Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia Mulai 19-31 Mac 2020
Assallamualaikum,
Semalam Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa perkara berkaitan Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.
Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi:
Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi:
- Larangan menyuruh pergerakan dan perhimpunan ramai diseluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan kebudayaan.
- Semua rumah ibadah dan premis perniagaan mestilah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang keperluan harian.
- Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara dan pelancong ke negara ini. Bagi yang baru pulang dari luar negara perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.
- Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.
- Penutupan semua taska, sekolah harian, sekolah antarabangsa dan lain2 institusi pendidikan lain.
- Penutupan IPTA Dan IPTS seluruh negara.
- Penutupan semua premis awam dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok.
4 Comments
ketegaq depa kak oi. depa dok cuti2 sakan. gila la depa ni
ReplyDeletehi kak ju. lama tak kemari. hihi sekali tengok header dah tukaq. besaq dah 2 ketui hero ni no. moga depa jaga mummy depa elok2 insha Allah.
ReplyDeletetake care kak. stay safe
Marilah kita duduk rumah. manfaatkan selama 14 hari ni.
ReplyDeleteberat rasa ujian melanda dunia. semoga semua ni cepat berlalu..
ReplyDelete