facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Review
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • Tips & DIY
  • Motivation & Knowledge
  • Recipe

Julia Ali

Assallamualaikum..

Nak decor rumah lawa-lawa tapi budget takdak.. Lahai sedeykan. So sapa sama nasib dengan mummy , meh sini mummy share ilmu sikit tips untuk cantikan dengan perabot lama.


Kerusi lama ( Biru) vs Kerusi Baru ( Kuning)


Kali ni mummy kongsi tips/ DIY untuk menukar cover seat untuk kerusi meja makan .Mudah je sebenarnya nak buat ni. Budget kalau korang beli kain baru RM 4. RM 2 Semeter je harga kain ni beli kat Nagoya Melaka. Tapi beli lama dah laa..hheehe

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  1. Kain perca yang dah tak digunakan lagi tapi kalau ada budget lebih boleh je beli baru. Untuk lima(5) kerusi dalam 2 meter dah mencukupi.
  2. Screw driver untuk buka screw yang ada kat kerusi.
  3. Stapler Gun
  4. Gunting
  5. Ubat Stapler Gun

Hah ni rupa kerusi asal yang belum berubah wajah. Berkeladak bukan. So mula-mula bersihkan dulu. Gunakan Latex Glove yang boleh dibeli di kedai DIY. Kalau yang bela kucing confirm bulu-bulu semua akan tertanggal dengan jayanya.

Kemudian tanggalkan semua screw yang terdapat pada kerusi. Kemudian asingkan.

 Screw yang kasi hilang .Simpan elok-elok. Bila seat dah togel macam ni. Bolehlah mula potong kain tu mengikut saiz  seat. Lebih sikit potong kain tu. Nanti senang nak lipat dan staplerkan kain pada alas seat tu.

Mula-mula staplerkan pada 4(Empat) penjuru. Tarik cekang-cekang na. Adehh bahasa KL apa ea.. hhahaha :P

Nilah rupanya kain yang telah distapler pada alas seat tu. Ampa mesti boleh buat lagi lawa kan.. Mummy buat jenuh berterabuq stapler tu.. ala belah sapa nak tengok kan..hahaha :P

Dah siap bolehlah korang screw balik. Screw kat tempat asal lubang screw tu tau. Tapi kalau alas tu lembut seperti plywood/ MDF atau sebagainya. Boleh je ampa nak screw tang mana-mana...

Kemudian ulanglah teknik yang sama tu untuk semua seat. Sampai siap. Mummy buat sorang ja tapi adalah hero kecik tolong bukak screw seat dua(2) bangku pastu terus hilang dari radar. hahaha :p

Kucing mummy si Sushi sedang melawat tapak.. Eh ! ada seat barulah.. haha Tapi dah siap seat semua tak mau lepak atas kerusi, upgrade sikit dok atas meja teruih..hahhaa Dia tau mummy berhempas pulas siapkannya kannn..kann..kannn Sushi.. hahha

Selamat Mencuba ya! Thanks for reading..Wassallam..
Assallamualaikum.... 

Terkebil-tebil mencari idea untuk birthday hero besar aku sorang ni. Tanggal 9 november genaplah dia berumur 15 tahun. Hish kejap je dia dah besar.. 15 tahun lepas besarnya hanya sebesar dakapan aku. Tunggu lagi 15 tahun dia mungkin membesar dan menjadi lonjong mengalahkan aku yang tak besar -besar ni. Aku ni! Mengembang lagi adalah , sebesar belon Jom Heboh kat dataran MITC Melaka aritu. Hahhaa 😝



9 november.. aku masih sibuk dalam meeting.. bersusun pulak tu .. pukul 9 pagi, 10 pagi dan 11 pagi.. adehhh mana nak cari idea birthday hero besar aku ni..  Hah! Idea pun muncul.. bos membebel kat depan , aku rancak menconteng kat atas note pad meeting aku. Bukan nya nak buat minit... hahaha Alaaaa..  lagi pun aku dah masak sangat isi kandungan meeting.. semuanya bisa diatur .. 

