Abam Bocey Meninggal Dunia
Assallamualaikum..
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ.
أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Difahamkan arwah Abam Bocey (Syed Umar Mokhtar) mengalami demam dan sakit kepala beberapa harı yang lepas namun bila diajak kehospital arwah menolak. Namun semasa dikejutkan untuk solat Subuh pagi tadı difahamkan arwah telah tiada oleh isteri arwah, Hidayah. Berita pemergian ini telah dikongsikan oleh rakan baik arwah iaitu Fad dan juga Achey melalui instagram masing-masing.
Rasa macam tak percaya atas kehilangan Abam Bocey pagi ni. Seorang pelawak yang berbakat besar, seorang anak yang baik dan seorang artis yang cukup baik dimata aku. Kehilangan cukup menyentap rasa hati ni sekejap. Sebab aku pasti orang yang pergi dulu ni, Allah cukup sayang dan cukup baik budi pekertinya. Sebab tu Allah amik dulu..
Semoga arwah Abam Bocey tenang disana. Al-Fatihah..
Thanks for Reading! Wassallam..
2 Comments
Semoga rohnya dicucuri rahmat
ReplyDeleteAl-fatihah
sgt minat abam.
ReplyDeletesedih atas kehilangan dia.