Kedai Cendol Jonker 88 Melaka

11:37

Assallamualaikum..

Datang Melaka atau memang dah tinggal kat Melaka tapi tak pekana cendol memang tak sah tau.Satu kerugian katanya.hahaha  Baru-baru ni geng  bas sekolah mummy yang tinggal di Kluang ada kerja sikit kat Melaka ni. So dorang rogerlah mummy tuk pekena cendol. Masalahnya mummy lupa dah dorang ni sapa..hahahaha Keep in touch kat facebook ja. Jenuh nak flash back balik. Dah la nama kat facebook pakai nama glamour..jenuh kuis sana, kuis sini nak ingat balik nama sebenar.hahaa.. Nampaknya mummy amat memerlukan vitamin Gingko Biloba untuk meningkatkan daya ingatan. Dahh makin berusia katanya. Yelah dah nak masuk 4 series tapi nak mengingatkan kengkawan sekolah rendah.#matiklahnakk..

Jonker Cendol 88. Siapa selalu datang Melaka mesti dah tahu tempat ni kan. Kalau cuti bersusun panjang orang nak pekena cendol kat sini. Tapi untuk mummy, ni 1st time mummy cuba. Sebabnya selalu nampak orang beratur jadi mummy jadi malas . Yelah dah la lapar pastu kena beratur pulak. Confirm bergendang-gendang perut mummy.hhahaha


Tapi waktu mummy datang ni, takdelah ramai sangat . Maybe sebab hari biasa bukan weekend mahupun cuti sekolah. Kalau tak mau bebai mummy.hahhaa

Ni jenis-jenis cendol yang terdapat disini bersama-sama dengan harganya. Dorang paham mesti korang ni makan ramai-ramai bayar sorang-sorang kan..Eh! :P

Jonker 88 Melaka

Lokasi
88, Jalan Hang Jebat, 75200 Melaka

Dibuka setiap hari 
9.00 pagi - 6.30 petang



Ada dua bahagian untuk korang menikmati cendol ni, satu bahagian depan dan satu lagi bahagian belakang ( dapur) . Kat depan ni takdelah banyak kerusi sangat, eh..overoll memang tak banyak sangatlah kerusi yang disediakan. So kena pandai-pandailah korang melilau matanya tuk mencari tempat. Tapi aje staff situ yang akan tanya berapa orang dan dia akan tunjukkan meja yang sesuai.



Better sorang tukang order dan yang lain cop meja. lagi mudahkan.

Cendol oh cendol!

Nilah diantara geng-geng bas sekolah waktu mummy sekolah rendah di Kluang Johor dulu.

Waktu lepak-lepak macam ni la.. habis semua cerita yang mummy kuat merajuk waktu kecik keluar. Bukan waktu kecik ja,  sampai sekarang ni pun,  mummy masih kuat merajuk. Cuma bila dah tua ni. Pandailah sikit nak control. hahaha :P  Ni salah seorang kawan mummy yang selalu buli mummy kat sekolah dulu. Yelah dia diantara pelajar yang bersaiz  besar jika nak dibandingkan mummy yang halus mulus waktu kecik dulu-dulu tu. Tapi buli sekolah dulu ala-ala manja ja. Bukan macam zaman sekarang boleh mati weyy anak orang. huh! 

Kat sini ada jual laksa jugak kalo korang nak cuba.

Mummy order cendol biasa ja.. lagipun mummy dah makan sebelum jumpa dorang. Dorang pulak boleh pulak tetiba call. Terkejut beruk jugak mummy. Nasib baik waktu dorang call tu mummy free. 



Anyway thanks buat korang yang sudi jumpa aku kat sini.  Terdampar keseorang di Melaka jauh dari geng bas sekolah yang lain.  Terharulah jugak ada yang ingat kat aku ni. Ada rezeki kita jumpa lagi na..

Thanks for Reading! Wassallam..

You Might Also Like

2 Comments

  1. Pernah makan cendol kat sini..sygnya x dapat amik gambar..masa ru hp abis bateri...nanti nak repeat laaa

    ReplyDelete
  2. menarik cendolnya..ada buah2an..pernah ke jonker street, tak tau cendol ni best..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...