Kali ni idea aku buat kad birthday ala-ala scrap book. Lagipun hero besar takde kat Melaka .. cuti-cuti ni apalagi berkepit je lah dia dengan daddy kesayangan dia tu. Bak kata hero kecik " ala abang tu, salah hari bulan birthday dia pun dia lupa mummy.." hah! Aaaa betui kata hero kecik, waktu aku wish .. eh! Arini ea birthday kita.. dia balas kat whatsApps group family.. bijak kan anak mummy.. ala biasalah sindrom LELAKI.. semua lupa.. haha 😂 

Buat Abang.. 

" Kad birthday DIY ni mummy racik-racik dari notepad mummy dan jiran-jiran meeting tadi.. hahha... koyak-koyak sikit kasi variety sikit dari kertas biasa. Ada yang mummy renyuk bagi menambahkan seni kertas tu sendiri dan mummy tampal atas gloss art card . A few huruf yang mummy potong dari paper -paper lama. Pastu mummy conteng-conteng bagi memenuhkan ruang yang ada pada kad. Gambar-gambar tu pulak mummy mintak auntie fyda printkan . Pastu mummy potong dan tampal pada kad.



Sorilah gambar lama. Almaklum la lately ni kitaorang anak beranak mempunyai sindrom malas amik gambar even selfie pun tak suka. Ahha  Kamera-kamera gedabak semua kita simpan dalam lemari buat hiasan mata buat tetamu yang datang  ke rumah. Hahaa 😝😂. Apa-apa pun mummy berharap abang suka akan karya agung mummy ni.. bukan senang mummy nak buat .. usia abang dah 15 tahun baru mummy buat ..master piece katakan.  keh keh keh.. 

Apa-apapun mummy nak ucapkan selamat Hari Lahir buat Boyfriend Mummy yang mummy dah ikat mati ni, membesarlah sayang menjadi seorang LELAKI yang berguna  walau sesusah mana pun kehidupan yang bakal mendatang ini. Jangan lupa mummy , jangan lupa adik , jangan lupa dady , jangan lupa tok, wan , Pak Ngah , Uncle Joy dan Mak Usu yang sentiasa ada  dalam kehidupan susah senang kita sebelum ni. Orang-orang ni lah yang akan memimpin tangan abang sampai abang berjaya kelak. Insya Amin  Mummy sayang abang " 

Thanks for reading! Wassallam

Assallamualaikum..

Ruang tamu yang togel dindingnya pasti akan memberikan suasana yang suram dan tidak menyeronokkan. Bagai lirik tanpa irama. Dinding ruang tamu sebenarnya tak perlulah terlampau sarat dengan pelbagai gambar ,  cukup sekadar memenuhi feature wall utama yang menjadi tumpuan penghuni rumah mahupun tetamu yang hadir.


Ni adalah ruang tamu rumah mummy yang tak seberapa hiasan dalamanya. Banyak menggunakan perabot-perabot yang dah berbelas tahun usianya sebagai menu utama keselesaan disini.. hehehe Cuma just tambah-tambah aksesori sahaja untuk menambahkan seri bagi hero-hero dan juga anak-anak berekor mummy. Nak beli yang baru rasanya tak payah la.. guna je apa yang ada . Lagipun dahulukan keperluan yang lebih penting seperti barang keperluan harian dan juga perbelanjaan sekolah lebih bermanfaat rasanya. hehehe Bak kata hero kecik #mummykede :p

Okay idea mummy ni sebenarnya dah lama mummy nak share, tapi tulah kesibukan berpindah rumah sebulan yang lepas telah mummy lupa ingatan seketika.hahaha #alasanaje  heheheh. Okay kali ni mummy nak share cara membuat lukisan abstrak sebagai hiasan utama diruang tamu. Antara bahan-bahan yang digunakan amatlah mudah , tidak memerlukan kos yang tinggi dan juga  senang untuk dicari: 

Bahan-bahannya untuk membuat lukisan abstrak:
  1. Frame kayu saiz 4 kaki x 3kaki (kayu ketam 2x2")
  2. Kain Canvas 4 kaki x 3 kaki
  3. Color Acrylic ( Boleh dibeli dikedai-kedai buku yang berhampiran) pelbagai warna mengikut kesukaan
  4. Berus atau bahan-bahan seperti span , kertas untuk menyapu atau membuat corak.
  5. Surat Khabar Lama atau kain banner lama yang sudah tak digunakan lagi sebagai alas lukisan
  6. Spray Clear

Cara-Caranya adalah :


Frame kayu yang telah siap dijadikan frame boleh dibalut dengan kain canvas. Ukuran sebenarnya boleh ikut suka je, malahan kalau rasa susah nak buat frame..korang boleh  je beli frame yang dah siap dengan canvas di kedai buku POPULAR.Cari di bahagian peralatan lukisan.


