Produk Serai Wangi kini diberi nama baru iaitu Swipel

by - April 15, 2019



Assallamualaikum..

Korang pernah dengar produk serai wangi.. hah! La ni dorang telah rebranding semula nama Serai Wangi dengan nama Swipel. Singkatan kepada nama “ Serai Wangi Insect Repellent ”. Swipel ini adalah dibawah syarikat  AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd. Salah satu syarikat sebagai pengeluar pertama di Malaysia yang mengeluarkan produk penghalau serangga dan pembersih berasaskan serai wangi sejak tahun 2006 lagi. 


Baru-baru ini Syarikat Afy Haniff telah melangsungkan majlis penyampaian hadiah bagi pemenang Cabutan Akhir Buy and Go serta majlis penjenamaan semula jenama Serai Wangi kepada Swipel. 

Antara produk dibawah syarikat Afy Haniff dibawah jenama Swipel adalah semburan penghalau serangga  , pencuci lantai ,  kiub anti tikus dan kiub anti lipas, lilin penghalau serangga dan minyak pelita penghalau serangga yang boleh dirangkaian pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Mydin , Tesco diseluruh Malaysia. Malahan produk-produk ini juga telah mendapat tempat dipasaran luar seperti Brunei ,Thailand , Singapura dan juga Sri Lanka. Bukan itu sahaja, produk ini juga boleh didapati secara online didalam website Lazada dan juga Shopee. 



Kenapa “Swipel” ?

Swipel merupakan singkatan kepada Serai Wangi Insect  Repellent yang bermaksud Serai Wangi Penghalau Serangga. 

Didalam majlis ini juga,  Syarikat Afy Haniff juga telah melancarkan beberapa produk baru yang dirasmikan oleh Exco Pertanian , Pembangunan Usahawan , Koperasi dan Industri Asas Tani Melaka , YB Norhizam Hassan Baktee bersama Pengarah Urusan Afy Haniff iaitu  En Amirul Firdaus Bin Yunus dan Ketua Pegawai Operasi Afy Haniff iaitu En. Muhammad Wahiduzzaman Bin Yunus .

Gimik Pelancaran Produk Terbaru Keluaran Syarikat Afy Haniff

Packaging terbaru produk Serai Wangi atau Swipel

Perasmian selepas pelancaran produk

Serahan cenderamata kepada YB Norhizam Hassan Baktee


Tandatangan plak perlancaran produk

Pengarah Urusan Syarikat Afy Haniff En Amirul Firdaus Bin Yunus


Dua (2) produk baru tersebut adalah: 

Plash
Sabun pencuci tangan yang hanya mengeluarkan foam yang banyak dengan ramuan semulajadi yang wangi serta dapat menghilangkan bau dan minyak . Malahan ianya juga mudah untuk dibilas. Ianya juga mampu melembab dan melembutkan tangan yang merupakan salah satu sebab yang wajib korang cuba . Ini memberikan kelainan jika dibandingkan dengan produk-produk lyang terdapat dipasaran dimana sekiranya digunakan berulang-kali mampu  merosakkan kelembutan tangan korang.  Terdapat dua perisa iaitu Sweet Sakura dan Fresh Aloe. 


40 Days
Merupakan sabun pencuci pinggan  yang dapat menghilangkan kesan minyak dengan mudah serta mudah dibilas tanpa memerlukan air yang banyak sesuai dengan Kempen “Save Water” . So ianya sangat membantu buat semua suri rumah dan juga sura rumahtangga diluar sana. Kini kerja mencuci pinggan mangkuk kini lebih mudah dan pantas kan.. Terdapat dua perisa iaitu Serai Wangi Lemon serta Pandan Lime . 


Menariknya mengenai produk ini juga ,  ianya  boleh didapati dalam packing bersaiz kecil yang boleh dijadikan sebagai door gift didalam majlis-majlis seperti perkahwinan , keramaian dan sebagainya dengan harga yang cukup berpatutan. 


Didalam Majlis Pelancaraan Penjenamaan semula dan Pelancaran produk Afy Haniff , majlis itu turut meraikan   Pemenang -pemenang peraduan Cabutan Akhir Tahun Buy and Go  dengan kerjamasa penajaan Syarikah Ukhwah Harmoni Travel and Tour Sdn Bhd. Hadiah utama bagi peraduan ini merupakan pakej umrah untuk dua orang yang bernilai hampir RM 12 000. Ianya telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Harmoni Travel and Tour Sen Bhd  iaitu Ustaz Haji Mohd Farid Haji Ishak . Majlis ini juga telah berlangsung di Mahkota Hotel Melaka .


Ketiga 
( Air Fryer Khind)
En. Ahmad Helmi Abd Kadir Selangor


Kedua 
( Motosikal Honda Wave Alpha 110)
Lee Chien Hang Perak

Pertama 
( Pakej Umrah untuk 2 Orang)
Rossana Binti Zailani
Kuala Lumpur 

Pemenang Saguhati

Zizie Aina Anak Rigus
Kuching , Sarawak

Soo Yaw Tze 
Kota Kinabalu, Sabah

Hairuladzhat Bin Mohd Hendi
Kota Bahru, Kelantan

Nor Shamimi Bt Muhamad
Seremban, Negeri Sembilan

Muhammad Safuan Bin Abdul Rahman
Marang, Terengganu


Waktu majlis ni sempat jugalah berjumpa dengan blogger Melaka iaitu Chaza. Asyik whatsApp ja.. ni baru dapat peluang jumpa face to face.

Bergambar bersama-sama dengan rakan-rakan media.

Thanks for reading! Wassallam..

You May Also Like

4 Comments

  1. Produk sangat bagus guna di meja makan dan lantai untuk menghalau serangga di rumah..

    ReplyDelete
  2. tadi cari serai wangi Utk bersih meja makan. Minta anak ambilkan. Tengok pelekat berbeza drp yg dulu. Masuk dalam rumah baru perasan, barangan serai wangi keluaran syarikat lain. Hu hu...kedai anakku tak jual product
    Afy haniff..adakah pengedarnya tak sampai????

    ReplyDelete