Pesta Masakan Warisan 2015

by - October 01, 2015

Assallamualaikum... 

Tak jawab dosa :D hehheheheehe jawab muahciked!.. ;)

Melaka yang suatu ketika dahulu terkenal sebagai pusat perdagangan terpenting menjadi tempat berkumpulnya para pedagang dan hasil dagangan berupa rempah ratus, kain dan pelbagai hasil hutan selain menjadi pusat pertembungan dan perkembangan budaya dari seluruh Nusantara dan pelbagai negara. 

Bertepatan dengan slogan Melaka Di Mana Segalanya Bermula , program  yang berteraskan masakan tradisional telah di adakan pada 18-20 September 2015 di sekitar Jalan Kota, Banda Hilir Melaka. Pesta ini bermula seawal 10 pagi sehingga 6.00 petang . Selain itu juga pesta ini bertujuan untuk memelihara dan mempertahankan masakan dan makanan warisan Melaka daripada agar tidak terus dilupakan . Disamping  merancakkan lagi kedatangan pelancong ke Melaka bersempena dengan kempen Year of Festival 2015.

Pelbagai acara akan dirangka khusus untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat dan para pelancong agar resepi dan rupabentuk makanan tersebut dikenali dan digemari ramai. Penganjuran program kali ini adalah buat kali yang kesepuluh sejak tahun 2004 dan ianya diubah menjadi medan serta membuka mata dan minda masyarakat Melaka dan Malaysia amnya untuk terus berbangga dengan makanan tradisi yang berupaya menjadi aset pelancongan negara. 

Terdapat pelbagai jenis booth yang menghidangkan pelbagai jenis menu masakan dari Masyarakat yang terdapat di Melaka seperti Baba Nyonya, China, Melayu, Chitty, Singh, Portugis, Chitty dan juga India. Pihak homestay dan  Muzium-muzium seluruh Malaysia juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam pesta ini. 

 Ni tukang-tukang masak dari Booth Muzium Melaka. Hebat-hebat masakannya..hehhehee tapi sebelum masak posing la dulu kan.hehehe

Yang kecik-kecik ni mummy upah jaga booth. Nanti props mummy hilang susah..hehheheeh Tolong jagakan lesung batu dan cili giling mummy je walaupun lesung batu dan cili giling tu lagi besaq dari dorang.. Pastu mummy upahlah makan Masak Asam Ikan Tenggiri . hehehe

 Masak apa tu..? Menu hari pertama masak lomak cili padi perut lembu dengan nangka.Yummy! Gambar masok lomak, takdan mummy nak amik gambaq, bila datang balik tinggal periuk je. Cisss kempunan mummy tau..:D

 Ni ketupat. Tau tak..? kalo tak tau,memang berat. Makan ngan Sambal ikan bilis dan kelapa goreng..perghh sedap tu.

Lawatan pelajar-pelajar dari Kelantan yang sedang mendengar celoteh sambil menjamu selera dari Chef di Booth Carjen. Penaja rasmi Pesta Masakan kali ni.

 Booth Homestay Kampung Alai. Asam Pedas Tetel.

 Antara menu-menu masakan yang dihidangkan untuk pelawat yang datang ke pesta pada hari itu.

 Booth Lembaga Muzium Pulau Pinang. Cantik props!

Char Keaw Teow dan Air Mata Kucing , menu yang dihidangkan oleh Lembaga Muzium Pulau Pinang. Sedap ooo. Char Keaw Teow dan Air Mata Kucing RM 2 je... perghhh dah la sedap, murah lak tu..

 Acara selingan . Tarian kebudayaan oleh Jabatan Kebudayaan Negeri Melaka dan ISMMA

 Gimik perasmian. Apa ea nama benda alah ni,  lupalahh. Hadoii

 Demontrasi Masakan oleh Chef Jemputan

Aktiviti-akti sampingan seperti Joget Lambak, Pertandingan Mewarna, Susun puzzle , conteng batik dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang dihidang sempena pesta kali ini.

 Upacara memotong pulut kuning sempena 10 tahun Pesta Masakan Warisan pada tahun ini.

 Antara tetamu yang hadir. Macehh na mai Pn Siti dan Dr. Marian.

 Tetamu-tetamu VIP yang sedang enak menjamu selera.

 Ais Kepal di Booth Jabatan Warisan.

