Pameran Lagi-Lagi Gila Gila #LagiLagiGilaGila
Assallamualaikum....
Akhirnya dapat gak aku tengok pameran ni.. Asyik tengok hashtag je , sekali dapat offer tengok sambil kerja, apalagi memang tak dilepaskan peluanglah. Pameran yang diketuai oleh En Badrolhisham dan team . Pameran Lagi Lagi Gila-Gila adalah sebuah pameran yang diadaptasi daripada sebuah Majalah Humor Nasional yang pertama kali diterbitkan pada 1 April 1987. Siapa yang selalu baca majalah gila-gila ni konfirm akan teruja untuk datang ke pameran ni. Hehehe
Harga Tiket :
Free
Waktu operasi :
10 pagi-10 malam
Tempoh pameran :
14 April -17 Julai 2015
Lokasi :
Galeri Petronas , Level 3, Suria KLCC,
Petronas Twin Towers,
Kuala Lumpur
Website :
Lagi-lagi Gila-Gila adalah sebuah pameran yang menumpukan kepada terma intelektualiti yang melihat upaya intelek kartunis yang disampaikan melalui jenaka satirikal didalam mengutarakan pelbagai gambaran sinis dan menyindir isu-isi sosial , politik dan juga ekonomi serta persoalan-persoalan kemanusiaan. Terdapat 500 buah karya yang dipamerkan dimana pengunjung diperlihatkan bagaimana proses fikir dan pengetahuan para kartunis dipersembahkan didalam pelbagai strategi secara simbolik melalui parodi keberlangsungan budaya Malaysia.
Komik Gila-Gila yang pertama 1 April 1987 " Istimewa Nasib Si Bedul".
komik-komik edisi terawal juga dipamerkan.
Komik edisi pertama.
Watak Tarzan.. Ingat tak??
Hari ini dalam sejarah ( Puteri Gunung Ledang)
Bila aku baca komik pasal puasa dan raya ni... Bestkan.. Tetiba tergimbau-gimbau lak memori raya waktu kecik-kecik dulu.. Ishhh feling feling gitu!
Ni la watak yang paling aku suka kalo baca gila-gila ni... Tiga dara pinggitan...
Egg is telur, wood is kayu , when i tidur i ingatkan u..
Fenomena video
Meh baca lagi... Hahahaha dah takde modal nak tulis apa.. Kikiki
Terdapat pelbagai teknik pameran yang dipamerkan antara props-props komik dan diorama. Ianya bisa menarik minat pengunjung mengambil gambar disamping diupload didalam instragram/ facebook dan dihashtagkan dengan #LagiLagiGilaGila .
Sekaligus ianya dapat membantu bagi mempromosikan pameran ini secara tidak langsung tanpa mengeluarkan apa-apa budget. Antara orang yang paling kalut amik gambaq.. Aku lerrr.. Hehehe Almaklum la dah penat membaca . Bagi aku ianya tak ubah seperti selingan setelah penat tersenyum simpul setelah penat membaca komik yang dipamerkan.. ( gelak kang orang kata aku tak betui .. susah kang!.. Hahahha)
Sori darling lamaran mu ditolak sebab kamu hanya watak dalam komik tak real hokay :p
Antara karikatur -karikatur yang dilukis oleh pelawat dan dipamerkan dibahagian pintu masuk galeri sebagai kenangan.
Bagi yang suka membeli komik tu , souveniar shop kat pintu masuk tu ada jual macam-macam souveniar untuk dijadikan kenangan bagi dibawa pulang..apalgi cepatlahh pi.. Last 15 Julai ni tau.. Cepat!
Thanks for reading! Wassallam...
4 Comments
kat KL upenye...baru berangan ingat kt melaka...apesal time ko g mcm best je xde org hehe
ReplyDeleteAaa kat KL la Mas..ala bukan jauh nau pun.. Hehehehe free entrance tu.. Aku g sebab ari Rabu waktu orang keje.. So tak ramai la.. Weii pi cepat last 15 Julai ni..😊
ReplyDeletesuka baca komik gila-gila ni..x kering gusi di buatnya
ReplyDeleteKann syok baca komik ni.. Pastu gelak sorang2.. Memang patutla namanya gila2 , sbb kita pun dok gila membaca dan gelak sowang2.. Heheh
Delete