Teater Musical P.Ramlee " Dari Penang Ke Singapura"
Assallamualaikum..
Siapa itu P.Ramlee ?
Tan Sri Dr. P.Ramlee atau nama sebenarnya Tenku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon , penyanyi, pengarah , pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan juga Singapura. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 MAc 1929 pada pagi Hari Raya Aidilfitri . bapa beliau berasal dari Lhokseumwe, Acheh Indonesia dan telah berumah tangga dengan ibu beliau iaitu Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya Butterwoth, Pulau Pinang. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light , Penang . Seterusnya telah menyambung pelajaran ke Penang Free School sehingga Perang Dunia Kedua. Beliau juga pernah digelar sebagai " Seniman Agung Negara " kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau juga pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Asia ke-4, Tokyo ) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia ke-10, Tokyo ). Sepanjang hayat beliau , beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.
Idea tercetus untuk menyaksikan pementasan Teater P.Ramlee ni bermula apabila membaca entry daripada Blog : Siti Yang Menaip . Apalagi dengan pantas aku pun menggoogle info-info yang berkaitan. Paling penting harga tiket hokay.. Lagipun bukan selalu teater macam ni nak ada kat Melaka. Rugi weii kalo tak pi tengok. Mula-mula ingat nak pergi berfoya-foya menonton sorang-sorang, almaklum la tiket mahai tu.. ( Harga tiket bermula dari RM 85 -RM203 tu) ... tapi nak dijadikan cerita budak-budak yang pasan kacak ni dah nampak mummy dia dok survey ... so kena beli sekali la. Kalo tak sampai mati depa dok ngungkit. Matilah makkk.. #tepukdahi..amma!
Dua orang budak yang pasan kacak posing gaya Pak Nil. Pak Nil ni kan idola kanak-kanak. Apalagi bertambah excited la depa.
Tiket beli ye bukan free.. Aku beli kat sini Ticketpro.com.my , so dapatlah diskaun 10% bagi Maybank Cardholder. Aku try gak tengok harga tuk student, kata ada diskaun tapi harga semua sama je. Arghhhh halal je la jawabnya. Kang tak dapat lak, menyesal pulak kang. Aku beli yang RM 103 so after dis% RM 93 sorang. #nangis . Nak beli yang kat depan tak mampu makk.. belilah yang depan sikit dari seat belakang sekali. Almaklum la Adam ni tak berapa nampak sangat kalo belakang-belakang... ni pun dia dah bising.. hadoii..
Pementasan teater ni sebenarnya bermula pada jam 8.00 malam. Tapi disebabkan oleh VVIP yang datang lambat, hampir 1 jam setengah la baru teater bermula . Dah la dapat tiket free datang lambat pulak tuu , eeee tak suka tau! Yang kitaorang ni datang berbayar tau . So what u feel? Eee benci! Waktu ni Adam dah mula ngamuk.. nak balik.. nak balik.. Weii mummy stress oiii bila Adam dah mula merengek.. Tiket lak bukan murah, habis nak burn lagu tu. Memang tak arrr , kalo aku balik pun confrim aku mintak refund! Hampir 10.30 mlm teater baru bermula. #nangisdalamhatilagi
Bila teater hampir bermula pihak penganjur meminta penonton-penonton di row belakang ni pindah ke depan sebab ramai VIP yang tidak dapat hadir, so aku dengan pantas beredar ke depan. Ehhh.. yang lain tak berganjak pun, aku je berganjak.. Dah lemau la tu. Aku ni berganjak tuk puaskan hati anak-anak. Semua tuk anak-anak la. So dapatlah seat RM 203 tuuuuuuu... #senyumsikitwalauhatisakitpadamulanya
Babak P.Ramlee dan juga Azizah. Kekasih lama yang telah berpisah sebab Azizah memberi ruang kepada P.Ramlee untuk membina masa depan di Singapura.
Babak dalam train P.Ramlee dan sahabatnya Sukardi ke Singapura.
Babak perkahwinan P.Ramlee (Tony Eusoff) dengan Junaidah (Asmidar) , kakak kepada Junaina dan Anak kepada Uncle D'Harris ( Pak Nil) . Junaidah bercerai dengan P.Ramlee kerana Junaidah tak tahan dengan sikap cemburu yang ada dalam dirinya. Dia cemburu bila P.Ramlee ramai peminat dan selalu mendapat perhatian.
