Kadang-kadang kita terlalu sibuk cuba jadi “available” untuk semua orang. Angkat telefon walaupun penat, balas mesej walaupun hati kosong, hadirkan diri walaupun sebenarnya kita sendiri sedang rapuh.
Lama-lama kita jadi letih, bukan sebab orang lain semata-mata, tapi sebab kita lupa yang diri sendiri pun perlukan ruang.
Berhenti jadi available untuk semua orang bukan bermaksud kita jadi sombong atau pentingkan diri, tapi lebih kepada kita belajar untuk jaga sempadan (boundaries).
Bila kita letak sempadan, kita sebenarnya sedang melindungi tenaga, emosi, dan mental kita daripada habis digunakan oleh orang lain tanpa kita sedar.
Cuba bayangkan kalau telefon kita tak pernah dicas - macam mana nak terus hidupkan aplikasi? Sama juga dengan diri kita.
Kalau kita asyik “on” untuk orang lain, tapi tak pernah “charge” diri sendiri, akhirnya kita yang akan kosong.
Jadi, tak salah untuk kata:
“Maaf, saya tak dapat hari ni.”
“Boleh kita bincang lain kali?”
“Saya perlukan masa untuk diri saya dulu.”
Itu bukan kelemahan, tapi kekuatan kerana kita tahu apa yang kita perlukan.
Fb : Depresi bukan gila
0 Comments