaca novel.
    lebih suka buku2 gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... mungkin faktor dah jadi mak mak kot..hahahaha Baca kalau tak dpat ilmu mcm buang masa je kan..hahhaa :P

      Delete
  4. Saya dah baca buku ni. Memang bestt! Suka suka suka 😊

    ReplyDelete