6 Tips Penjagaan Komputer Riba (Laptop)
Assallamualaikum...
Sudah menjadi kemestian bagi zaman sekarang setiap orang mempunyai satu laptop mahupun komputer destop. Guna ramai yang pandai, tapi jaga tulah yang masalah kan. Ada sesetengah orang tu , tiap-tiap 2,3 tahun tukar laptop.. perghh memang padu poket dia.. So yang tak berapa nak padu macam mummy..meh la kita sama-sama menjaga lapop atau komputer kita secara berhemah dan tahan lebi lama agar tak menyusah kan kita dikemudian hari.
- Elakkan daripada pengggunaan bateri berlebihan dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
- Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri
- Jika Bateri sudah habis dicas anda digalakkan menggunakan kuasa dari adapter
- Pastikan bateri berada dibawah 10 peratus sebelum dicas semula.
- Jika terlalu kerap dicas , bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga dibawah 50 peratus.
Papan Kekunci
- Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakkannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
- Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar supaya dapat mengelakkan butang kekunci rosak.
- Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingnan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakkan papan kekunci di komputer riba.
Skrin LCD
- Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
- Gunakan screen saver.
- Power management setkan pada ' Turn Off Monitor in... minutes."
- Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
- Jalan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan " Dead pixel".
Haba Panas
- Pastikan komputer anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
- Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
Surge Protector
- Fungsi sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
- Disyorkan untuk digunakan bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba.
- Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras ( HDD) dan punca kuasa (Power Supply).
Port
- Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
- Gunakan berus atau berus gigi lama.
- Pastikan suis dimatikan ketika membuat kerja-kerja pembersihan.
Thanks for Reading! Wassallam..
5 Comments
tips yang bagus ni
ReplyDeleteMummy.... serious ke lapy mummy kaler pink ang ang ni?
ReplyDeletewahhhhhh i like
Baguih tips yang Mummy kongsi ni.
ReplyDeletenice sharing Mummy. part yang haba tu penting kan macam2 skrng. minta jauhla benda tu..
ReplyDeleteletak something bagi ada udara nak lalu. lift sikit laptop =D
Hello mate great blog.
ReplyDelete