Sunway Lagoon Annual Passport Last Sale
Sunway, 12 Ogos 2020 – Setelah kita diberikan kebenaran untuk melancong dalam negara, sudah tentu kami ingin mengesyorkan tempat yang menawarkan tawaran menarik. Cuaca kian membahang, inilah masa yang sesuai untuk menyejukkan badan dan berseronok bersama yang tersayang di Sunway Lagoon. Rasai keseronokan yang mengujakan buat semua, sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. Para pengunjung tidak perlu berfikir panjang atau memandu jauh untuk bercuti di Sunway Lagoon kerana taman tema ini terletak di tengah kota bandar.
Sunway Lagoon mempromosikan banyak tawaran yang menarik serendah RM 0.40 sehari buat pemegang pas tahunan di mana Sunway Lagoon menawarkan pas tahunan Sunway Lagoon selama 3 tahun dengan hanya RM 365. Bagi pas tahunan Sunway Lagoon selama setahun pula adalah RM 229 manakala bagi pas tahunan selama dua tahun dijual pada harga RM 315. Bagi setiap resit pembelian RM 500 dan ke atas, para pengunjung boleh melakukan pembayaran secara ansuran selama 6 bulan.
Bagi pemegang pas tahunan yang ingin memperbaharui pas tahunan mereka, mereka layak untuk membeli pas tahunan baru bermula dengan harga RM 199 untuk setahun. Manakala bagi membaharuan pas tahunan untuk 2 tahun dan 3 tahun adalah masing masing berharga RM 279 dan RM 329. Promosi menarik ini hanya berlangsung dari 20 hingga 24 Ogos di Sunway Pyramid.
For further media enquiries, please contact:
Sunway Lagoon Sdn Bhd
Nur Shaida Azwa | Emir Shaukey Hendry | Sayang Erleesya Nasir
Tel: 603 5639 0000
Email: nshaidaaa@sunway.com.my | emirshas@sunway.com.my | sayangen@sunway.com.my
Di samping itu, terdapat banyak cabutan bertuah buat pengunjung yang berbelanja lebih RM 450 dalam setiap resit pembelian. Banyak hadiah menarik yang menanti para pengunjung seperti Quack Express, beg kalis air dan banyak lagi.
Bagi yang tidak berkesempatan untuk membeli pas tahunan Sunway Lagoon di Sunway Pyramid, mereka boleh membeli secara atas talian bermula 25 hingga 28 Ogos di lawan web www.sunwaylagoon.com bagi menikmati promosi istimewa ini.
Menurut Penolong Pengurus Besar Sunway Lagoon, Magendaran Marimuthu “Sunway Lagoon terus kekal komited dan optimistik untuk memberikan yang pengalaman mengujakan selari dengan moto Sunway Lagoon, Best Day Ever. Saya berbesar hati dengan kempen ini secara tidak langsung dapat menjadi platform terbaik buat rakyat Malaysia bagi menyahut seruan kerajaan untuk bercuti di dalam negara kita. Saya dan kakitangan Sunway Lagoon akan memastikan hari-hari terbaik anda hanya di Sunway Lagoon.
1 Comments
Nak mandi-manda di Sunway Lagoon lagi.. Jom lah dapatkan pass tahunan.. Hehe..
ReplyDelete