Resepi Kek Marble Coklat Chip Mudah dan Senang Sukatan Cawan.

by - June 19, 2020

Assallamualaikum..
Dua , tiga hari ni asyik ternampak feed kat facebook  gambar kek marble ja. Adehh terus terliuq. Apalagi balik ja teruih masak. Tu pun start masak kui 10 malam. Yelah siang keje. Balik keje kalut masak lauk berbuka. Nak workout lagi. Adehh full aktiviti. So waktu kui 10 mlm ja la yg free sikit even waktu ni dah nak masuk tidoq. Teringin punya pasal gigih la jugak masak kek ni. Pastu tawakal jer la jadi ker tak kek ni sebab dah start ngantuk.


Tengah-tengah masak hero kecik mai tanya “ Mummy buat apa?” Apalagi sambil jawab soalan dia mummy ambil la kesempatan suruh dia tolong gaulkan pewarna dalam adunan kek. Ampa nak tau.. sambil dia kacau sambil dia ngap! Adehh la adik oii! Sabaq ja la.. Kata rasa tapi setengah  suku adunan jugak la dia ngap.. hahhaha Tapi taklah nak buat untuk dia jugak yang makan kan..






Bila dah masuk oven. Kenalah bakar selama sejam sampai tertidoq mummy. Sekali mangkit tengok adunan dah berlubang. Hahha dia testing dulu weyy.. siap buat ulasan. Sedap mummy, tepi-tepi tu mcm rangup sikit, tak berapa manis.. Sebiji kek ni pun dia kata boleh habih sorang. Hamboii lupa diri ea. Mummy kata takyah, esok mummy nak bawak pi opis sikit. Esok-esok mummy masak lain tuk adik na. Barulah dia setuju, kalau tak mau bangun pagi ni tinggal loyang ja.. hahhaa Hokaylah asyik membebel ja.. Mummy share resepi kek marble coklat chip yang mudah dan senang ni.  Asal jangan derhaka resepi sudah na. Confirm jadi.







Bahan-bahan

1 cawan marjerin pelangi
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan gandum
3 biji telur gred B
1/2 sudu esencce vanilla
1/2 sudu  baking powder
1/2 sudu soda bikarbonat
3 Sudu coklat chip
Pewarna Makanan -2/3/4 jenis colour

Cara-cara membuatnya

  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat then asingkan. (Letak tepi)
  2. Masukan marjerin  dan gula. Gaul rata guna mixer sampai putih adunan tu. Nak pakai pun boleh kalo muscle ketak-ketak.
  3. Masukan telur sebiji demi sebiji sampai habis telur.
  4. Masukkan essence vanila. Gaulkan lagi guna mixer.
  5. kemudian baru masukkan tepung gandum yang telah siap diayak tu. Gaul guna tangan pakai spatula. Takde spatula senduk nasi pun boleh.
  6. Dah siap, asing kan adunan kepada beberapa bahagian untuk dimasukkan perwarna.
  7. Setiap adunan tu masuk 2,3 titik pewarna dan kalau koko masukan dalam 2 sudu. Ikut kesesuaian la.
  8. Masukan adunan tadi kedalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper. Sapukan sedikit marjerin bagi elak melekat bila dah siap masak.
  9. Masukan adunan dalam loyang color demi color then corakan mengunakan lidi. Taburkan sedikit coklat chip sebagai toping.
  10. Panas oven dalam 5 minit.
  11. Dah siap boleh masukan adunan tu dan bakar dalam suhu 170c selama 45-55 minit/1 jam.
Thanks for reading! Selamat Mencuba.

You May Also Like

1 Comments