Sayur Brokoli Sebenarnya Banyak Ulat, Rendam Cara ini untuk menghapuskannya.
Assallamualaikum...
Brokoli oh! Brokoli.. Tengok cantik je berbunga-bunga hijau dan segar, sekali hamik kau. Jenuh kira ulat halus-halus tu. Mummy perasan lately ni ramai yang mengamalkan menu sihat termasuklah memakan brokoli ni. Tapi korang tahu tak? sebenarnya dalam brokoli ni banyak ulat tau! So lepas ni jangan dok gatal-gatal rebus half cook kunu then terus makan. Basuh dulu bersih-bersih barulah boleh ngap!
Untuk membuang ulat-ulat halus ini, beginilah cara yang betul untuk membersihkan brokoli:
- Masukkan brokoli yang telah dipotong ke dalam campuran air dan cuka. Biarkan terendam lebih kurang 15 minit. (Dalam tempoh itu, anda akan dapat melihat ulat-ulat ini timbul di permukaan air. Bilaskan dan barulah boleh dimasak)
- Satu cara lain adalah dengan merendam brokoli dalam air garam selama 30 minit hingga 1 jam. Kemudian dibilas seperti biasa.
- Selepas dibersihkan dengan cara ini, barulah sayur hijau ini boleh dimasak. Jangan sesekali abaikan cara pembersihan yang betul dan terus menghidangkannya kepada keluarga.
Sumber : Fieza Nelson
1 Comments
biasa order makan kat kedai tomyam tu xtaula dorg cuci sebersih2nyer.. huhu
ReplyDelete