Alaskan lantai  dengan surat khabar atau apa2 yang boleh dijadikan alas supaya lantai tidak terkena color acrylic tu nanti.
Frame yang telah dibalut dengan kain canvas

Kalau tak nak buat kat atas lantai boleh je letakkan pada ezer.
 ( Stand gantung lukisan)


Antara bahan-bahan yang digunakan


Ok siap! Dah boleh masukkan color acrylic ke atas canvas, memandangkan ni lukisan abstrak campakkan je color tanpa rasa takut dan enjoy the moment. hehhe Nak lagi enjoy ajak je anak-anak yang tangannya comel-comel tu conteng.. confirm lagi meriah. 

Sesi menconteng dengan hero-hero mummy.  Sampai lenguh la tangan masing-masing. hahaha


kalau tak nak tangan kotor boleh je pakai glove/sarung tangan .. lepas kalau tak nak baju pun terpalit sama dengan color acrylis boleh pakai apron jenis plastik/PU.

Lukisan ni boleh dijadikan sebagai karya seni yang cukup indah untuk dikenang bersama anak-anak nanti. hehhe

Dah siap biarkan kering dalam beberapa jam
Kemudian spraykan Spray Clear ketas lukisan yang telah siap diconteng supaya lukisan tu boleh kekal lama.

Pastu boleh pasang tali dibelakang frame dan gantung pada dinding yang dirasakan bersesuaian ruang tamu.


Tara siap! Takdelah kontang sangat dinding ruang tamu tu kan. Lukisan ni kalau nak beli dari pelukis-pelukis terkena pun dah beribu riban. Sekarang kita pun dah boleh melukis dan menghasilkan karya seni agung untuk tatapan anak-anak kita dan dijadikan memori indah.
Selamat mencuba! Thanks for reading..Wassallam

Assallamualaikum...

Ahad! semalam la.. Hari gotong royong. Excited je mummy pesan ngan Hero kecik, adik arini kita gotong royong tau.. Nanti adik tolong mummy kemas rumah okay..

"Ala mummy kita dah gotong royong la ritu.. kan kita dah kemas bilik kita . Kita bersihkan kipas, angkat semua medal ngan piala susun dalam bilik. Kira kita dah gotong royonglah kan. So arini mummy gotong-royong sorang-sorang okay.." 

Pastu hero kecik jalan masuk bilik , layan movie kat You Tube..

Adoi laaa.. sabaq.. sabaq..

Tapi mummy selalu je buat macam tu kat Hero Kecik. Bila dia istyiharkan gotong royong , mummy busy dengan benda.. Panjat Gunung la , buat keje opis la , buat design la.. Hah! Padan muka mummy..Kan dah kena balik.. hahahah :P

So dok sorang-soranglah mengemas.. Dari ruang tamu , dapur , bilik tidur , ruang sidai baju , sampai la ke bilik air.. Habis semua  mummy punggah dan kemas..! Hahhaaha Amacam Rajin tak? :P

Bila punggah.. biasalah macam-macam la yang muncul. Kemas-kemas almari dapur jumpa lambakkan sudu plastik , baki dari birthday Party Adam bulan februari aritu.. Adoi   la semak mata memandang..!

Apalagi bila sel-sel otak sedang berhubung ... Bermulalah operasinya

Keh keh keh 😝

Sumber : Mr Google ( Spoon DIY Mirror)

Cara Membuat Cermin Dinding secara murah dan mudah
Bahan-bahan yang diperlukan

Glue Gun ( stick tu satu paket mummy guna - ada dalam 5 batang)
Cermin ( beli kat DIY-RM 2.50)
Sudu plastik ( 3 plastik bag -RM 1.80 sebungkus)

Cara-cara membuatnya

Panaskan Glue Gun, sambil -sambil tu ...bolehlah pecahkan frame cermin tu.. 

