Senarai Penuh Pemenang Anugerah MELETOP Era 2018 (AME 2018)

10:42

Assallamualaikum..
Berakhir sudah debaran Anugerah MELETOP Era 2018 ( AME 2018) ada yang suka , ada yang tak suka. Menang dan Kalah itu adat bertanding. Bagi Anugerah MELETOP 2018 yang telah berlangsung di Axiata Arena , Bukit Jalil semalam dan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro Prima Jam 9.00 Malam tadi.
Walaupun penuh dengan kontrovesi Neelofa telah berjaya mempertahan takhtanya selama 2 tahun berturut-turut sebagai Top Top Meletop Wanita 2018. Manakala Khai Bahar  berjaya memenangi Top Top MELETOP Lelaki Khai Bahar. 



Pemenang Anugerah MELETOP Era diadili melalui undian secara online dan juga SMS oleh peminat-peminta mereka. So kalau korang minat tapi tak voting   memang tak menanglah artis-artis pujaan hati korang. Malahan kebanyakan artis yang berjaya pada malam tadi bukan dinilai dari segi bakat tetapi dinilai dari segi populariti dan kontrovesi. Apa-apapun tahniah buat semua yang berjaya. Disini disenaraikan semua artis yang berjaya pada malam tadi.

SENARAI PENUH PEMENANG AME 2018

Top Top MeleTOP Lelaki: Khai Bahar
Top Top MeleTOP Wanita: Neelofa
Anugerah Fesyen MeleTOP: Neelofa
Artis Baharu MeleTOP: Farah Nabilah
Anugerah Couple MeleTOP: Jep Sepahtu & Sari Yanti
Anugerah Si Cilik Mele TOP: Arif Jiwa Ashraf
Program Radio MeleTOP: Johara Pagi Era
Grup/Duo MeleTOP: Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
Penyanyi MeleTOP: Khai Bahar
Lagu MeleTOP: Bayang (Khai Bahar)
Program TV MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2017
Drama TV MeleTOP: Red Valvet
Hos MeleTOP: Nabil Ahmad
Artis Lawak MeleTOP: Zizan Razak
Pelakon MeleTOP: Neelofa
Bintang Filem MeleTOP: Nur Fazura
Filem MeleTOP: J Revolusi
Penyampai Radio MeleTOP: Johan (Era)
Anugerah Khas MeleTOP: Datuk Harjit Singh Hullon

Setiap pemenang yang berjaya dihadiahkan trofi dan juga RM 5000 seorang dan bagi Artis Top Top Meletop Wanita dan Lelaki memenangi RM 10 000 beserta trofi.

Thanks For Reading! Wassallam..

You Might Also Like

0 Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...