Tips kulit flawless dan putih dengan Vitamin C

by - November 26, 2019

Assallamualaikum


Nak tahu  tips untuk kulit flawless dan putih yang Mummy amalkan?  Mummy amalkan Vitamin C setiap hari. Vitamin C mengandungi antioksidan semula jadi. Untuk mengelakkan oksidasi daripada merosakkan sel kulit, kita boleh cegah dengan pengambilan vitamin C. So, Vitamin C mampu untuk repair dan memperbaharui sel kulit kita, kulit akan rasa lagi moist tau. Dan ia juga merangsang penghasilan kolagen so nampak lah flawless dan putih. Sebab tu orang kata Vitamin C ni penting. Kalau kolagen didalam sel kulit kita tak cukup, nanti wajah kulit cepat  berkedut dan nampak kusam je. Kebelakangan ini, I start consume BiO-LiFE Nat C ni  yang mengandungi 1000mg Vitamin C dengan formulasi 6 dalam 1 yang penuh dengan antioksidan semula jadi. I rasa kulit I start lebih putih dan flawless. Just nak share, 1 hari badan kita boleh mengambil sehingga 2000mg Vitamin C tau!

Sejak dari kecil, parents mummy amat mementingkan pengambilan buah-buahan, sayur -sayuran dan pelbagai jenis makanan yang sihat bagi mengekalkan kulit yang cantik, tegang, halus dan dari menjaga ketahanan antibodi badan kita dari sebarang penyakit . Dan yang penting mestilah nak cantik kan, tapi kalau cantik je tapi kusam pun tak best jugak kan! Hahhaha... Tapi penat jugaklah nak telan itu ini,  semata-mata nak kulit cantik kan. 

Tapi lagi penat kalau kita perlu mengambil 32 biji buah oren bagi sebiji kapsul 1000gm vitamin C. Yelah nak kulit yang cantik dan sihatkan. Amalkan vitamin C je..Vitamin C ni penting untuk penghasilan kolagen dan protein yang menjadikan kulit dan tubuh kita sihat. Walaubagaimanapun, tubuh kita tidak mampu untuk menghasilkan Vitamin C itu sendiri kecuali daripada sumber makanan .

Seiring dengan peredaran zaman, vitamin C semakin mudah cara pengambilannya. Ada yang melalui secara suntikan , tablet yang dimasukkan didalam minuman dan pelbagai lagi cara. Kandungannya vitamin dalam setiap kali pengambilan juga berbeza -beza.. ada yg 500gm dan 1000 gm. 
Namun baru-baru mummy telah ditemukan  dengan Vitamin C daripada Bio Life.  Menariknya Vitamin C dari Bio Life ini pula jika nak dibandingkan dengan vitamin C lain yang terdapat dipasaran adalah ianya mengandungi asid ascorbik. Asid Ascorbik in merupakan vitamin yang larut air yang banyak melibatkan banyak proses biologi dan di samping mampu melindungi sel didalam badan kita daripada kerosakan dan penyakit tertentu.

Apa keistimewaan BiO LiFE Nat C 1000?

BiO-LiFE Nat C 1000 ni banyak istimewanya tau sebab ianya diformulasikan 6 dalam 1 yang penuh dengan antioksidan semula jadi ! Antaranya mengandungi 1000 mg vitamin C serta diperkayakan dengan bioflavonaid sitrus , rutin, hesperidin , rosehip dan acerola. Nat C ini juga direka khas untuk memberi kesan asid yang rendah untuk melindungi saluran gastrousus (GI).  Wah menarik kan! Bioflavonoids pula sekiranya ditambah dengan vitamin C ianya mampu memudahkan penyerapan optimum dan asimilasi vitamin C.

Di dalam badan kita juga , vitamin C mampu bertindak sebagai antioksidan yang melindungi sel dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Antara orang yang mudah   terdedah kepada radikal bebas  adalah seperti mereka yang terdedah dengan  persekitaran asap rokok, pencemaran udara dan juga cahaya ultraviolet dari matahari . Bukan itu sahaja vitamin C ini juga penting bagi penghasilan kolagen dan ianya mampu menjadikan kulit kita bertambah cerah dan berseri-seri.


Siapakah yang disyorkan 
untuk mengambil Vitamin C ini?


  1. Individu yang mahukan  kulit wajah yang cantik dan berseri-seri.
  2. Individu yang amat mementingkan dan ingin mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Apakah dos yang disyorkan?

  1. Dewasa : Satu (1) tablet setiap hari dengan makanan atau seperti yang disyorkan oleh ahli farmasi.
  2. Anak (6-12 tahun) : Satu (1)  tablet setiap hari lain dengan makanan atau seperti yang disyorkan oleh ahli farmasi .
Produk yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia boleh didapati di mana-mana farmasi seperti Caring, Guardian, dan Watsons . Dan yang paling penting ianya HALAL ok.

Sekiranya perlu, dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi. Jangan bimbang, kajian telah menunjukkan bahawa paras pengambilan yang dibenarkan untuk Vitamin C, khusus untuk orang dewasa adalah 2000mg/sehari. 

Thanks for Reading! Wassallam

You May Also Like

1 Comments

  1. bagus amalkan consume vit C ni. Kalau dalam bentuk tablets ni mudah sikit nak consume hari hari :)

    ReplyDelete