Perkahwinan kedua P.Ramlee dengan Norizan (Tiara Jacquelina) ni pun tak dapat bertahan sebab Norizan sunyi dan sering rasa terasing akan ketiadaan P.Ramlee yang sering sibuk dengan dunianya.
Saloma ( Nadia Aqilah ) .. Suara dia takyah cakap..memang power habis.
Adam tanya aku.. Mummy P.Ramlee tengah wat apa tu? Dia tengah buat skrip untuk filem Penarik Becha menggunakan Type Writer. Almaklum la budak-budak zaman sekarang mana pernah nampak type writer..hehehehe Alamatnya mummy kena selalu bawak pegi muzium laaa..
Babak pada hari pertama Filem Penarik Becha ditayangkan. Waktu ni P.Ramlee curi-curi tengok ikut pintu belakang panggung. Takut diserbu peminat katanya.
P.Ramlee dan Saloma sedang praktis lagu burung tebuk.. Lagu asalnya aku lupa...
Hamik ko.. punya la besaq mikrofon zaman dulu-dulu. Kalo terjatuh atas kepala mau mati katak dibuatnya..hehehe
P.Ramlee bermadu asmara dibawah sinar bulan purnama dan disinilah P.Ramlee melamar Saloma menjadi isterinya.
P.Ramlee dan Saloma kekal bahagia hingga ke akhir hayat P.Ramlee. Susah senang dihadap bersama.
Lirik lagu terakhir P.Ramlee .. " Airmata di Kuala Lumpur "
"Hidup sudah tiada bererti, zahirku hidup hai batinku mati,
Remuk redam hatiku hancur, Airmata di Kuala Lumpur "
#sedih
Al-Fatihah buat Seniman Agong P.Ramlee
Seriously ni teater yang paling best dari segi kronologinya, props , backdropnya, pakaianyanya, lagu-lagunya.. Memang tak bosanlahh .. Mukhriz yang selalu tido dalam panggung pun bole seronok menonton sampai akhir...
Kadang-kadang terasa rindu dengan dialog-dialog dalam filem-filem P.Ramlee seperti
" Walau rupamu tak ku kenali, tetapi lubang hidung tetap menjadi pujaan hatiku"
Filem Seniman Bujang Lapok
" Pah... butang baju aku mana Pah"
Filem Madu Tiga
"Annie ..Angkat kain dijemuran, hujan sudah turun "
Filem Pendekar Bujang Lapuk
" 1 utk engkau.. 1 untuk aku, 2 utk engkau, 2 untuk aku, 3 untuk enkau, 3 untuk aku.. lepas 3 apa? hentam sajalah untuk kau , hentam sajalah untuk aku, lepas hentam sajalah ...bedallah untuk engkau, bedallah untuk aku......ee dalam dunia mana ada huruf bedallah , ehh dalam dunia mana huruf bedallah untuk kau ..ehh dalam dunia mana huruf bedallah untuk aku.... .."
Filem Nujum Pak Belalang
" Jamil..Jamil kusangka kan dua rupanya tiga ya..!"
Filem Madu Tiga
"Kasim Selamat .. Siapa itu Kasim Selamat? Lawyer? Masjistret? Ahli Muzik ? Memang pantang nenek moyang aku Ahli Muzik.. Anak tidak mengenang jasa"
Filem Ibu Mertuaku
Seriously ni teater yang paling best dari segi kronologinya, props , backdropnya, pakaianyanya, lagu-lagunya.. Memang tak bosanlahh .. Mukhriz yang selalu tido dalam panggung pun bole seronok menonton sampai akhir...
Kadang-kadang terasa rindu dengan dialog-dialog dalam filem-filem P.Ramlee seperti
" Walau rupamu tak ku kenali, tetapi lubang hidung tetap menjadi pujaan hatiku"
Filem Seniman Bujang Lapok
" Pah... butang baju aku mana Pah"
Filem Madu Tiga
"Annie ..Angkat kain dijemuran, hujan sudah turun "
Filem Pendekar Bujang Lapuk
" 1 utk engkau.. 1 untuk aku, 2 utk engkau, 2 untuk aku, 3 untuk enkau, 3 untuk aku.. lepas 3 apa? hentam sajalah untuk kau , hentam sajalah untuk aku, lepas hentam sajalah ...bedallah untuk engkau, bedallah untuk aku......ee dalam dunia mana ada huruf bedallah , ehh dalam dunia mana huruf bedallah untuk kau ..ehh dalam dunia mana huruf bedallah untuk aku.... .."
