Rentas Negeri Pertama Selepas PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) diumumkan
Assallamualaikum...
Fuhh lama betui memerap kat rumah disebabkan oleh COVID-19 kan. So sebenarnya ada banyak hikmah disebalik kejadian ini. Dapatlah spend masa yang banyak untuk hero-hero, boleh decor-decor rumah, boleh buat pelbagai DIY, boleh belajar buat kuih padahal sebelum ni haremmm nak masak pun tak reti. Beli ja tau! Hahaha dan yang ang paling best hari-hari mummy dan family bervideo call. Waktu ni barulah tahu betapa tinggi nilainya berjauhan dari keluarga.
Hujung minggu yg lepas mummy dan hero-hero memulakan rentas negeri yang pertama ke Muar Johor untuk breakfast satay dan Mee Rebus . Gigihkan! Yelah sebenarnya mummy nak spend masa dengan hero-hero. Rindu rasanya nak lepak-lepak secara outdoor dengan dorang. Sebab kalau indoor(kat umah) fenomenanya kejap baik, kejap gaduh. Yelah hero kecik dan besaq tu hari-hari menyakat mummy. Boleh bebai tau dibuatnya. Nasib baik mummy ni penyabaq orangnya.. so baca boleh percaya jangan. Hahahaha :P
Kitaorang bertolak lebih kurang dalam jam 9.30pagi.. agak lambatkan. Yelah nak melaram dan sejam dua. Make up lagi. Pilih baju lagi... fuhhh bukan mummy tau.. hero-hero! Eh.. Dalam perjalanan sempatlah merasa satu roadblock sempadan antara Melaka dan Johor. Hero kecik nak sangat tengok roadblock yang ada askar, namun apa kan daya tu waktu PKP.. so dia takleh kluaq. Nak buat macamana, no option kan.
Mee Rebus Muar. Kedai yang kitaorang makan ni.. mee rebus dia takde lah manis sangat macam kedai lain. so memang boleh diterima tekak mummy dan hero-hero.
Dah lama gilos mummy tak ker Muar.. Nasib baik jalan tak lupa. Sesampai je kedai yang ingin kitaorang makan.. orang nak mulai beratuq, satay dah makin susut. Nasib baik rezeki tuk kitaorang anak beranak masih ada. Syukur Alhamdullilah. Selesai makan niat dihati nak merondalah kejap, kununnya nak dok tepi pantai kat Dataran Tanjung Emas.. Sekali kena seal da. Apalagi bergerak pulanglah kitaorang anak beranak.
Dalam perjalanan kitaorang singgah di Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai Melaka. Hish! Rindu bendang. Yelah selalunya setiap kali raya, kitaorang akan pulang ke balik kampung di Teluk Intan Perak yang kelilingnya bendang.Tapi bila sampai kat Kampung Parit Penghulu Sungai Rambai, Melaka ni. Fuhh! Kenyang mata betul tengok pemandangan bendang kat sini.Namun raya kali ni mereput je dok kat umah. Rayalah kami anak beranak kat Melaka tanpa keluarga disisi.
Habis posing klik sana klik sini, kitaorang bergerak pulang. Singgah ke Alai sebentar menikmati coconut shake yg sedap depan sekolah tu. "Dik! Coconut Shake 3 bungkus". Hero-hero pulak tapau ayam goreng sehengget.. tapi bila dua tiga kali ulang beli .. jumpalah bukan lagi sehengget. Beringgit2 jadinya. Tapi takpe benda makan no hal. Hahah Pastu eh! Durian pulak.. Tapau lagi.. Hahaha siap pinjam duit Adam nak beli. Almaklum kat gerai Dorian takleh swipe bankcard.. hahaha So kenalah bayaq balik bila dah jumpa bank. Senangkan bila-bila hero-hero dah besaq, dah boleh pinjam duit, pinjam baju, pinjam seluar.. hahha Nasib semua saiz lebih kurang je.. cuma kalo mummy pinjam seluaq dorang..kena lipat sikitlah kaki.hahaha :P
Hero-hero gigihlah melayan mummy photoshoot. Jangan salah step je sudah, takut mandi lumpuq.. Naya weeey!
Budak paling depan tu paling excited jumpa bendang. Lari sana.. lari sini.
Gigih siap workout kat walaupun kat tengah bendang.
Apa-apapun perjalanan rentas negeri ni best sangat walaupun kita masih dalam PKPP lagi. Saja tak nak pergi tempat awam yg ramai orang.. kusut jiwa. Baik pergi tempat yang mendamaikan dan mengenyangkan perut. Lagipun kang pergi tempat shopping banyak pulak ayat .. “ Mummy kita nak ni boleh tak?” Adehh mau pitam mummy. Hahaha
Hokaylah sampai sini saja. Banyak lagi cerita nak tulis.. tapi tulah kerajinan tahap bateri energizer belum muncul lagi.. Ni kerajinan tahap bateri Kedai Eco ja yg muncul. Hahha 🤪
Thanks for Reading! Wassallam
5 Comments
mommy mcm rakan sebaya dgn anak2.. heheheh. cantik view kat bendang tu
ReplyDeletetulah sekejap je anak dah besar, rasa dah mcm2 kengkawan ja. Kann bendang tu memang cantik! helok menghijau..
Deletewahh sawah padi menghijau tuuu., tgh bendang tu xde pacat erk., ;p
ReplyDeletePacat takdak.. Dah boleh rentas negeri depa balik kampung.. hahaha
Deletebestnya dapat view sawah macam ni...
ReplyDelete