Safi Youth Radience Anti Aging and Whitening Essence .

by - December 10, 2019

Assallamualaikum..

Semakin meningkatnya usia, penjagaan kulit wajah kita juga semakin penting dan perlu dititik beratkan didalam penjagaan harian. Salah satunya dengan pilihan produk yang tepat bagi penggunaan aktiviti harian dalam penjagaan kulit wajah bagi menggelakkan penuaan sebelum masanya.


Baru-baru ini Safi telah mengeluarkan Safi Youth Radience  yang merupakan jenama rangkaian produk anti penuaan gabungan teknologi Saffron Gold dimana ianya rupakan kombiasi manfaat ekstrak herba mewah saffron, Nano Gold , Beetox dan Lipo Vit-C didalam produknya. Dimana hasilnya akan membuatkan kulit wajah tampil lebih muda , cerah berseri dengan formulasi terkini.

Dengan pengambilan yang teratur daripada rangkaian inovasi kecantikan produk safi yang terbaru yang telah dibuat penyelidikan dan pembangunan produk oleh Safi Research Institute makmal produk penjagaan kulit Halal  terbesar di dunia yang telah beroperasi di Malaysia. Ianya juga telah diuji bebas minyak mineral, bebas alkohol, bebas paraben  serta tidak diuji keatas haiwan. 


Safi Youth Radiance ini menawarkan dua jenis produk iaitu Safi Youth  Radience Anti Afing & Whitening Essence  dengan Nano Gold 24K & Saffron dan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Nano  Gold 24K dan Saffron. 

Setiap satu produk ini  berfungsi dan mampu  melawan masalah penuaan  kulit dari faktor luaran , mengurangkan garis halus, mengecilkan pori  serta mengekalkan keremajaan  kulit agar cerah berseri.

2.
2. Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C. 

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan Nano Gold 24K diperhebatkan dengan manfaat nutrisi mewah ekstrak saffron, Beetox dan Lipo Vit-C . Ianya diformulasi berasaskan air Safi Youth Radiance Anti Aging and Whtening Essence diperhebatkan dengan asid Hialuronik yang mengunci  lembapan dengan lebih mendalam. Sehubungan itulah ianya mampu mempertingkatkan kadar kandungan air didalam kulit sekaligus mengembalikan keremajaan dan keanjalan kulit wajah muka korang.

Produk 2 dalam 1 ini juga mampu memberikan penghidratan segera , menghaluskan pori serta membantu untuk menyerapkan manfaat produk yang seterusnya dengan lebih baik. Ianya juga diperkayakan dengan teknologi Saffron Gold , Safi Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence membantu mencegah masalah penuaan luaran dari dalam lapisan kulit , membaiki struktur kulit dengan mencerahkan kulit sekaligus melambatkan proses penuaan.


Ianya mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti :-
  • Ekstrak Saffron : Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah.
  • Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran.
  • Hialuronik Asid : Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam.
* Produk ini telah diuji secara dermatologi.

Cara Penggunaan 
  • Tuangkan dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan.
  • Sapu dan ratakan produk diwajah anda.
  • Urut lembut dengan hujung jari secara bulatan sehingga meresap sempurna.
  • Untuk hasil yang lebih optimum, gunakan poduk bersama Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser.
HARGA : RM 55.90 (100 ml)



2. Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Beetox Technology , Saffron Gold & Lipo Vit-C.

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ini kaya dengan Nano Gold 24K & Saffron yang telah diperhebatkan  dengan manfaat nutrisi ekstrak Saffron , Beetox dan Lipo Vit-C. Ianya juga dirumuskan  untuk menjadi ringan , tidak melekit dan tidak berminyak untuk penyerapan cepat ke dalam kulit.

Serum ini juga mampu menyerap dengan lebih dalam bagi merawat dan melembapkan kulit anda dalam satu aplikasi . Gel krim ini akan bertukar menjadi butiran kristal saat dianya diaplikasikan pada kulit wajah bagi menjadikan ianya lebih lembut, licin dan lembap.

Ianya juga mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah kecantikan kulit seperti :-
  • Ekstrak Saffron : Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah serta menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah.
  • Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan juga pencemaran.
  • Vita-B3: Ianya akan memperbaiki rona kulit wajah yang tidak sekata serta mengurangkan garisan halus dan kulit kusam.
*Produk ini telah diuji secara dermatologi.

Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser telah terbukti:-
  • 67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik.
  • 75% peningkatan kadar pencerahan kulit.
  • Berdasarkan ujian klinikal , dengan penggunaan rangkaian Safi Youth Radiance secara berterusan.
Cara Penggunaan:-
  • Sapukan produk diwajah dan leher.
  • Urut lembut dengan cara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air.
  • Teruskan mengurut dengan lembut sehingga sempurna .
  • Untuk hasil optimum , gunakan produk ini bersama Safi  Youth Radiance Anti Aging & Whitening Essence.
HARGA : RM 55.90 (40gm)

Semua produk Safi boleh didapati secara mudah dirangkaian farmasi seperti Watson, Guardian dan Aeon Wellness diseluruh Malaysia.  Untuk maklumat mengenai produk serta promosi terkini dari SAFI , korang boleh layari laman web SAFI www.safi.com.my , laman facebook SAFI www.facebook.com/SAFI.MY dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia
Thanks for Reading! Wassallam..

You May Also Like

1 Comments