Bersiar-siar sekitar Banda Hilir Melaka Menaiki Kereta Kuda

by - March 13, 2018

Assallamualaikum...

Sabtu lepas selepas selesai makan tengahari di Dataran Pahlawan sempatlah hero kecik memujuk mummy untuk merasai pengalaman menaiki kuda. Pujuknya dah lama, tapi hari tu je mummy cair.. Tulah hero kecik tak berapa nak pandai  pujuk mummy.. lain kali sediakan satu bucket besar coklat cadbury barulah mummy cair.. hehehe #tipstacklemummy 


Hero kecik dan kuda yang bernama Kasturi

"Dik berapa sekali naik ?" Tanya mummy " RM 10 je kak" ..

Apa lagi macam cacing kepanasan la hero kecik nak naik. So selepas mummy bagi green light.. apalagi melompat kegembiraanlah dia. Hari-hari lalu depan opis mummy hanya mampu melihat je kuda dari kejauhan.. hari ni dapat naik .. mau tak suka. oklah kita bagi can kat hero kecik.. lagipun bukan selalu kan..

Ronda-ronda dihadapan Memorial dan juga Kota A Famosa

Kuda ni namanya Kasturi... Sebenarnya bukan naik kuda sekoq-sekoq tau , tapi lebih kepada kereta kuda sebenarnya.. Kereta kuda ni boleh memuatkan 4 orang dewasa. Perjalanan menaiki kereta kuda adalah disekitar jalan kota sehingga Balai Polis Pelancong dan patah balik sehingga Hadapan Memorial sehingga ke pit stopnya di Hadapan Muzium Rakyat ( Bangunan Warna merah sebelah Muzium Setem di Jalan Kota)

Lokasi Pembelian Tiket : 
Hadapan Muzium Setem ,
Jalan Kota Melaka

Bayaran : 
RM 10 dewasa / RM 5 kanak-kanak

Ronda-ronda di sepanjang Jalan Kota.

So kalau korang teringin nak naik kereta kuda bolehlah datang ke sini dan mendapatkan perkhidmatan menaiki kuda.  Lagipun tempoh perjalan menaiki kereta kuda ni tak lama mana pun , lebih kurang 10 hingga 15 minit sahaja. Sempatlah mata ni dihidangkan dengan pemandangan sekitar Jalan Kota yang penuh dengan muzium , kota A Famosa dan sebagainya... 

Thanks for Reading! Wassallam.. 

You May Also Like

7 Comments

  1. Assalamualaikum.. Salam perkenalan dari saya.. Done follow sini..

    Saya tak pernah cuba lagi naik kereta kuda.. Selalu dok naik beca je.. Bolehlah cuba lain kali ke Melaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sori lmbt reply.. Internet problems. Thanks ya..

      Nanti mai Melaka boleh cuba.. cipta kelainan..hehhe

      Delete
  2. Zumal pernah naik kereta kuda kat kuala perlis jer, tapi tak tahu masih ada ke tidak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa mcm ada lg je Zumal.. Nnati pi lah balik..hehe

      Delete
  3. best gak naik kereta kuda ni. tak jam n tak payah stop kat traffic light.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best!.. Tapi takleh naik ramai2 kesian dia.. Traffic light kena stop, takut kena langgar nanti..hehhe

      Delete
  4. Blh bg cont no sewa keta kuda tuk majlis perkahwinan?
    Contact me. Utgent
    0106579004

    ReplyDelete