Galeri Lebah Melaka
Assallamualaikum...
Aritu kebetulan lepas hantar mama dan abah ke Tol Ayer Keroh yang menjenguk anak dan cucu dorang ni,sempatlah kitaorang singgah ke Galeri Lebah Melaka. Actually aku nak round-round kat Taman Botanikal sebelah tu.. Nak keluarkan peluh kununnya sebabnya demam aku tak kebah-kebah. Sambil -sambil tu bole la baca buku kat Kampung Buku tu. Tapi mata aku tertumpu lak kat Galeri Lebah Melaka ni.
GALERI LEBAH MELAKA
Entrace Fee :
Free
Visiting Hour :
9.00 pagi - 6 petang ( Rasanyalahh kot..hehehe)
Lokasi :
Jalan menuju ke Wonderland Melaka, Ayer Keroh .
(Simpang pertama sebelah kanan)
Pintu masuk Galeri Lebah Melaka.
Dibahagian hadapan galeri ni, terdapat banyak replika lebah . Cantek! Apalagi hero-hero aku sibuklah mengeluarkan phone masing-masing. Paling sibuk Adam la.Tak habis-habis selfie..Sabo je la...
Mukhriz in B& W dan lebah-lebahnya.. :D
Kat sini bukan setakat galeri, tetapi galeri ini juga menjual pelbagai jenis madu. Setiap jenis madu akan dihidangkan dalam dispenser ni untuk dicuba oleh setiap pelawat .Korang hanya perlu press dan bubuh didalam bekas kecil yang disediakan. Telan la berapa banyak korang nak..Waktu ni la baru aku tau, banyak rupanya jenis-jenis madu termasuklah setiap madu dan khasiatnya. Antaranya Madu Cuka Epal, Madu kelulut, Madu bisa lebah, Madu Tongkat Ali, Madu Propolis (demam dan selsema), Madu Royal ( Untuk minda), Madu Halia, Madu Cuka Epal dan Madu Embun, Aku tak ingat semua khasiatnya tapi korang bole google . Ada untuk ubati Gout , menguruskan badan, buang angin dan macam-macam lagi lah .Ikutkan hati semua nak rasa , tapi tekebil-kebil lak nak menelannya..Manis! Semua jenis-jenis madu ni ada dijual. Paling murah RM 20 . Ingat... promoter kat sini semua hebat-hebat bercakap... jangan mudah terpengaruh tau,beli sahaja mana yang perlu, kalo tak, habis korang borong semua... heehhe
Settle merasa kitaorang ke Galerinya pula..sebelah menyebelah je pun.
Ni carta lebah..
Hero-hero seronok lak membaca, aku ajak balik pun tak nak. Adam pulak tak habis-habis mengesting semua madu... berulang-ulang sambil membaca. Hadoii nasib baik tak kena halau. hehehe
Sarang lebah. Dipamerkan dibahagian luar galeri.
Ada budak siap bawak bekal balik . Dia kata madu Embun ni sedap. Bergas mummy...Tapi mummy beli jugak 2 botol tengok hero-hero sedap menikmati madu. Khasiat madu embun ni mummy lupa la pulak. hehehhee
Thanks for reading! Wassalam..
9 Comments
Awesome jugak Galeri ni... Nak singgah laa nanti...
ReplyDeleteAaa Galeri ni kecik je.. Tp penuh ngan ilmu.. Nak mai nanti roger je mummy .. Nanti leh mummy bawak g sana
Deletenak ikut!
ReplyDeleteJom jom.. Meriahkan Melaka.. 😊
Deleteikut pegi mana Jay Emm? ha ha ba
Deletenak ikut SS
ReplyDeleteMummy pun nak ikut jugaklahhh.... Ehhhh.. Hahahaa..
ReplyDeletemacam best ja ni... dibuka sampai bila2 ke mummy?
ReplyDeleteKecik ja .. Best gak.. Ni galeri kekal ni.. :) bila2 nak mai ada ja..
Delete