Sepak Raga Bulatan. Hebat dua orang pemain wanita. Kalo mummy mau patah riuk dibuatnya.hehehe


 Posing ngan Bos Besaq Muzium Pulau Pinang.


 Geng Sahabat Muzium. Macehh na mai Kak Nora dan Kak N.

Pesta Masakan kali ni sempat meraikan staff Muzium yang kebetulan mengadakan majlis perkahwinannya pada hari yang sama pesta berlangsung.  Mummy je takdan nak menepung tawar. huaaa.. Apa-apa pun Tahniah wat Hafiz dan juga Umairah. Moga kekal bahagia hingga ke jannah. OOooo diam-diam ea korang bercinta. hehehe 


Peace yo dari poyografer pada hari itu. Terima kasih gak wat Myra yang sanggup tunggu mummy sampai habis event. Tahun depan mai lagi na. :D

Thanks for reading! Wassallam.

You May Also Like

34 Comments

  1. wassalam mummy :)

    (belum baca entry lagi ni ... jawab salam dulu)

    ReplyDelete
  2. Bestnya program camni... macam2 ada ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn sekali sekala ada event besaq macam ni memang syokk.. tapi paling syokk dapat makan free.. keh keh keh :D

      Delete
    2. Tang free tu memang ohsem ^-^

      Delete
    3. Kannnn... Lalalaaaaalalaa bahagianya donia!

      Delete
  3. meriahnya la hai, macam-macam acara ... dengan rumah kayu bagai, memang menarik ... makanan mesti sedap-sedap ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah sampai sakit pinggang la dibuatnya. Setiap booth props dia lain2 ikut negeri dan masyarakat, so memang menjamu mata dan menjamu perut sungguh la..hehehehe

      Delete
  4. tertarik dengan gambar girl dua orang tu ... especially props tu la, besau nya la hai lesung batu tu ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnn model tak berbayar tu memang comey... ada gak kawan2 mummy yang tertipu tang lesung batu dan cili giling tu, padahal pakai polystren je pun..hehehehe :P

      Delete
    2. erkkk ... tertipu juga. hahaha ingatkan real. patut la besau benor :p

      Delete
    3. Hehehe ... Tipah tertipu rupanya.. :P

      Delete
  5. Lalu tabik hormat dulu... Nanti mai balik...

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam mummy, wak ingtkn curi je berdose., harhar2.,
    chantek gambar2 semua, prop pon lawa, models sumer pon jeliterr., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keh keh keh .. Tak jawab salam pun dosa jugak tau.. :p

      Ala mana mungkin bole lawan wak.. Pic mummy biasa2 aja.. Supermodel ngan lesung batu dan batu giling tu memang superb la wak.. Tak bole ditandingi.. ;)

      Delete
  7. seronoknya mummy..pelbagai sajian yang ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa memang seronok kak Ana.. Lagi lagi makan chemey.. Memang lah..boncit pewott mummy.. :p

      Delete
  8. seronok nya, akak pun suka ni program macam ni masak2 makan2 heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann kak nor.. Tambahan pula dpt makan free, lg lah syokkk! Ni acara tahunan , thn depan ada lg.. Nanti mummy bgtau k..:)

      Delete
  9. Mummy, xdan pun nak dating ngan Mummy masa kat penang.. Mummy pun balik mai sat sangat...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehhee xpa mummy paham..Next time na.. Alaaa kalo balik lama2 kang , tak pasal lava gunung berapi bos meletus lak.. Jenuh mummy nak sauk.. Hehehe

      Delete
  10. Comeynya Poyograper tu..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak Poyoprafer sedang tersipu-sipu malu ni.. Keh keh keh :P

      Delete
  11. waalaikumsalam......ais kepal tu unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Kak Yan... tu style org dulu2 makan ais kepal... skrg dah convert jadi ABC..hehhee :D

      Delete
  12. wow..bestnya pesta ni..hehe..btw, done follow #28

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe.. Best Pesta Makan-makan...

      Thanks Siti...

      Delete
  13. bilaaaaa la Penang nak buat pesta makanan !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tggu mummy jadi Menteri Besar Penang na.. Hahhahahaha

      Delete
  14. masyarakat Chitty? mcm mana tu...mummy ada snap pic masakan dari masyarat Chitty tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa masyakat chttty.. Xpe nanti mumy buat satu entry pasal masyarakat Citty ni.. Ada kot, kena check balik sbb pic tu byk sgt..

      Delete