Amik cermin je tau ( berhati-hati ye , takut cermin tu sumbing)

Potong sudu ( yang ni sepatutnya di buat pada awalprojek.. amik bahagian sudu je , pemegang dia takyah)

Susun sudu di bahagian belakang Cermin dan gam kan ia. Buat berhati-hati ye , Glue Gun tu panas.. kena tangan .. Nangis!

Gamlah Sudu tu di sekeliling cermin.

Sampailah habis sudu tu.. 

Taraaaa.. Siap! Tapi mummy susun bertabur sikit... Salah teknik. Hahaha..:P

Nant korang buatlah cantik-cantik lagi ye.

Kalau yang rajin dan ada budget lebih , boleh lah spraykan dia.. Tapi pastikan cermin tu ditutup dengan masking tape .. Kalo tak sia-sia! comot bagai.. 

Bila dah siap , spray . Gantunglah ia di tempat yang korang suka.. Mummy plan nak letak kat opis, color pulak warna pink bertona. Tapi kann.. Office mummy still bocor lagi , tak pasal-pasal habis kena air hujan.

Nangis tak berlagu mummy nanti.. So nanti mummy fikirkan tempat lain yang lebih sesuai.

Apa-apa pun Selamat Mencuba ye.. boleh buat hias raya tuk Aidilfitri yang bakal tiba ni.. 

Thanks for Reading! Wassallam
Assallamualaikum....

Setiap orang mempunyai minat/hobi... tak telepas jugak dengan mummy. Seharian menghadap komputer adakalanya membuatkan mummy cepat bosan dengan segala gadget teknologi zaman kini. Adakalanya boleh rasa mual hadap laptop mahupun phone.. Sebab tu kalau kawan-kawan message  mahupun whatsApp , mummy mengambil masa yang agak lama nak reply....Kalo reply awal tu ada la benda nak buat,  dan sama sekali tak boleh nak elak..hahhaha 

So antara salah satu hobi mummy adalah melukis.. Walaupun mummy bukan seorang yang pakar dalam melukis figure seseorang manusia , alam semulajadi dan lain-lain lagi... Conteng adalah pilihan yang paling mudah untuk melukis ataupun dalam istilah lain berkarya.. Tapi nama yang lebih sedap didengar pada zaman kini bagi menggantikan conteng adalah doodle.. Ala macam nama glomour giteww..hah! ingat korang je ada nama glamour.. hahaha :P

Kali ini projek menconteng/ doodle  mummy adalah diatas kasut hero kecik yang dah lama tak boleh pakai.. Memandangkan tumbesaran saiz kaki dorang yang tak dapat dijangka akan tumbesaranya..Pantas sekali dalam setahun..  Dari saiz 37 telah merebak ke saiz 42 kini dalam tempoh beberapa bulan sahaja.. Serius mummy memang tak paham macamana kaki dorang boleh membesar dengan pantasnya.. Tapi yang untungnya opcoz la mummy.. dapat songlap kasut dorang dan melukis.




Projek DIY kasut lama ke Kasut Doodles

Bahan-bahan yang diperlukan

1.Kasut lama / kasut baru
Yang ni mummy amik kasut hero kecik brand Angry Bird saiz 37 ( 5)... hahahaa ( Ala pakai kat kaki bukan orang baca pun brand apa) #adaakukisah



2. Color Acrylic ( Pelbagai Warna)
Mummy suka pakai color acrylic sebab ianya cepat kering , mudah meresap, warna menarik. Tapi kalo nak pakai Dye Fabric pun boleh jugak.. Sebab ianya pun mempunyai fungsi yang sama. Ianya juga boleh dibeli /didapati di kedai-kedai buku yang berhampiran korang.



3.Pen Artline.( 0.2, 0.4, 0.5, 0.6,0.8)
Pen ni mempunyai mata yang pelbagai saiz.. ada besar dan juga kecik. Semuanya terpulang kepada jenis kanvas dan texture kasut korang tu sendiri.. Ada kasut canvasnya jenis kasar..so boleh pakai mata pen yang kecil.. kalo tak jenuh jugak nak serap dakwatnya nanti. Tapi kalau brand lain pun boleh jugak yang penting ianya waterproof dan juga pigment  ink.


Ni mummy skecth dulu pakai pencil sebab mula-mula tu takde idea nak lukis apa.Dah masuk kasut kedua , ketiga mummy terus pakai pen je..



