Hari Muzium Antarabangsa 2015

by - August 19, 2015

Assallamualaikum...

Seperti tahun-tahun sebelum ni Hari Muzium datang lagi.. Kali ni tuan rumahnya Negeri Perak.. Negeri kelahiranku. Tapi lahir je la pastu dah pindah randah... hehehe. Bertemakan "Muzium untuk Masyarakat Lestari" , ianya diadakan pada 1 Ogos sehingga 4 Ogos 2015. Asalnya Hari Muzium diraikan 18 Mei  pada setiap tahun, tapi disebabkan oleh sebab-sebab tertentu ia telah dipinda tarikh. So pada 18 Mei setiap tahun ,  korang bole masuk mana-mana muzium di seluruh Malaysia secara PERCUMA . So sila simpan kedap-kedap tarikh ini ye . 

Sempena Hari Muzium Antarabangsa ini pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mendekatkan masyarakat umum  tentang betapa pentingnya peranan muzium sebagai sebuah institusi yang memberi khidmat untuk masyarakat dan pembangunannya. Antara program yang diaturkan adalah pameran (semua muzium seluruh Malaysia) , program keilmuan (wacana, seminar), gotong-royong, persembahan kebudayaan , Marathon dan lain-lain lagi.

Aktiviti pertama sewaktu sampai disana, opcoz la pasang pameran dan menyiapkan apa-apa yang patut sebelum perasmian pameran pada 3.30 petang , 1 Ogos 2015 tu. Malamnya pula 31 Julai  kami kena menghadirkan diri untuk makan malam. Retro adalah tema untuk makan malam hari muzium untuk tahun ini. Memandangkan aku dan team pameran tak bawa apa-apa yang bertemakan retro , apalagi sebelum masuk dewan , sesi menerjah Mr DIY pun bermula. Amik je apa-apa yang bole dikatakan retro yang penting ikut tema. Tak kan nak pakai jeans dan t-shirt je kot. Agak-agaklah kan.


Hah ni la hasilnya RETRO last minit.. Carca Merba ! Aku macam biasalah semua nak pink .hehhehe Tomey tak kak Ton? sambil mata kelip kelip..keh keh keh


 Gabungan Muzium Melaka, PADAT dan juga Johor.



Dinner kat Weil Hotel. Makan sampai lobam. Bila dah kenyang terpaksalah aku mengeluarkan tongkat sakti. Sonang tak yah soh orang lain yang tolong amikkan gambau, nanti menggangu lak. Orang lain sibuk makan kitaorang sibuk berwelfie-fie -fie ni. hehhee 

Settle pasal makan malam meh beralih pasal pameran lak ea. Seperti tahun -tahun yang lepas part aku hanyalah menguruskan segala hal ehwal pameran. Kali ni kitaorang menetengahkan Perkahwinan Masyarakat Melayu Melaka supaya kita dapat mengimbau kembali tradisi-tradisi / adat-adat perkahwinan yang semakin ditelan zaman. Jangan tak tau ada budak-budak remaja yang datang ke booth siap tanya lagi, bunga Rampai tu apa kak ? Tu baru generasi sekarang, generasi-generasi akan datang macamana pulak?


Sesi demontrasi memotong bunga rampai dan juga membuat bunga telur. Dulu bunga telur dibungkus hanya menggunakan tisu je..tak caya tanya mak pak hampa..  Bunga telur pulak pakai bunga kertas je yang dipotong dan digubah menjadi bunga. Ada jugak yang telur tu diwarna dengan pewarna makanan yang berwarna merah. Pisang pula sebagai goodies untuk tetamu yang datang. Lain kan jika nak dibandingkan dengan zaman sekarang yang goodies bag yang penuh dengan jajan , kuih muih dan  tak kurang jugak pada yang  memberikan souveniar yang mahai-mahai.


Team pameran yang telah menjayakan pameran kali ni. Terima kasih buat awak-awak semua ye..

Kelihatan pelawat yang datang begitu teruja dengan bunga rampai yang berbau wangi dan hampir tak percaya ianya hasil dari daun pandan... ishhh korang ni biaq betui..! Begitu juga dengan gubahan untuk bunga telur tu.. nampak je simple bahan-bahannya kan. So terima kasih buat Pn.Ila yang telah bertungkus lumus membuatnya. Macehh na



Ni waktu last day, sesi meround booth pameran muzium negeri yang turut serta. Ni kat Booth Yayasan Warisan Johor yang pamerannya bertemakan Kuda Kepang. Tengok betapa terujanya aku memakai topeng itu, buatnya tengah dok pakai tiba-tiba melekat terus kat mukaa... Hadoiii jadi The Mask la aku..hahhaha :p




Kiri : Ni sewaktu booth Muzium Sarawak. Berposing bersama-sama dengan monkey kot... nama dia aku lupa. Aku ingat nak posing je..keh keh keh. Tak senonoh sungguh pangai. Actually monkey tu adalah haiwan yang telah diawet dan dijadikan sebagai bahan pameran. Ada jugak Buaya, burung dan beberapa haiwan lain yang turut sama dipamerkan.

Kanan : Aku dan bersama-sama sahabat dari Muzium Penjara dan Muzium Johor di Booth Muzium Penjara. Kali ni Muzium Penjara yang terletak di Banda Hilir Melaka ini membawa bahan pameran yang bertemakan hukuman. So banyaklah bahan-bahan seperti alat gantung, sebatan dan pelbagai lagi.


Bersama-sama staff pameran dan artist Muzium Sabah dalam pakaian tradisional masyarakat mereka Kali ini Muzium Sabah membawa bahan pameran yang bertemakan peralatan muzik yang digunakan semasa majlis-masjlis keraian dan juga perayaan.


 Ni aku! dok kalut nak jadi cashier. tapi kejenya dok renyih ja. Apa pun xleh. Pipi tembam , mata sepet.. hahahaha  Kejadian ini berlaku di Muzium Pulau Pinang. Berkonsepkan kedai Tiffin Ah Seng.


 Aku and The Geng. Sesi meround ni bersama dorang la...hehehe


Oklahhh... dah dah..aku rasa cukuplah sampai disini saja kisah Hari Muzium ..Tunggu tahun depan lak ye.. Di Muzium Kedah.. Agak-agak apa nak bawak tuk tahun depan pulak ye... hehehehhee

Wassallam.. Thanks for reading!

You May Also Like

4 Comments

  1. Yang baju kurung biruuuu tuuu... tuuuuu tuuu haaaa... tuuuu puteri gunung ledang... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish ish ish kalo yg biru tu Puteri Gunung Ledang .... Beta mohon disediakan jambatan emas dari Melaka ke Cappodocia supaya senang beta menaiki belon api setiap hari melihat kawasan jajahan.. Hahahaha :p... Berangan xhabis.. Kikiki

      Delete