Filem Nujum Pak Belalang
" Jamil..Jamil kusangka kan dua rupanya tiga ya..!"
Filem Madu Tiga
"Kasim Selamat .. Siapa itu Kasim Selamat? Lawyer? Masjistret? Ahli Muzik ? Memang pantang nenek moyang aku Ahli Muzik.. Anak tidak mengenang jasa"
Filem Ibu Mertuaku
Barisan pelakon yang telah menjayakan pementasan Teater Musical P.Ramlee ni dan mendapat tepukan gemuruh . Semua penonton berdiri dan memberikan tanda hormat kepada semua yang terlibat. So aku bagi LIMA BINTANG sebab teater ni membuatkan Mukhriz ajak aku tengok lagi., walaupun Adam tido dibabak-babak yang terakhir. Yelahhh dah pukul 12.00 malam waktu tu. Dorang yang pada mulanya nak amik gambaq ngan Pak Nil pun tak jadi. So aku teruslah balik sebelum Adam terus mengamuk.
Thanks for reading! Wassallam
18 Comments
MJ, kak ana pasti ia satu pengalaman yang menyeronokkan :)
ReplyDeleteItu sudah semestinya Kak Ana...:D
Deletenmpaknya byk sambutan..
ReplyDeleteYup! sambutan cukup menggalakkan.. :D
DeleteWow. Bestnye. Saya memang minat P.Ramlee. Cerita dia kalau ulang banyak kali pun tak bosan.
ReplyDeleteAaa memang best pun Diyana..ni tgk pun tak puas rasa macam nak tgk lagi je.. Hehehe
Deletewah bestnya Mummy.. I alls xdapat p pun kat penang ni...sob..sob.. cik Ct update lambat... hahaahaa
ReplyDeleteAa best sgt! La awat tak habaq nak pi.. Bole mai Melaka, nanti mummy tggu kat sini.. :D
Deleteaku teringin gak nak pegi...siap dah amek no fon bagai..iklan kan melambak otw aku nak g opis...tapi membayangkan nak angkut kenit aku tu...
ReplyDeletetp nasib baik jugak tak pegi wei...kalo 1030 baru nk mula..
mmg amukan la kang anak aku..
Tulahh kalo ada budak kecik sikit, susah sikit.. Kena lak malam.. Hadoi memang menjadi hal nanti kang.. Tp kalo Zarif ok ni hal la. Lgpun dlm tu aircond.. Senang dorang tidoq.
DeleteTapi bab start lmbt tu.. Eeee memang aku geram sungguh. Dah la dtg lmbt.. Masuk2 bukan tgk teater tp layan phone. eee sakit hati sungguh aihh...
Seronoknya pi tengok teater.
ReplyDeleteDapat pulak upgrade seat ;)
Citer2 P Ramlee memang best kan.
Sekali tgk teater confirm falling in love..! Tu la sib baik.. So puas hati la tgk bila dpt tgk kat seat depan.. Clear la nampak abg Remy mummy... P.Ramlee the best!
DeletePart2 dah nak akhir tu best...
ReplyDeleteYg mana ..? Yang mana...? Tang yg filem produksi kena tutup dan P.Ramlee pindah KL tu ker? Tapi semua part akhir memang best.. Tp mummy suka lirik lagu Airmata Kuala Lumpur tu.. Memang menusuk perasaan..
DeleteMummy.... ooo.... Mummy... Boleh tak SS nak request... Mummy tuko cara nak komen kat blog Mummy ni ke user friendly skit... Sebab SS nak reply komen2 orang lain kat sini... Keh Keh Keh...
ReplyDeleteBaeklahh akan mummy godek2 templete blog ni ya.. Walaupun xreti, tapi akan cuba diusahakn demi SS.. Gituuuuuuu.. Hehehehe
DeleteHaaaa... Ini macammmm laaaaaa Mummy.... Torrrrbaikkkkk!
DeleteHahahahaa :p
Delete