Yayasan Kebajikan Negara Malaysia Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Anjung Singgah
Assallamualaikum..
Ayam Brand, satu jenama
isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan
rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet
serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di
kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan
(HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama
empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai
Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan
Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.
Baru-baru ini inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah
kebajikan dari seluruh negara, Ayam Brand kini giat membantu pertubuhan amal dan
memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. Sebagai contoh, di Kuala
Lumpur, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, sebuah rumah transit untuk
gelandangan di Jalan Hang Lekiu meneraju usaha membantu komuniti setempat
ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini™.
Pantri Kalis Cuaca
Pantri kalis cuaca ini
dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat
dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar
maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial
dan aplikasi Whatsapp, manakala penghuni yang tinggal di
rumah transit ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut
setiap hari. Pihak mereka turut menghantar khidmat
pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk
bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang
memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan
kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan
lain. Penghuni yang tinggal di sini gembira diberi tanggungjawab
menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana
mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati.
Respon Positif
Respon terhadap
inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™
seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa
laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan
sokongan padu daripada ahli komuniti. “Kami menemui beberapa item yang tidak
disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi,
lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu.
Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat
istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap
saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan
kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. Komuniti di sini telah menerima konsep
pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan
kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal.
Kakitangan Ayam Brand™
turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh
mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara
penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri
tersebut.
Orang ramai juga boleh turut menyumbang
Sesiapa juga boleh terus menghantar barang-barang keperluan tersebut ke pantri, ramai daripada
kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi
pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu
dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di
kawasan projek pantri ini.
Untuk maklumat lanjut
mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.
Berikut adalah senarai
lokasi-lokasi pantri makanan dimana orang ramai boleh juga turut menyumbang :
KUALA LUMPUR
Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur
PAHANG
Rumah
Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100
Beserah, Kuantan
TERENGGANU
Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972,
Taman Alam Perdana Binjai,
24000 Kemaman
KELANTAN
Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49,
Mukim
Langgar,
15000 Kota Bharu
PERAK
Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242,
Jalan Kuala Pari Hilir,
Kg. Kuala Pari
Hilir,
30100 Ipoh
PENANG
Persatuan Kebajikan Anak-anak Islam Wisma Yatim Lelaki 173,
Jalan Air Itam,
11500 Penang
KEDAH
Pusat
Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
PERLIS
Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45,
Lorong Haroom Bunga,
Jalan Sekolah Derma,
01000 Kangar
NEGERI
SEMBILAN
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No.
43,
Jalan TTJS 3/4,
Taman Tuanku Jaafar,
71450 Sungai Siput,
Seremban
JOHOR
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar,
No 15, Jalan Limau,
Kampung Pasir,
Tampoi,
81200 Johor Bahru
SELANGOR
Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan,
Ukay Height,
68000 Selangor
SARAWAK
Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni,
No 22, Lot 1365, Lorong Field
Force 8e,
Taman Green Field,
93250 Kuching.
SABAH
Rumah
Anak Kesayangan,
No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh,
Taman Sempelang Sembulan,
88100 Kota Kinabalu
0 Comments