Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Covid-19 dan Cara Mencegahnya
Assallamualaikum..
Semakin harı semakin kritikal wabak mengenai Covid -19 yang menyerang seluruh dunia sehingga baru-baru ini Mekan dan Madinah juga tidak terlepas dengan wabak ini. Katanya ianya berpunca dari negara China yang suka menikmati hidangan exotic seperti kelawar. Yang Sudan sedia kita maklum ianya tidak boleh dimakan.
Apa itu Covid-19?
Ianya merupakan keluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SAR-CoV. Covid-19 ini juga merupakan sejenis virus baru yang belum pernah dikenal pasti atau dikesan pada manusia. Penyakit ini boleh berjangkit dari individu ke individu melalui titisan pernafasan ataupun sentuhan. Mesti ada yang keliru apa itu Covid -19 dan juga SARS-CoV-2 tu kan?! ok... Covid-19 tu nama penyakit dan SAR-CoV-2 dan MERS-CoV tu nama virusnya.
Covid-19 tu adalah singkatan kepada Corona Virus Disease 2019. SAR-CoV-2 tu adalah singkatan kepada Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2.Virus SARS-Cov-2 tulah penyebab kepada penyakit Covid-19. Kenapa nama SARS? Sebab virus ini membawa masalah yang sama kepada manusia ( iaitu sistem pernafasan) sepertimana SARS yang dahulu.
Kalo nak lagi faham, contohnya HIV dan AIDS . HIV tu virus yang menyebabkan pengidapnya mengidap penyakit AIDS. HIV tu virus dan AIDS tu nama penyakitnya.
Covid-19 tu adalah singkatan kepada Corona Virus Disease 2019. SAR-CoV-2 tu adalah singkatan kepada Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus 2.Virus SARS-Cov-2 tulah penyebab kepada penyakit Covid-19. Kenapa nama SARS? Sebab virus ini membawa masalah yang sama kepada manusia ( iaitu sistem pernafasan) sepertimana SARS yang dahulu.
Kalo nak lagi faham, contohnya HIV dan AIDS . HIV tu virus yang menyebabkan pengidapnya mengidap penyakit AIDS. HIV tu virus dan AIDS tu nama penyakitnya.
Tanda dan Gejala
- Batuk
- Demam
- Susah Bernafas
Sekiranya anda mempunyai gejala ini
- Sila pakai penutup hidung dan juga mulut
- Jangan ke tempat kerja /sekolah dan tempat awam.
- Dapatkan rawatan segera
Cara mencegah jangkitan CoronaVirus
- Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
- Kerap mencuci tangan dengan air sabun atau bahan pencuci tangan (Hand sanitizer)
- Amalkan tutup hidung dan mulut ketika batuk dan bersin.
- Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (mask) serta bahan pencuci tangan (hand sanitizer) untuk digunakan apabila perlu.
- Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergaja seperti diatas.
- Elakkan melawat ke ladang haiwan , pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan atau menyentuh sebarang jenis haiwan.
- Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan yang mentah /tidak dimasak dengan sempurna.
Siapa yang berisiko untuk dijangkiti?
- Pengendali kenderaan awam (contoh penarik beca, pemandu bas persiaran)
- Pemandu Pelancong
- Pekerja hotel
- Polis Pelancong
- Rakyat Malaysia yang baru pulang dari China atau negara lain yang telah dijangkiti.
- Bekerja ditempat tumpuan pelancong.
Langkah pencegahan lain yang perlu anda lakukan.
- Pemantauan kesihatan sendiri- Lakukan pemeriksaan suhu badan berkala.
- Dapatkan rawatan segera jika mempunyai tanda-tanda jangkitan salur pernafasan seperti demam , batuk dan sukar bernafas.
- Sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat sekiranya anda berurusan dengan individu berisiko dijangkiti COVID-19 ( Contoh pelancong warga China yang mempunyai simptom jangkitan salur pernafasan.
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
0 Comments