Taman Botanikal Ayer Keroh

by - August 07, 2015

Assallamualaikum...


Selain Stadium Fatimah Bukit Serindit Melaka sebagai tempat riadah , Taman Botanikal Ayer Keroh juga adalah merupakan salah satu tempat riadah yang menjadi  pilihan buat kaki - kaki sukan seperti jogging dan aktiviti berbasikal.. Aku bukan kaki sukan tapi kaki jalan.. Hehehehe Treknya juga agak suam-suam kuku mencabar.. Eh mencabar ker? Oklah turun naik bukit.. Hehehehe

Bagi yang suka aktiviti beriadah  bersama family ini especially yang ada anak-anak kecik dan takut atau susah untuk mengawalnya , korang bolehlah menyewa buggy dengan harga yang cukup berpatutan. Tapi buat aku dan anak-anak , kitaorang lebih suka menyewa basikal  . Sewaan  basikal untuk dewasa  hanya RM 5  dan untuk basikal yang bersize lebih kecil hanya RM 4 sahaja. Murah dan berbaloi -baloi kan. Tak yah penat-penat nak usung basikal dari rumah . Leceh! Cuma pastikan perjalanan korang lebih lancar , tengok dulu peta yang disediakan tak pun snap pic peta disebelah kaunter . Tak pasal-pasal sesat kang.. Sapa jugak yang susah.. Mummy jugak.. Jangan cakap mummy tak payung... Babab kang!

Peta ni aku snap kat sebelah kaunter... tu pun dah agak pudar.  tapi masih bole dibaca dan dijadikan guide untuk meronda disekeliling Taman Botanikal ni.

Basikal warna pink dan merah dihadapan tu RM 5, dan yang merah kat belakang tu RM 4.

Korang bole round-round kat Taman Botanikal sampailah ke Taman Alam Fantasi .Taman yang akan membawa anda ke 70 tahun yang lalu. Dimana ianya akan memaparkan restorasi replika haiwan purbakala atau lebih dikenali sebagai zaman pra sejarah yang menempatkan pelbagai jenis raksasa reptilia atau lebih best dipanggil dinasour. Selain tu jugak ada Taman Cerita ,Taman Permainan kanak-kanak,  cafe dan juga Kampung Buku Malaysia. Especially buat ibu bapa yang anaknya   jenis ulat buku. Waktu aku pi... cafenya tutup, manakala  Kampung Buku sedang dalam penyusunan semula buku -buku nya.. so memang agak berselerak , walaupun dorang bagi je  nak baca buku.. Tapi kalo nak cari buku pun susah nak jalan so lagu mana nak wat tu....  So aktiviti kitaorang hanya berbasikal dan posing-posing bersama  dinasour je la..   Aku perasan gak disekeliling Taman botanikal ni ada gak  aktiviti riadah yang lain cuma tak pasti apa dia..Ikut dalam peta ada Muzium Perhutanan tapi takde pulak signagenya. Maybe dalam proses baik pulih kot. Takpe next time pergi bole explore lagi ye


Pintu masuk alam fantasi..Tang ni masing-masing dah pulun tolak basikal..hehheehe..

Posing ngan dinasour..

Dinasour lagi.. ( Mukhriz dengan gaya sakit pinggang..)

Hero-hero ni gigih nak memanjat badan dinasour ni. Mummy jugak jadi mangsa kena tolak dorang naik sampai atas. Nasib ada kayu yang bole dijadikan sebagai tangga. Kalo tak pengsan mummy nak dukung, dah la waktu ni mummy demam.. sabo je la.

Yang ni kat Taman Cerita. Sapa tau ni cerita apa..? elahhhh tu pun tak tau ..Cerita Sang Kancil dan Buaya la... " Satu dua tiga lekok , jantan betina aku ketuk... ! Ada berapa ekor semuanya kancil... Ada 9 ekor buaya yang bodoh..hahahahhaa "  Hero-hero aku pun dok pulun la kira...sekali Mukhriz cakap..mummy kenapa ada sepuluh ekor buaya... So mummy pun cakap ...tu buaya sesat nak join sekali. 

Meh mengimbau kembali Kisah Kancil dan Buaya..

Waktu ni kat Kampung Buku Malaysia. Dorang tengah kemas buku.Penjaga pintu masuknya pulak adalah seekor kucing putih yang comel.. Manalah hero-hero tak teruja..kikiki :P bukan posing baca buku..tapi posing tido atas buku..hehehe

Settle kat Kampung buku...kitaorang pun beransur pulang...Dah lama tak bawak basikal ni.Kelam kabut jugak mummy. 

Oklah sampai disini saja... Lain kali mummy ngomel lagi ea.. Selamat beriadah.. Majulah sukan untuk negara! hahahaha :P

Thanks for reading! Wassallam

You May Also Like

14 Comments

  1. Pernah ke sini... Tapi tak cuba naik basikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu maksudnya kena dtg sekali lagi.. Hehehehe

      Delete
  2. wak pon x penah masuk jln2 sini ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apalagi wakk.. Moh ler ke Melaka.. macam-macam ada...

      Delete
    2. masuk la wak... amik gambo bebanyak! he he he

      Delete
  3. Replies
    1. Kannnn... Jom jom JM mai Melaka.. 😊

      Delete
    2. lebih menarik kalu jay emm lanje SS ke sini... keh keh keh...

      Delete
  4. bila balik kampong boleh lah kesini macam best je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2... Menikmati kehijauan alam sambil beriadah... 😊

      Delete
    2. kg kak noor bukan ke kedah... he he be

      Delete
  5. bestnya, dah lama tak riadah mcm ni.. :)

    ReplyDelete
  6. hehhehehe... :D dah habis belajaq bole la selalu beriadah nanti...

    ReplyDelete
  7. seronok jugak nampaknya, kena pergilah kalau dah sampai melaka tu

    ReplyDelete