4.Pencil
Bagi yang dah biasa melukis boleh je terus lukis pakai pen artline ,tapi kalau yang tak biasa tu lukislah pakai pencil light light.. tak perlu detail..comot kang... 

5. Giltter
Ok hat ni option ye.. nak guna boleh, tak nak guna pun boleh..terpulang. Mummy guna sebab mahukan kelainan.. Dan biasalah jiwa perempuan  yang suka sangat bling bling dan glomourous gitewww.. hahahah

  
Taraaa.. siap! Doodle monster jadi pilihan tuk mummy kali ni.. Dicolorkan dengan warna merah bagi dari jauh nampak kaki mummy je ha...Boleh je pakai dengan baju kurung mahupun jeans dan t-shirt. Tapi jangan  korang pakai dengan baju kerja ..Tak sesuai.. tak sesuai...! Kalo nak pakai jugak pakai lah color yang cool sikit.. macam hitam, biru mahupun hijau.. Mungkin boleh dipertimbangkan..  Apalagi selamat mencuba na..!

Thanks for Reading! Wassallam..
Love , Mummy JA
Assallamualaikum....


Setiap kali melangkah ke kedai acessori phone, mata ni tak bergerak ke arah casing phone bling bling.. Lawooo! Bisik hati mummy.. Adehh tapi tengok harganya lepaslah duit sekolah hero-hero tuk seminggu.. Boleh je beli kalau mau.. Tapi kang beli ralat pulak membazir ke arah benda bukan-bukan.. Hah! Tulahh mummy.. Semuanya nak jimat memandangkan zaman gawat ni.. Saboo je lah ... peel mak mak ni.. hahaha 😝😝

Pastu aritu waktu round-round nak beli spanar hidup kat Mr DIY ternampak benda bling bling ni... harganya RM 4.90 .. wow cantik!! Pink lagi .. Biasalah hantu pink.. Pantang melintas la warna pink tu.. Sesuai ngan budget terus ngap! Hahhaha


Pastu balik rumah carilah  casing phone yang kosong punya tanpa corak..  Apalagi operasi pun bermula...  Adakah impian mummy tercapai ??? 

Jeng 
Jeng 
Jeng

Cara Membuat Casing Phone Bling Bling Budget Style

1. Casing phone kosong tanpa corak ( tak kisah la warna apa sekali pun ye)

2. Bling bling ( Beli kat Mr DIY ) RM 4.90

3. Gam kuat -  yang Glue Gun boleh, yang putih (205) tu pun boleh.

4. Manik-manik baju yang dah tak digunakan lagi... ala selalunya yang tertanggal bila basuh baju tu.. hehehe ( Mummy kutip simpan kalo mood rajin ) hehhee

5. Lekatlah mula-mula bling-bling tu atas casing phone.. 

6. Bila ada space kosong , tampallah dengan manik-manik lebihan tu..

7. Taraaaa.. Siap! 


Apalagi bolehlah melaram dengan casing baru.. Ianya akan lebih dihargai bila buat sendiri dari beli kat kedai tau.. Syg dia lain macam.. Mummylah tu.. hehhe yang penting mesti ada warna pink... 

Dengan budget tak sampai pun RM 15 hengget.. mummy dapat menggunakan casing bling-bling pujaan hati mummy jika nak dibandingkan dengan harga puluh puluh tu... Puas hati..

Selamat Mencuba...!! Thanks for Reading! Wassallam
Older Posts

HELLO, THERE!

Mummy Julia. Live with hero kecik and hero besaq. Weird. Talkative . Introvert. Live in Melaka. [For any collaboration and review email me @ julia_yana@yahoo.com]

LET’S BE FRIENDS

CARIAN NGOMELAN MUMMY

recent posts

Popular Posts

  • Tukar Sukatan Gram ke Cawan dalam masakan
  • Cara Memindahkan Astro Dari Rumah Lama Ke Rumah Baru (Pindah Rumah) dan Caj Yang Dikenakan
  • Pengalaman Menghantar Anak Ke Sekolah Aliran Cina Selama 6 Tahun
  • RM 1 untuk Susu Kotak Dutch Lady hanya di 7 Eleven
  • Penukaran Domain Blog www.notachentamummy.blogspot.com ke www.juliaali.blogspot.com

Blog Archive

Powered by Blogger.

