The Pirate Adventure Melaka

by - August 19, 2015

Assallamualaikum...

Aku agak teruja bila mula-mula membaca promosi daripada facebook akan pembukaan produk terbaru Negeri Melaka iaitu " The Pirate Adventure " ni. So aku korek-korek info secara detail kat facebook ( The Melaka Alive) tu. Tapi hampa! takde lah pulak... So agak sedih disitu, tapi bila aku attend meeting pagi tadi.. bos ada citer serba sedikit tentang produk ini yang baru di rasmikan pada 15 Ogos 2015 ( sabtu) baru-baru ni. Apalagi aku dengan pantas telah memaksa dengan kejam salah sorang staff  ofis aku untuk mendapatkan tiket secara percuma untuk memasuki TPA ( The Pirate Adventure) ni . Untuk aku dan anak2 buah aku ( dua orang anak buah aku tak dapat ikut serta atas sebab-sebab tertentu dan so bila rahsia telah pecah so adalah dua orang hamba Allah telah offer diri nak ikut... Offer hokay bukan ajak.. Hahaha kejam tak statement.. Kikiki :P ). Memandangkan pihak mereka agak straight, so hanya empat orang sahaja dibenarkan. So korang jangan nak pandai-pandai mintak kat aku tiket free ye. 

THE PIRATE ADVENTURE
Melaka Alive , Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka
( Berhadapan Memorial & A Famosa -Belakang Dataran Pahlawan)
GPS : N2.191 261 E102.250 725

Facebook : Official Melaka Alive

WAKTU LAWATAN

Isnin - Khamis
10.00 pagi -7.00 malam
Jumaat - Ahad & Cuti Umum
10 .00 pagi- 9.30 malam

HARGA TIKET

DEWASA : 
RM 20 (MyCard) RM 25 ( non MyCard)

KANAK-KANAK : 
(Bawah 4 tahun FREE)

RM 15 (MyCard) RM 20 ( Non MyCard)

WARGA EMAS
(60 tahun keatas )

RM 15 ( MyCard)
RM 20 ( NonMyCard)

ni peta untuk ke TPA ni.. Cari jangan tak cari.. Cuma dari segi promosi agak suram dan kaunter tiket pun agak tersorok sedikit . Maybe kalo dia buat signage tunjuk arah yang lagi proper lagi best kot... Kitaorang tadi pun terkebil-kebil walaupun opis depan tu je. 

Dari pandangan hadapan TPA ni. Kaunternya sebelah kiri. TPA ni kat dalam kapal tu.. 

Perjalanan menuju pintu masuk akan dihidangkan dengan pemandangan sebegini rupa. Seorang jejaka yang menanti si Chenta yang tak kunjung tiba.. oh!  setianya dia.. 😝😝 Tu dulu .. La ni tinggai sekejap ja dah cari lain.. Hehehehe mohon terasa...

" The Pirates Adventure " merupakan sebuah ruang pameran tentang pengembaraan Nakhoda kapal dan anak-anak buahnya selama lebih 30 minit.. Tapi kitaorang satu jam pun tak habis mengembara sambil posing.. Hehehe Tentang harta karun , lanun serta tengkorak yang bersepah-sepah disana sini, kekejaman dan juga keganasan tak bertepian. Hati mula cuak sebaik pintu masuk dibuka. Seram! Masing-masing dah mula berkata.. "Ko masuklah dulu.. Ko masuklah dulu.. " Hahhahaa 10 minit berlalu begitu sahaja dengan aksi tolak menolak. Lawak!  tapi ia tak bisa melepaskan  debar dihati. Bila melangkah masuk,  kelihatan tengkorak disana-sini.. Kabus tebal menyelebungi pemandangan .. Tiba-tiba .. " Kak nak sapa amikkan gambaq.... ? " hahhahaha weeiiii lanun sound aku k.. Ok ye dik bole gak.. Hehehhee

Selesai posing.. Pengembaraan diteruskann.. Langkah demi langkah.. Ok ni serius.. Gelap.. Gelap .. Gelap.. Sungguh gelap.. Tiba-tiba kelihatan sebuah lembaga hitam kaku diatas titi.... Jantungku berhenti berdegup! Tiba-tiba lembaga itu mengejar kami....makin laju , laju dan laju akhirnya makin hampirrrrrr.....hampir menangkap kakiku yang bertumit tinggi!  Arghhhhhhhhhhh!!!!!!!! semua lari lintang pukang.. Aku? Gelak dalam ketakutan walaupun masih kontrol keayuan.. Errghhh loya la tu... Cehhh 

Betuiii ada hantu.. Hantu dimana ? hantu hantu dimana...?  Aku dan yang lain terus melangkah.. Masing-masing dok kalot membuka lampu dari phone masing-masing.. Lanun section sebelah dah geleng kepala, lawak agaknya .. Tak pernah dia jumpa pelawat ala penakut tahap gaban lagu ni... Bertabahlahh lanun.. Ko kan dah jadi hantu, mana mungkin kami tak takut.. Hehhee 

Langkah diteruskan.. Ada patung lanun sedang berdiri tegak dihadapan.. Yang depan aku mula berkata.. Ala patung je pun...  tiba-tiba mata aku tertumpu di ibu jarinya... Mana mungkin patung menggerakkan ibu jari kakinya.. Apalagi  sekali lagi jeritan memecah kegelapan malam.. Hahhahaha haru biru sungguh.. ! Jerit lagi... dah la penat sungguh aku nak  bagi feel mengembara kat korang...  Meh layan gambaq la pulak na.. Keh keh keh..

Drebar aka Nakhoda kapal


kat dalam ni tak dibenarkan mengambil gambar sebenarnya.... Tapi aku kawtim baik punya.. So lanun yang tolong amikkan gambaq..( cer tengok terror tak kitaorang , dengan lanun pun kitaorang geng k ) 

Sebenarnya selepas section ada satu section yang membuatkan aku seperti nak kluaq balik.. Gelak sambil menitis ayaq mata..  sampai pening la Lanun tu nak melayan kitaorang.. Nak tau apa dia... Pi la sendiri na.. Hehehhe rahsiaaaaa...

Hampa agak ni hantu ker orang..? Jeng jeng jeng..


Aku ni memang kuat posing.. Asal ada peluang.. Bertabahlahh wahai mata..  :p


3D drawing of Octopus.. Ehh awat aku nampak gemuks.. Baju aku terlekat kat belakang dak Ila la tu.. Hahahhaa ayat menyelamatkan diri sebelum ditanya...


Ni kat souveniar shop.. Masih kosong lagi, almaklum la baru bukak.. Pelawat pun tak ramai, ehh bukan tak ramai.. Memang kitaorang ja yang melawat waktu ni.. Patutlahh Lanun setiap section kenakan kitaorang cukup-cukup.. Arghhhhh #lapayaqmata


Ngan patung bole la action kan.. Hehehe 
ni kat bilik tayangan.. Dah la tak kusyuk asyik pandang kiri dan kanan, almaklum la patung ngan hantu dah sama level... huhuhu makkk takut tau! Nasib baik aku pi ngan gegurl2  , sorang boboy... Kalo pi ngan Zam dan kasim lagi la mati aku kena buli.... Sib baik....

T-shirt yang bole dijadikan cenderamata. 


Ni last posing suh pak guard TPA amikkan gambaq.. Habis senget benget.. Takpalahh yang penting ada kan... Terima kasih Pak Guard walaupun hang tak tau cakap melayu ka .. English ka.. Macehh na.. Am ma

Wassallam.. Thanks For Reading..!

You May Also Like

7 Comments