Ciptalah Kenangan Sementara Masih Ada Buat Anak-Anak
Assallamualaikum
Kadang-kadang kita hampir terlupa dalam mengejar kemewahan dunia, kerjaya dan lain-lain impian sehingga benda-benda simple seperti menyuap anak makan yang dirasakan sangat remeh temeh untuk dijadikan selingan indah dalam kehidupan harian kita. Sebab tulah mulai hari ini korang kena buat, jangan dah terlepas baru nak menyesal. Even mummy pun adakalanya terlupa jugak bila sibuk. Cuma nasib baik mummy ni spesis malas nak keluar rumah. kalau boleh nak berkepit je dengan anak-anak. Walaupun anak-anak ni kadang-kadang kaki buli, kaki sakat , kaki wrestling , kaki gaming., ehh macam2 kaki lah. Asalkan kaki tak naik ke muka sudahlah. Memang tamparan maut mummy kasi... hahahaha.
Oh! Mummy ni memang suka suap menyuap ni tak kiralah makan kat umah atau makan kat kedai (orang keliling jeling je , yelah dah suap anak-anak level anak bujang, mau orang tak jeling .. ahhaha).
Mummy ni pun bukanlah level ibu-ibu peyayang, lemah lembut mahupun baik hati. Kadang-kadang kejam gak, terutama sekali bab bangun tidur dan solat. Dah banyak sangat hanger patah dibuatnya. Dikalangan kawan-kawan, mummy ni terkenal ngan temper dan garangnya. Tapi garang bertempat ye. Dan mostly akan bercakap bila perlu je. Tak penting baik diam.. Tapi bila kat rumah tune tu ubahlah sikit .. garang+manja+gedik+garang manja+ eh! Macam-macam la.. Paling penting kuat membebel.. Membebel kan tandanya sayang bak kata Ustaz Ebit Lew. So tak perlu nak jadi manja untuk manjakan anak-anak sekali sekala.
Dengan anak-anak je mummy agak manja dan suka buat benda simple ala romantik. Contohnya panggil dengan panggilan sayang ( ingat En.somi je boleh dapat title tu.. no no no, anak pun boleh la) suap makan, membebel , lepak atas katil mummy sambil citer aktviti harian kat school, peluk anak, buat workout sama-sama, jalan pimpin tangan even takat lintas jalan waktu pi pasar borong giteww. Bukan nya perlu bunga , kad dan hadiah sokmo sepanjang masa. Yelah waktu kecik memang boleh lah sebab dorang masih seronok belajar mencuba, dah besaq mampuih la dorang nak buat. Habis kuat .. “Happy Birthday Mummy” dan paling sadis .. “HB mummy” rasa macam nak kasi penampaq! Hahahaha. Mula-mula tu sentap jugak anak-anak tak ingat.. tapi kenalah cuba blend dengan usia dorang. Anak pompuan bolehlah layan jiwang romantis kita.. anak laki brutal weyy..
Arini teringat lak nak tulis pasal suap menyuap tanda sayang ni. (Adoi lupa lak nak tulis apa.. Hero tanya soklan habih lupaaaaa.. adoiii!) Hah! Arini 3 pinggan mummy suap dorang. kebetulan mummy cuti arini sebab rasa badan dedau nak demam sebab semalam cabut gigi bongsu . Masak simple jer pun Ayam Masak Kicap peberet hero besaq. Masuk umah je, hero kecik dah jerit mummy masak ayam masak kicap ea.. hahaha, sampai boleh hafal bau masakan mummy tau. Hahaha Kehidupan kitaorang ni lain sikit, bila weekday je dapat berkumpul 3 orang , weekend hero besaq dok ngan daddy. Jaga daddy dia. So macam ni lah mummy menghappykan diri. Happy dapat berkumpul 3 beranak. Sebab tu memang malas giler bila kawan-kawan ajak keluaq. Walaupun dalam rumah tu dah macam perang dunia ketiga. Hahahaha . Yang penting dua ketul dua anak tu ada depan mata. Tak kaya takpe, tak dapat bawak anak-anak jalan pergi oversea pun tak pe. Tapi kalau ada yang nak belanja pun takpe.. eh! Yang penting hati tu..Happy ker tak happy?! Kaya harta belum tentu kaya bahagia. Tak gitewww. Yang penting kita cuba untuk hari ini. Sebab esok belum tentu bahagia tu milik kita. Semua tu Yang Maha Esa yang akan tentukan. Mummy doakan semua yang membaca akan terus kaya .. kaya harta dan kaya bahagia. Amin
Thanks for Reading! Wassallam.
2 Comments
Ok.. part cengey tu betul dah tu... Hahahaha... apa-apa pun Mummy Julia memang hebat..
ReplyDeleteYang penting anak-anak hormat dan tahu bila time kita bergurau senda dengan mereka.. Ok..jom plan jalan-jalan.. Hihihi..
Seronok bila dapat berkumpul bersama dan buat aktiviti yang menyeronokkan. Kalau tidak bila lagi akan ada masanya kan. Memang perlu cipta kenangan begini. Bestnya suapan dari seorang mak :) rindu pulak
ReplyDelete