Movie Review : Black Panther 2018

by - March 01, 2018

Assallamualaikum...

Hari ahad hari tu memang plan pun nak tengok wayang, tapi bila tengok harga..mak aihhh awat mahal sangat sampai RM 18 sekeping tiket, terus plan bertukar ke hari rabu yang tiketnya lebih murah iaitu  RM 9.50 sahaja seorang . Tak pernah-pernah buat perangai macam ni tau.. Cheapskate betulkan mummy! .. hahaha :P

Rabu 5.25 petang , tengok wayang kat mall baru iaitu Elements Mall. Cian hero besar dan hero kecik terpaksa bekal baju siap-siap nak tengok wayang . Sebab kitaorang kena tengok selepas pukul 5 dah wajib balik sebelum pukul 9 malam sebab hero-hero mummy ada home tuisyen. Nasib baik waktu tayangan hanya 2 jam 15 minit sahaja.  Lagipun waktu ni je lah mummy dapat tengok wayang ngan hero-hero, kalo weekend hero-hero dah terbang macam rama-rama.  Jenuh nak sauk nanti rama-rama tu..hahaha :P


Sinopsis Ringkas Mengenai Filem Black Panther.


Black Panther ni merupakan kesinambungan daripada filem Captain America : Civil War yang mengisahkan tentang cabaran yang harus dihadapi oleh T'Calla . T'Calla merupakan raja baru di negara Wakanda setelah kematian ayahnya T'Chaka dalam CA : Civil War tu... kematian ayah T'Calla ini disebabkan oleh letupan sewaktu sedang berucap  satu majlis didalam sebuah bangunan.

Sebagai seorang Raja yang baru menaiki tahkta , terlampau banyak halangan yang wajib dihadapinya dan ianya tidak semudah seperti mana yang disangka. Terutamanya menyambung kesinambungan pemerintahan ayahnya disebuah negara seperti Wakanda.

Memerintah di sebuah negara yang disangka sebagai negara pertanian oleh negara luar , Wakanda sebenarnya mempunyai kekayaan dan kemajuan teknologi yang begitu canggih didunia. Namun disebabkan oleh kecanggihannya itulah, T'Challa haruslah berhati-hati didalam menjaga keselamatan negaranya, takut terdedah serta mengundang bahaya kepada negara dan juga rakyatnya sekiranya diketahui akan kekayaan itu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.








Babak-babak konflik mula timbul apabila logam yang paling berkuasa di dunia iaitu ‘vibranium’yang dimiliki oleh negara Wakanda  telah dicuri oleh pihak-pihak antagonis yang ingin melihat dunia menjadi huru-hara. Vibranium boleh diproses menjadi senjata yang cukup berbahaya dan tidak boleh ditandingi oleh senjata-senjata lain. Namun permasalahan itu muncul, disebabkan oleh masalah yang timbul oleh kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya sebelum ini. Ayahnya sebelum ini yang terpaksa membunuh adiknya sendiri bagi menjaga keselamatan negara Wakanda yang ingin menjual "vibranium" kepada negara luar. Namun tindakan ayahnya yang membiarkan anak kepada pak ciknya itu membesar seorang diri ditempat asing  telah menimbulkan dendam yang hampir memusnahkan Wakanda.

Kini, T’Challa terpaksa menyelesaikan segala  komplikasi yang timbul akibat perbuatan jahat ayahandanya itu. Namun lawannya kali ini bukan calang-calang namun ianya sama seperti T’Chala, lawannya itu turut mewarisi darah Black Panther, tetapi penuh dengan dendam dan kebencian.


So nak tau kesudahannya tengoklah sendiri ye..! hahha :P



Apa-apapun filem ini lain daripada yang lain yang mengetengahkan golongan kulit hitam sebagai hero. Sehingga hero kecik mummy tanya " Mummy kenapa semua pelakon ni sama je ?!" hahahaha...( rasa macam nak gelak satu panggung hokay) So mummy jawablah nampak je sama..tapi lain da...:p Dah nama berkulit gelap, kena pulak semua botak..mau hero kecik tak confius...hahha :p

So plot cerita ini lainlah sikit walaupun jalan ceritanya agak klise dari cerita-cerita avengers sebelum ini , namun menariknya ia menonjolkan golongan kulit hitam dari golongan Kulit Putih sebagai hero seperti Iron Man, Captain Amerika , Hulk dan lain-lain lagi.

Filem ini juga amat bagus kerana ianya menyemai semangat patriotik didalam filem agar sayang kepada negara kita sendiri. Elakkan penindasan dan tidak terlampau mementingkan diri.

So sapa yang tak tengok lagi haruslah ke panggung wayang yang berhampiran. Sebenarnya mummy ni kena paksa tengok sebab hero kecik kata kita wajib tengok semua cerita avengers tau .. hahaha #paksarela so  untuk review kali ini mummy bagi 8.5 bintang sebab awal-awal je hero-hero banyak soalan, dah masuk 15 minit semua pakat khusyuk.So cerita bestlah kan..kalo tak semua dah tidur..hahha


Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

9 Comments

  1. Siqah tak berminat tengok filem ni sebab dah agak boring dengan filem Marvel. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhaha... takpe okay je, citarasa org kan lain2..heheh

      Delete
  2. hahahaha
    semua nampak sama
    adesss
    lawak kejam disitu
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..kekejam yang tak terlihat gitew dekk mata kasar..hahaha :P

      Delete
  3. Teringin nak tengok sebab zumal ni peminat marvell

    ReplyDelete
  4. Sha suka filem ini.. Kelainan pada hero tu bagus..

    ReplyDelete