Burger Rockers Menu Baru di Hard Rock Cafe Melaka

by - May 08, 2019


Assallamualaikum..


Pasti ramai yang tertanya-tanya.. Eh! Melaka ada Hard Rock Cafe ker.. ? Hah! adalah.. Okay meh sini mummy share sikit lokasi Hard Rock Cafe di Melaka ni ye..

Hard Rock Cafe Melaka

Lokasi
28, Lorong Hang Jebat, 75200 Melaka

No Tel 
06-292 5188

Waktu Operasi
11.30 Pagi - 1.00 pagi

Website 



Terletak bersebelahan Sungai Melaka dan juga berhampiran dengan Jonker Street . Ianya merupakan lokasi yang cukup strategik bagi mereka yang suka menikmati hidangan yang bercirikan antarabangsa disamping  mendengar alunan muzik daripada live band undangan  Hard Rock Cafe .



Baru-baru ini sempena kempen #visitmelaka2019 Hard Rock Cafe Melaka telah melancarkan beberapa menu baru dalam tempoh masa yang terhad  pada 1 Mei 2019 yang lepas, terutamanya bagi peminat burger yang berinspirasikan antarabangsa. Antara menu -menu baru tersebut adalah :-

Double -Decker Double Cheeseburger  - RM 79.00
Berinspirasikan London Heritage "The Down Home Double Decker Burger" ianya merupakan menu pertamanya sejak tahun 1971.  Bersaiz besar dan  lebih kurang 1 pound daging digunakan untuk membuat  patties burger ini sahaja. #hamikkau.. Padat! kena pulak makan dengan lemon sauce. yummy!

Tex Mex Cheeseburger - RM 66.00
BurgerRocker ini pula berinspirasikan daripada Chicago .

BBQ Bacon Cheeseburger -RM 66.00 
Menggunakan Daging Ayam Turkey bagi menggantikan Bacon, ianya ditopping dengan signature BBQ Sauce , Cheddar Cheese cair.. dan  rasa sedikit masam-masam manis yang mild, burger ni sesuai dengan tekak mummy dan hero-hero. Tapi makan sikit je dah kenyang sebab portionnya yang besar.

Mango Fruit Sliders -RM 58.00
Burger ni pula merupakan pemenang bagi pertandingan Burger Rocker yang telah berlangsung di Costa Rica. 

All-American Sliders -RM 58.00
Atas sekali tu bukan nugget ye.. Hah! tu adalah crispy onion ring , kemudian dilapisi dengan melted cheese, daging, dan juga creamy coleslaw . Bersaiz comel dan ianya amat sesuai bagi ladies yang sedang berdiet.  Comel je saiz dia dan sesuai untuk sekali suapan . hehhe. Satu hidangan ni boleh la di share 2 atau 3 orang. Tapi nak makan sorang apa apa ada hal kan.

Buffalo -Style Sliders-RM 58.00
Sama juga seperti menu diatas ianya dihidangkan didalam 3 burger comel dalam satu hidangan bersama-sama fries.

Kebanyakan burger-burger ini diinspirasikan daripada London, USA Chicago , Costa Rica bagi membawa kelainan dengan gabungan rasa-rasa yang baru di Hard Rock Cafe Melaka ini. Oh! sebelum terlupa semua burger-burger ini dihidangkan bersama Seasoned Fries. Portion yang banyak, daging yang padat dan ada fries lagi.. confirm korang  akan tersandar kekenyangan.

Yang ni belum tersandar kekenyangan lagi.hahaha 

Ruangan cafe yang luas dan dihiasi dengan koleksi-koleksi personal collector Hard Rock Cafe. 


Hokay mesti ada yang tanya HALAL ker 
Hard Rock Cafe ni..?
  1. Terdapat 2 Hard Rock Cafe didunia ni yang halal toiyibba dari segi makanan dan minumannya iaitu Hard Rock Cafe Malaysia dan juga Dubai.
  2. Bacon or Ham akan digantikan dengan Chicken Turkey.
  3. 95% pekerjanya adalah Islam
  4. Semua pembekalnya mempunyai status HALAL. ( Yang ni korang boleh request kalau  nak  tengok)
  5. Arak, beer dan lain-lain alchohol hanya terdapat di kaunter bar luar sahaja dan tidak masuk dapur masak (halal)
  6. Cawan-cawannya dibasuh menggunakan sinki yang berasingan dan ada cawan/gelas khas bagi air non-halal ni.
Thanks for reading! Wassallam..

You May Also Like

0 Comments