Movie Review : KL Special Force 2018

by - March 14, 2018

Assallamualaikum...

Hujung minggu selain membasuh baju , mengemas rumah dan lain-lain kejaan.. Sudah semestinya melayan hero kecik dengan pelbagai permintaan.. Dari 8 Mac lagi dia dah countdown nak tengok movie KL Special Force. Sabaq ja lah mummy.. padahal mummy tak perasan pun ada trailer movie kat kaca televisyen. Tang mana dia tengok pun mummy tak tau..

Terkesan dek kata-kata " Kalau duduk Malaysia tengoklah cerita Malaysia, kalau duduk oversea barulah tengok cerita oversea.." ciss! Dibahasakan pulak mummynya..

Selepas di paksa dan dijanjikan manisnya madu .. hahha ( Belanja tiket wayang la ) tetapi akhirnya sampai je panggung segalanya punah , bila dia kata.. Mummy nah RM 10 , mummy bayar tiket Adam je tau.. Tiket mummy mahal la.. cehh kalo tau janji hanya tinggal janji baik mummy layan Tomb Riders.. hish hish hish nyosal mak! hahhaaha :p


Tiket mummy RM 16 melayang dibawa angin.. dengan hasil movie yang seperti sudah dijangka akan jalan ceritanya. Awal-awal lagi dah rasa macam kelakor.. Scene " Ada rompakkan yang dilakukan oleh geng Anakis ... Inspektor Lan yang dibintangi oleh Rosyam Nor mengeluarkan kata-kata yang kurang professional dari seorang anggota polis , pastu peliknya lagi Geng Anarkis yang keluar dari bank yang dirompak boleh slumber je keluar bank dengan kereta kalis peluru tapi tak terus jalan tapi stop sekejap nak tembak polis.. hey what the story weii! Padahal boleh je jalan terus.. takyah penat-penat bazirkan peluru dan bom nak letupkan anggota polis.. hahaha so kawan mummy , Min dah start keluarkan phone main games.. hahaha puihh...

Ok ni mummy sinopsiskan sedikit jalan cerita mengenai  movie " KL Special Force" 

Mengisahkan dua pegawai polis yang bersaing dalam membenteras rompakan di kota raya yang didalangi oleh Geng "Anarkis" yang semakin menjadi-jadi. Disebabkan oleh kes rompakan ini ramai anggota polis dan orang awam yang telah terkorban diatas kecekapan geng Anarkis dalam meloloskan diri dari ditangkap oleh pihak polis. DSP Roslan yang dibintangi oleh Rosyam Nor telah diarahkan bagi menangkap ketua Geng Anarkis iaitu Asyraff yang dibintangi oleh Syamsul Yusoff yang tak habis-habis nampak smart dari awal hingga habis cerita. Kira perompak paling smart la abad ini. Macamana gaduh dan buat pelbagai aksi sekali pun masih nampak smart sokmo .. musykil musykil.. hahaha

Disebabkan oleh kegagalan Inspektor Lan menangkap Geng Anarkis , SUPP Azmi mengarahkan seorang lagi Anggota iaitu Inspektor Zul yang dibintangi oleh Fatah Amin bagi bergandingan bahu dengan DSP Roslan bagi menyelesaikan perkara ini. Namun terdapat pelbagai perselisihan paham antara dua anggota ini yang disebabkan  oleh ego masing-masing. 


Terdapat jugak konflik keluarga Inspektor Lan didalam movie ini . Malahan watak Tania Hudson sebagai tunang Fatah Amin dan juga anak kepada CEO Bank yang dirompak  dalam cerita ini juga tidak berapa membantu langsung.. baik letak Fazura... hahhaa Comey pun comey .. hahhaa #fattzura.. sekurang-kurangnya nak jugak tengok Lofa komen apa pulak.. ehh! Tetiba.. hahaa

Apa-apa pun okaylah.. Rasa mummy baik lagi cerita Polis Evo , J Revolusi malahan Tomborio lagi best dari cerita KL Special Force... 

Scene-scene tembak menembak, letupan bom , kereta terbalik , kejar-mengejar dah biasa-biasa sangat dalam movie -movie Malaysia ni.. Namun ending movie agak menarik dan bermain dengan teka teki . Sedikit seronoklah , mummy mula-mula ingat Rosyam Nor jahat..eh! Tetiba rasa macam Fatah Amin jahat tapi.. nak tau kenalah tengok sapa yang jahat sebenarnya kenalah tengok . Walaupun hakikatnya takdelah "WOW" sangat . Malahan telinga ni agak bingit dengan Rosyam Nor yang kejap-kejap naik angin dan terjerit-jerit dalam movie ni. Panggung pulak sunyi je, takde gelak tawa , takde rasa terpegun bagai.. Overall mummy kasi 7/10 bintang..kalau korang tak caya baik tengok sendiri.. hehe Okay jumpa lagi di next review movie akan datang.. 

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

8 Comments

  1. lepas nih tengok Lee Chong Wei pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhah.. Tak mau sbb tak suka sukan..kikiki

      Delete
  2. Ramai kata cerita ni best. Tak berpeluang lagi nak pergi tengok hee. InsyaAllah soon.
    Blog updated.https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/bersyukurkah-kita.html

    ReplyDelete
  3. Teringinnya nak tengok KL Special Force ni

    ReplyDelete
  4. hahaha, saya rasa movie ni not bad, tapi banyak aura filem New Police Story.

    ReplyDelete