The Straits Melaka Hotel & Suites di Melaka

by - October 25, 2016

Assallamualaikum..

Cuti sekolah yang baru lepas ni,  mummy agak sibuk ditambah pula keadaan diri yang tak berapa nak sihat.. so nak bawak hero-hero bercuti yang jauh-jauh pula memang tak terdayalah kan .. So mummy plan yang dekat-dekat je...

So untuk mencari solution yang mudah, pantas dan bijak.. gitewww! Lepas habis cuti je mummy bawaklah hero-hero ni bercuti  di dalam Melaka. Ala sehari je pun.. tu pun tido kat hotel je. So kenalah cari hotel yang murah tapi bestkan. 

Kali ni mummy pilih The Straits Hotel and Suites yang terletak di Melaka Raya, Banda Hilir Melaka.. Dari rumah mummy dalam 15 minit je dah sampai. Hehehe 

The Straits Hotel and Suites

Sumber Gambar : Mr Google


Kenapa mummy pilih The Straits Hotel and Suites ni? 

Sebab....? Ianya terletak di tengah-tengah Bandar Melaka, nak access kemana-maan pun senang. Nak ke Bangunan Stadhuys, Mahkota Parade , Dataran Pahlawan , Tempat makan, Muzium, Taming Sari , Jonker Street, Kota Middlesburg , Kota A Famosa, Pirate Park , naik beca dan sebagainya .. Semua ada! bole jalan kaki je especially korang ni memang jenis yg tak suka hadap jem macam mummy... Jalan je menelusuri Jalan Kota tu.. macam-macam ada. Tempat makan pun senang.. 

Jenis-jenis bilik

Terdapat pelbagai jenis bilik yang ada kat sini. Deluxe Twin, Deluxe King, Premier Suite ataupun Straits Suite. Tapi disebabkan mummy pergi hanya dengan hero kecik mestilah Deluxe Twin jadi pilihan kann.. Nanti kalo mummy nak honeymoon baru mummy pilih bilik lain wokay .. ehhh tetiba lak ?! 

Deluxe Twin Room



Wow cekci tak bilik mummy..? Dari bilik air boleh nampak keseluruhan bilik. Walaupun saiznya tak besar mana , tapi bilik ni nampak luas sebab penggunaan kaca yang memisahkan antara katil dan juga bilik mandi.


Kat bilik ni jugak ada disediakan Kitchen Kabinet  


Mummy untung sebab dapat bilik berviewkan Kolam Mandi Hotel Novotel. segar je mata dapt tengok lelaki-lelaki gagoh bermandi-manda. ehh! termelalut pulak.. opss maafkan mummy.. hahaha :p


Peti Keselamatan / Peti simpan duit pun ada disediakan . Almaklum la korang datang Melaka mesti nak bawak duit berkepuk-kepuk tuk shoppingkan so korang  bole simpan kat situ. Hehheehe. Hero kecik buat simpan phone dan selipar dia je. Katanya tulah barang paling berharga dia. Hahha Bertuah punya anak!

Swimming Pool

Masa menginap kat sini, mummy  dan hero kecik kejenya berendam je. Habis luar dalam kecut! ehh.. yelah sampai 3,4 jam berendam mau tak kecut.. hahahha :p  :p

Best view ! dari swimming pool  dari tingkat 23 ni.   Hampir keseluruhan Banda Hilir boleh kita nampak termasuklah Laut Selat Melaka. Masjid Selat pun bole nampak jugak tau.. Jangan main-mian. Amacam teruja tak?  


 Bila Jaws datang menyerang.. Larikkk


Posing anak beranak

Kedalaman air sama rata 4 meter setengah. Tuk anak-anak kecil tu boleh je korang standby pelampung, walaupun pihak hotel ada sediakan pelambung tuk pengunjung yang mandi manda disitu.

Lagipun kat sini swimming pool ni ada bumbung.. so korang takyah nak tempek sun block banyak-banyak sebab tak panas pun. Cuma kena standby angin sepoi-sepoi meniup badai .. jenuh menggigil je lah.. Nak keluar kolam pun takut.. hahaha Alasan kukuh tak nak kluaq pool. Keh keh keh  :p

Cafe

Cafe Hotel ni terletak ditingkat 3. Breakfast kat sini je , Free tuk 2 orang makan . Untuk tambahan hanya perlu bayar RM 28 per person.  Suasana dia cosy je.. makanan yang dihidangkan pun variety..  So mummynya agak kelabu mata nak pilih makanan.. hahaha .. Mummy ni pergi mana pun memang kelabu mata manjang.. hhahhaa :p



Gym

Buat korang yang suka lepak hotel je tanpa jalan-jalan  bole lepak kat gym. .. Walaupun sizenya kecil tapi oklah nak mensadokan badan tu kejap kann.. Senang je nak cari.. sebelah cafe je pun. Hehehe :)


 Sebab tak bawak baju sukan.. so kita posing je lah kat sini sementara menunggu hero kecik test semua peralatan yang ada..hehhee

Lari dik..lari...

Untuk senarai harga bilik korang boleh
layari websitenya iaitu :

Kalau nak datang Melaka tu baik booking -booking cepat-cepat. Sebab kalau walk in memang takut takde bilik je.. Almaklumla banyak cuti yang bakal menyusul tak lama lagi.. Cuti Deepavali la, Cuti sekolah la, Cuti Krimas la, Cuti Birthday TYT la.. hehehe 

 Untuk senarai harga bilik-bilik yang terdapat di Straits Hotel and Suites boleh layari :

Thanks for Reading! Wassallam

Love, Mummy JA



You May Also Like

9 Comments

  1. Wow..menarik gak hotel ni ya Mummy.. nti klu kesana, nak usha gak hotel ni.. siap ada kolam sekali ye mummy. Memang anak2 suka lah.. berendam 3, 4 jam..lamanya... haha..hari tu masa gi Bandar Melaka menginap kat The Explorer Hotel, kecil sangat bilik nya.. nak gerak pun susah.... amboi anak bujang tu, selipar pun masuk peti besi?? hahaha..lawak anak bujang mummy :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalahh... bilik ni pun takde la besar mana..cuma effect cermin tu memang nampak besar.. Nanti boleh test hotel ni sbb ada pelbagai jenis bilik.. hero kecik memang macam tu.. over manjang.. hahaha

      Delete
  2. menarik juga hotel ni, kalau ke melaka boleh cuba. sekarnag melaka semakin menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaa dah byk pilihan hotel kat Melaka ni... tempat yg menarik pun banyak.. Jemputlah dtg.. hehee

      Delete
  3. Wahhh memang best hotel macam ni. Bilik pun luass :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaa nanti dtglah Nani.. nanti mummy tggu kat tol ea.. hahaah

      Delete
  4. eh eh orang busy dah kembali =p

    hehehe bestnyaa swimming pool dia. boleh masuk dalam list ni kalau balik Melaka. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahh.. kena gagahkan jugak menulis, kang berabuk jenuh nak kemas .. :p

      Aaa hotel ni swimming pool dia memah best!

      Delete
  5. Bercuti dekat dekat pon ok mummy... janji namanya travel!

    ReplyDelete