Blogger Awesome!

  • Blog Sihatimerahjambu
    Ride To Bentong Pahang
    3 hours ago
  • Farah Kreatif!
    Wordless Wednesday - Otorinolaringologi
    3 weeks ago
  • lonesome traveler
    Intermittent Fasting in August..continuously
    3 weeks ago
  • LeYa Blog
    Purrever Healthy: Royal Canin Melancarkan Acara Pertamanya Di Malaysia Di Sunway Pyramid!
    3 weeks ago
  • TINY ㋡ NA ㋛ SWEET
    Projek Aulad Pasti Raihan 2025 REPLIKA GUNUNG BERAPI
    5 weeks ago
  • HASRULHASSAN.COM
    AUPU’s ARCHIDEX 2025 Triumph
    1 month ago
  • Lya Johari
    Misi Ke Asrama Penuh Edisi Kelate
    1 month ago
  • www.mama-ble.com
    AJI-YA SUP CENDAWAN, SAYURAN DAN JAGUNG GOURMET SEGERA HALAL PERTAMA DI MALAYSIA
    1 month ago
  • Sayaiday - Blog Informasi, Resepi Dan Gaya Hidup Terkini
    Artis Malaysia Berkahwin Atau Bertunang Sepanjang Tahun 2025
    2 months ago
  • Learning to be Kind, Not Judgemental
    Yang Saya Ulang, Tapi Tidak Saya Hayati
    2 months ago
  • In a Nutshell
    Arte Cheras, KL
    3 months ago
  • Emarieys
    아이의 상상력을 자극하는 최고의 선물
    4 months ago
  • Blog Sal
    Pregnant at 40 - Pengalaman minum air gula
    5 months ago
  • Huda
    Essential Travel Checklist: Must-Have Items for Your Trip to China
    11 months ago
  • Siti Nurzafirah
    MEAL REPLACEMENT, KITSUI 39 SUPERFOOD
    1 year ago
  • Farah Dafri
    Kedai Bakery Ala Paris HALAL tapi dekat Kajang je?
    1 year ago
  • SITI.YANG.MENAIP
    Salam Dari Tanah Suci
    2 years ago
  • Scdha Sein Photo And Travel
    PAHANG - Genting Skyworlds Theme Park
    3 years ago
  • PROUDDUCK
    untied shoelaces
    3 years ago
  • Solenn Heussaff
    Our Boracay Station Zero Experience
    4 years ago
  • Ummul Azkee
    Flower Painting | New beginning in 2021
    4 years ago
  • Arz Moha
    Doa Menghindarkan Dari Perkara-Perkara Memudharatkan Seperti Wabak Penyakit dan Lain-Lain
    5 years ago
  • The Kasihs
    KOREA TRIP - Part 5 (Everland / Dongdaemun Market / Ikan Bakar Dongdaemun)
    5 years ago
  • Titipan Bundawidya
    Pai Ayam (Chicken Pie)
    6 years ago
  • masam manis
    AYAM MASAK MERAH SEDAP SANGAT
    6 years ago
Show 5 Show All

Blogger Melaka Bandaraya UNESCO

  • fairus.com
    Menjamu Selera di Restoran TOP D' Alor Setar
    1 month ago
  • Fizi
    Cara Beli Nombor Plate Kenderaan JPJ Dengan Jimat Dan Murah
    5 months ago
  • Aida
    Salam Pembuka Bicara Tahun 2025
    7 months ago
  • Chaza
    MKM Travel Pakej Haji Swasta Dan Premium 2025
    7 months ago
  • Julia Ali
    Tips Servis Dan Memilih Tayar
    1 year ago
  • Azura Rahman
    SOURDOUGH BANGGALI LOAF
    2 years ago
  • Hero Kecik
    Sihat Cara Rasullah
    2 years ago
  • Bonga Cengkeh
    Resepi Kari Ikan Bawal
    2 years ago
  • Fyda Haron
    Ekspedisi Bukit Gapis Melaka
    4 years ago
  • RORO
    TRIP TERINDAH RORO KE BROMO 2019
    5 years ago
Show 5 Show All

Labels

Life Style REVIEW Knowledge TIPS Recipe DIY Motivation

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates